Sunday 26 August 2018

PENDEDAHAN SKANDAL PERTAMA: BUKU “MALAYSIAN MAVERICK - MAHATHIR MOHAMAD IN TRIBULENT TIMES”


SKANDAL BUMIPUTRA MALAYSIAN FINANCE (BMF) - TAHUN 1983

Skandal pertama yang telah didedahkan oleh wartawan Barry Wain warga Australia wartawan Asian Wall Street Journal (AWSJ) dalam bukunya bertajuk, ‘Malaysian Maverick - Mahathir Mohamad In Tribulent Times’,diterbitkan pada 04 Disember 2009 ialah tentang skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Pada Julai 1983, apa yang telah terjadiketika itu satu skandal perbankan yang terbesar dalam sejarah dunia berlaku di Hong Kong, apabila BMF anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), telah kehilangan sehingga AS$1 bilion yang telah dikeluarkan oleh seorang tokoh awam terkenal ke dalam akaun milik peribadi. Ceritanya melibatkan kejadian pembunuhan kejam, membunuh diri dan juga melibatkan pegawai atasan kerajaan Malaysia. Akhirnya ia melibatkan jaminan keluar (bailed out) oleh kerajaan Malaysia berjumlah ratusan juta dolar terhadap BMF.

Mak Foo Tan, pembunuh seorang penolong pengurus BBMB bernama Jalil Ibrahim (dari ibu pejabat BBMB Kuala Lumpur) yang telah dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat kehilangan wang di BMF, telah dijatuhi hukum mati, dan ahli perniagaan Malaysia George Tan yang terlibat dalam mencuri kebanyakkan wang tersebut, telah dihukum penjara setelah syarikat miliknya Carrian Group runtuh, apa yang berlaku tatakala itu merupakan satu kes kebankrapan atau muflis yang terbesar di Hong Kong, dan hanya sedikit pihak lain yang terlibat didakwa di nahkamah, malahan sepatutnya ada lagi pihak yang patut didakwa.

Tiada ahli politik utama telah dihukum di Malaysia meskipun satu kertas putih telah disediakan oleh satu suruhanjaya bebas (sejauh mana bebas tidak diketahui) yang memetik minit mesyuarat kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad memberi kebenaran kepada satu permintaan untuk menambah atau membazirkan wang lebih banyak lagi ke dalam skandal itu dalam usaha kononnya untuk membendung atau mengawalnya daripada muflis.

Itu baru sahaja skandal BBMB pertama. Bank milik kerajaan itu terpaksa diselamatkan lebih dua kali dengan kerugian tambahan hampir AS$600 juta mengikut nilai sekarang. Akhirnya pegawai kerajaan merasa kecewa dan bank tersebut telah diserapkan ke dalam kumpulan bank CIMB. Skandal tersebut, di mana telah berlanjutan beberapa tahun sebelum mengakiri kisahnya pada tahun 1985, menetapkan nada selama 24 tahun skandal yang sama berkaitan dengan pegawai atasan Malaysia dan yang pertama membuktikan bahawa di Malaysia, bukan sahaja anda boleh melepaskan diri kerana membunuh, malahan anda juga boleh melepaskan diri kerana menyamun wang perbendaharaan.

Akhir sekali Barry Wain menyatakan bahawa, setelah beberapa siri skandal, bank berkenaan terpaksa dijamin keluar (bailed out) oleh kerajaan dengan bantuan PETRONAS, bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali berkeputusan dalam jumlah kerugian dianggarkan setinggi RM10 bilion.

Bagaimanapun baru-baru ini pada tahun 2017 melalui dokumen yang telah diturunkan status kerahsiaan (declassify documents), oleh pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menyatakan bahawa kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri yang lama memerintah Dr. Mahathir Mohamad mempunyai peranan dalam skandal kewangan yang terbesar yang dapat dilihat semasa era lapan puluhan.

Dakwaan CIA tersebut telah didedahkan pada pertengahan Januari 2017 setelah tindakannya untuk menurunkan status kerahsian melebihi 13 juta dokumen, membuatnya dapat diperolehi atas talian untuk tontonan awam.

