Saturday 4 August 2018

APAKAH LANTIKAN DR MAHATHIR MOHAMAD KE KHAZANAH OLEH BELIAU SENDIRI TIDAK DIPERSOAL SADDIQ?

Ulasan berita:


Kian hari kian banyak tular berita mengenai pemecatan ataupun perletakkan jawatan ahli-ahli lembaga pengarah agensi-agensi kerajaan.


Terbaru, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan penamatan perkhidmatan sembilan ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Amat aneh sekali apabila beliau menyifatkan lantikan mereka sebagai lantikan politik, sedangkan bosnya sendiri, Dr Mahathir Mohamad, melantik Dr Mahathir Mohamad sendiri untuk menerajui Khazanah Nasional Berhad.


Apakah lantikan Dr Mahathir Mohamad ke Khazanah oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak akan dispersoal Saddiq sedangkan lantikan tersebut terang-terang satu lantikan politik?


Rujukan berita:

KUALA LUMPUR: Sembilan ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan lantikan politik yang ditempatkan di agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditamatkan perkhidmatan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mereka terdiri daripada pengerusi dan pengarah agensi di bawah kementeriannya seperti Perbadanan Golf Subang, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Perbadanan Stadium Malaysia dan Institut Sukan Negara (ISN)

“Saya telah menghantar nota terima kasih dan menyingkirkan mereka kerana lantikan politik.

“Mereka yang mempunyai keahlian terus dengan UMNO dan kedudukan dalam kepemimpinan seperti Ketua Pemuda atau Ketua Bahagian akan digantikan dengan mereka yang bukan dalam kalangan politik,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun katanya, tindakan lanjut seperti pelantikan baharu akan dilakukan pihaknya pada masa akan datang.

Jelasnya, keutamaan ketika ini adalah memastikan kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.


Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment