Tuesday 7 August 2018

PENYERAHAN KAPAL MEWAH EQUANIMITY OLEH KERAJAAN INDONESIA MERUPAKAN SANDIWARA MAHATHIR UNTUK MENGUKUHKAN PERSEPSI RAKYAT TERHADAP ISU 1MDB


Penyerahan kapal mewah Equanimity oleh Kerajaan Indonesia setelah diminta oleh Mahathir merupakan satu sandiwara beliau untuk mengukuhkan persepsi rakyat serta meyakinkan mereka bahawa isu 1MDB adalah 100% benar bukan separuh benar.
Isu ini juga merupakan sandiwara beliau untuk mengalih perhatian rakyat terhadap fitnah dan pembohongan kerajaan Pakatan Harapan yang gagal membuktikan isu RM2.6 bilion wang 1MDB di mahkamah dan juga gagal mengotakan janji-janji populis dalam manifesto PRU-14. Sandiwara ini terpaksa dilakukan sekarang kerana terdesak dan terpaksa melanggari undang-undang, memandangka masa untuk menunaikan janji-janji itu dalam tempoh 100 hari sudah hampir masanya.
Ini bukanlah kali pertama modus operandi Mahathir mengalihkan perhatian untuk meyakinkan rakyat. Sebagai contoh dahulu ‘kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama’ semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke 4. Pada peringkat awal perbicaraan hampir setiap hari polis diarahkan untuk memikul tilam ke mahkamah kononnya sebagai bahan bukti kes meliwat. Ini untuk mewujudkan persepsi rakyat bahawa bahawa Datuk Seri Anwar betul-betul meliwat.
Akhirnya dalam perbicaraan tersebut, Anwar tidak disabitkan dengan kesalahan meliwat, malah beliau dipenjarakan kerana kesalahan menyalah guna kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Begitu juga isu tanda tangan rakyat semasa ‘Deklarasi Rakyat’ yang beliau anjurkan kononnya untuk ‘Kempen Selamatkan Malaysia’. Namun jumlah penanda tangan hakikatnya telah dipalsukan dengan mencuri data-data peribadi individu yang kononnya menyokong deklarasi itu.
 Hakikatnya jumlah sebenar yang menyokong deklarasi berkenaan telah dipalsukan untuk mewujudkan persepsi rakyat yang kononnya sejumlah besar rakyat menyokong kempen ‘Selamatkan Malaysia’ beliau.
Menurut peguam ahli perniagaan Taek Jho Low, rampasan oleh kerajaan Malaysia terhadap kapal mewah Equanimity adalah rampasan haram dan membuktikan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad tidak berminat dalam proses yang adil dan saksama.
Peguam itu yang mewakili ahli perniagaan tersebut mengulangi bahawa rampasan kapal mewah itu  — yang mana mereka kata dimiliki oleh Equanimity (Cayman) Ltd — melanggar undang-undang dan keputusan mahkamah Indonesia, selain mengengkari perintah Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).
Komen peguam itu dibuat semasa keputusan  Kementerian Kewangan Malaysia untuk melelong kapal mewah Equanimity untuk  mendapat kembali lebih banyak wang daripadanya yang bernilai AS$250juta (RM1.02 bilion).
Tindakan haram rejim Mahathir hari ini, tidak menghiraukan arahan mahkamah dalam prosiding undang-undang di Amerika Syarikat dan Indonesia, membuktikan dia tiada minat di dalam proses keadilan dan kesaksamaan.
Pemilik kapal mewah itu, Equanimity Cayman Limited, telah pun memfailkan tuntutan terhadap aset tersebut, yang mana tidak dihiraukan oleh  Mahathir. Prosiding seterusnya telah dikeluarkan hari semalam dalam respon kepada tindakan haram ini,” kata peguam tycoon itu dalam satu kenyataan.
Mereka menuduh Dr Mahathir membawa kapal mewah itu secara haram daripada  Indonesia “ke dalam sistem yang tidak jujur di Malaysian yang dimanapulasi oleh seorang yang mementingkan tentang pemerintahan politik yang mutlak”.
Sejak pilihanraya, Mahathir telah cuba mengembalikan imej peribadinya kesan daripada penyalahaan guna kuasa yang buruk yang dia telah beliau lakukan, termasuk kes Anwar Ibrahim dan krisis kehakiman pada tahun 1988.
Realitynya ialah, dia dengan mudah terus melakukan apa yang telah dia lakukan semasa menjadi rejim yang lalu dan telah menunjukkan bahawa objektifnya hanyalah politik: daripada membekukan akaun parti politik lawan, kepada perbicaraan awam melalui media, di mana hukuman bersalah diisythiharkan sebelum sebarang bukti dipersembahkan ,” peguam itu menambah.
Peguam yang mewakili Low itu juga telah memberitahu bahawa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) telah membantah yang mereka juga perlu memiliki terhadap Equanimity untuk menentukan yang nilai aset itu terperlihara sementara menunggu sebutan di mahkamah yang akan menentukan pemilik mutlak dan hak semua pihak yang terlibat.