Semasa beberapa tahun pertama tempoh pemerintahan Mahathir, Malaysia telah terperangkap di dalam rasuah besar-besaran melibatkan keruntuhan BBMB milik kerajaan, yang nama baiknya tercemar oleh operasi “yang boleh dipersoalkan” terhadap anak syarikatnya BMF (Hong Kong) Limited.

Dengan luasnya ia dikenali sebagai skandal BMF, bank Malaysia itu dan anak syarikat persisirannya itu telah memberi hutang tak berbayar kepada banyak spekulator hartanah Hong Kong, termasuk Carrian Investmen Limited (kumpulan Carrian) antara tahun 1979 dan 1983. Skandal itu juga melihat pembunuhan yang kejam terhadap seorang pegawai juruodit muda dari BBMB Kuala Lumpur.

Skandal BMF telah menggambarkan satu episod yang memalukan ketika Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, di mana telah mencalarkan kepimpinannya dan melihat beratus juta dollar lesap di atas angin lantaran tamatnya kumpulan Carrian dan ekoran mantan ketua eksekutifnya George Tan diisytiharkan muflis.

Memandangkan BMF terlalu banyak terlibat dalam memberi pinjaman kepada spekulator hartanah semasa pasaran hartanah di Hong Kong melambung naik pada akhir tahun tujuh puluhan, pihak CIA menyatakan, BMF tidak seperti bank-bank lain di jajahan British itu, terus memberi kredit kepada sektor hartanah meskipun merasa risau terhadap pasaran hartanah yang lemah ketika itu.

Akhirnya, bank berkenaan, yang mana pada asalnya diwujudkan untuk membasmi kemiskinan etnik masyarakat Melayu Bumiputra , telah rugi AS$1 bilion dan dengan cepat satu siasatan tertunda dan pada skala menyeluruh dibuat terhadap skandal berkenaan.

Dalam dokumen bertajuk, “ The Bank Bumuputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”, pihak CIA menyatakan walaupun Dr. Mahathir telah mengaku amalan “tidak cermat” BMF, reaksi kerajaan kepada kerugian yang dialami telah “anihnya dipertahankan”.

Agensi berkenaan menyatakan bahawa Dr. Mahathir telah tidak mementingkan kesalahan bank, manakala strategi kerajaan untuk menyelesaikan isu ialah mengawal masalah sementara mencari satu jalan untuk menjamin keluar (bailed out) bank berkenaan.

Mantan Perdana Menteri ke-4 itu yang berumur 93 tahun itu, pengkritik tegar kerajaan Barisan Nasional (BN), terlibat dalam perbalahan berterusan tentang skandal 1MDB, beliau telah menafikan penglibatan dalam BMF.

Dr. Mahathir memberi tahu media tempatan pada Mei 2015 bahawa,”Saya tidak mencuri wang tersebut. Wang yang hilang dan wang itu ialah wang milik bank”.

Tidak seperti mantan Perdana Menteri Najib Razak, yang bertindak sebagai seorang penasihat kepada dana pelaburan strategik 1MDB, Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak memegang sebarang kedudkan dengan BBMB.

“Saya bukan pengurus bank berkenaan, mahupun saya sebagai penasihatnya”.

Meskipun penafiannya dibuat berulang-ulang, dokumen yang dikeluarkan oleh CIA dalam bulan Mac 1985 menyatakan “bukti terperinci” atau “circumstantial evidence” mencadangkan yang skandal ini dipanjangkan kepada pentadbiran Dr. Mahathir. Ini kerana sebagai institusi perbankan milik kerajaan, BBMB sepatutnya dipantau dekat oleh kedua-dua Kementerian Kewangan dan Bank Pusat (Bank Negara Malaysia).

Seterusnya, dokumen itu menyatakan bahawa,”Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan kedua-dua mereka”. Iaitu Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia.

“Adalah tidak mungkin yang pihak kerajaan tidak mengetahui tentang penambahan had pinjaman oleh cawangan seberang laut untuk membolehkan banyak lagi dana disalurkan ke Hong Kong”.

Akhir sekali, dokumen itu menyatakan,”Tindakan ini telah diambil setelah kenyataan George Tan yang sukar mendapatkan dana daripada punca lain”.Ini bermakna hanya dengan BMF sahaja beliau senang mendapat dana kerana ada orang dalam yang dapat membantu beliau.




No comments:

Post a Comment