Dalam isu ini juga malah rakan karib Mahathir sendiri  ia itu Matthias Chang seorang peguam telah mempersoalkan tindakan Mahathir dan Kerajaan Malaysia terutama Peguam Negara yang baru Yommy Thomas.
Matthias telah mempersoalkan Peguam Negara sama ada telah menasihatkan kerajaan Malaysia (di mana mempunyai beberapa peguam sebagai Menteri) dan d Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada mengikut undang-undang untuk Indonesia “mengembalikankapal mewah “Equanimity” kepada Malaysia?
Beliau juga telah mempersoalkan Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia sama ada telah memajukan sebarang tuntutan rasmi kepada sesiapa sahaja sama ada Mahkamah Amerika Syarikat atau Indonesia yang Malaysia berhak ke atas pemilikan atau penyimpanan atau pengawalan kapal mewah itu sementara menunggu pelupusan terakhir terhadap hak milik yang dituntut oleh pihak di Mahkamah Amerika Syarikat di  California?
Apakah asas undang-undangnya?
Adakah Peguam Negara sedar sama ada sebarang mahkamah dalam sebarang bidang kuasa telah membuat perintah terakhir sebagai hak kepada tuntutan bertindih kepada kapal mewah itu sementara menunggu prosiding di mahkamah Amerika Syarikat?
Oleh itu siapkah yang telah memohon perintah itu (sekiranya ada) untuk kapal itu diserahkan kepada Malaysia apabila ia sudah tertakluk kepada perintah perampasan yang dikenakan oleh DOJ dan diperolehi daripada Mahkamah Amerika Syarikat kepada pemindahan penyimpanan atau pengawalan kapal itu kepada bidang kuasa mahkamah Amerika Syarikat berikutan dengan bantuan yang diterima daripada Kementerian Keadilan Indonesia menurut perintah daripada Amerika Syarikat.
Berdasrkan itu apakah representasi yang Peguam Negara telah buat (sekiranya ada) kepada Indonesia atau kepada DOJ atau kepada Mahkamah Amerika Syarikat yang mengeluarkan perintah asal untuk menahan dan merampas?
Menurut Matthias Peguam Negara telah mengisytiharkan kepada umum bahawa mereka telah menubuhkan satu pasukan peguam kanan Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tuntutan sivil terhadap 1MDB.
Oleh itu beliau mempersoalkan, apakah tuntutan (sekiranya ada) yang dikatakan oleh Peguam Negara itu telah difailkan di mana-mana mahkamah di Malaysia, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Switzerland, HongKong, dan lain-lain?
Sekiranya tidak, mengapa tidak? Adakah kerana mereka ketandusan bukti yang kukuh untuk meneruskan tuntutan?
Pada Matthias Chang berita pemindahan kapal mewah Equanimity daripada Indonesia ke Malaysia telah membuat perutnya tidak merasa selesa kerana bimbang, berkemungkinan Malaysia bakal menghadapi tindakan di peringkat antarabangsa.
Akhirnya beliau berharap Peguam Negara akan mengeluarkan satu Kenyataan Media yang dikelilingi Pasukan Sivil beliau, secepat mungkin, untuk menjelaskan pendirian Peguam Negara sama ada tindakan memindahkan kapal mewah Eqanimity daripada Kerajaan Indonesia kepada Kerajaan Malaysia mengikut undang-undang atau tidak.
Kesimpulannya, itulah dia sandiwara Mahathir untuk mengukuhkan persepsi rakyat terhadap fitnah isu RM2.6 bilion wang 1MDB, yang juga bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap janji-janji PRU-14 yang gagal ditunaikan yang menghampiri tempoh 100 hari untuk diselesaikan. Selain itu juga, beliau cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat tentang masalah Kerajaan Pakatan Harapan yang menemui masalah politik hubungan dua hala dengan negara China dan Singapura. Dan juga masalah ekonomi dengan penurunan harga saham, rizab antarabangsa dan mata wang negara akibat daripada kedeluparan dan pembohongan Menteri Kewangannya sendiri dalam mengumumkan hutang negara sebanyak RM1.8 trilion.

No comments:

Post a Comment