Monday, 6 August 2018

PENDEDAHAN TWINING BUKTI KEGIATAN KHIANAT PH, DAP TERHADAP BN

Daniel Twining anggota CSIS
6 OGOS: Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS) bahawa mereka membantu pembangkang sejak 2002 bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mendedahkan kegiatan khianat Kerajaan PH terutama DAP dan konco-konco mereka selama ini terhadap kerajaan terdahulu.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pakatan jahat ini perlu disiasat oleh pihak berkecuali memandangkan pihak kehakiman dan pihak penguatkuasa lain sudah berada di bawah genggaman kerajaan hari ini.
Katanya, selain satu badan khas dibentuk untuk kes ini supaya siasatan yang adil dapat dilaksanakan, Majlis Raja-Raja juga perlu mengambil pendirian dan bertindak bagi menyelamatkan rakyat dan negara daripada menjadi sebuah lagi negara Islam seperti Yemen, Libya, Iraq dan Syria.
Dalam kenyataannya hari ini, UMNO mencabar Lim Kit Siang menafikan perkara ini secara terbuka, dan bersumpah kepada rakyat Malaysia bahawa apa yang dikatakan oleh Twining menerusi video yang tular adalah bohong.

Berikut kenyataan penuh beliau:
1. Pasti pihak kerajaan dan yang berkaitan dengannya akan menafikan perkara ini. Namun Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), amat serius yang akhirnya mendedahkan kegiatan khianat Kerajaan PH terutama DAP dan konco-konco mereka selama ini terhadap kerajaan terdahulu.

2. Semua pihak mesti matang berpolitik, dan menghormati sistem demokrasi dalam negara ini, bagaimanapun menjemput dan melibatkan pihak luar untuk campur tangan adalah tidak wajar semasa sekali.

3. Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), akhirnya membongkar kegiatan khianat DAP dan konco-konco mereka selama ini.

4. Sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad terbabit atau tidak, itu tidak boleh disahkan, namun CSIS yang beroperasi di Malaysia sejak tahun 2002, cukup bangga selepas berjaya berkomplot dengan pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.

5. UMNO mencabar Lim Kit Siang menafikan perkara ini secara terbuka, dan bersumpah kepada rakyat Malaysia bahawa apa yang dikatakan oleh Twining itu adalah bohong.

6. Dr Mahathir juga perlu menjelaskan bahawa ‘crocodile tears’ ketika mengumumkan mahu meletak jawatan pada Perhimpunan Agung Umno 2003, sebenarnya adalah sandiwara kerana niat memusnahkan parti sudah wujud sejak kerjasamanya dengan CSIS.
7. Gerakan yang menjual maruah negara ini sungguh menyedihkan kerana apa-apa hasil kerjasama dengan agensi asing ini turut mencerminkan betapa Malaysia ‘mudah dibeli’ atas nama demokrasi. Dan mereka yang melakukannya sangat tidak bertanggungjawab serta membelakangkan kedaulatan negara.

8. Menerusi bantuan dana kepada DAP oleh National Endowment for Democracy di bawah Jabatan Negara Amerika selama ini, jelas menelanjangkan siapa sebenarnya DAP, Lim Kit Siang dan rakan-rakan ‘demokratiknya’.

9. Ini juga mengesahkan dakwaan ejen-ejen media sosial mereka selama ini digerakkan dengan mewah menggunakan dana negara asing yang mahu melihat BN dan UMNO disingkir dari tampuk pemerintahan.

10. Sungguh kotor dan keji perbuatan ini dan pada hari ini, mereka tetap akan menafikan dakwaan ini. Malah secara berterusan berusaha memesongkan perhatian rakyat dengan mengatakan ekonomi negara sedang meleset dan kerajaan terdahulu kejam dan zalim. Semua ini tidak benar sama sekali.

11. Dr Mahathir sendiri menuduh BN sedemikian di Pulau Pinang semalam, seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.

12. Akhirnya ia terbongkar jua apabila video CSIS ini tersebar luas di Internet. Apa lagi yang mahu dikatakan oleh Kit Siang dan ‘gengnya’? Berapa ratus juta diperuntukkan kepada Red Bean Armynya? Malah mereka menuduh orang lain menerima sumbangan luar.

13. Kita ingin tahu berapa jumlah dana asing yang diterimanya secara rahsia sejak 2002. Mungkin melebihi RM2.6 bilion yang dijadikan peluru untuk meracun fikiran rakyat mengenai 1MDB?

14. Selama ini juga, Dr Mahathir menuduh BN ingin menjual negara kepada China, walhal ketika menjadi pembangkang, mereka sudah pun menggadai maruah Malaysia kepada orang asing.

15. Maka, tidak hairanlah Dr Mahathir dikunjungi beberapa orang duta Barat, termasuk tokoh dari Amerika Syarikat, selepas mengangkat sumpah jawatan Mei lalu.

16. Betapa pembohongan mereka selama ini turut didalangi dan dibantu oleh ejen asing yang mahu melihat Malaysia kucar-kacir.

17. Ini pakatan jahat yang perlu disiasat oleh pihak berkecuali. Memandangkan pihak kehakiman dan pihak penguatkuasa lain sudah berada di bawah genggaman mereka, satu badan khas harus dibentuk untuk kes ini supaya siasatan yang adil dapat dilaksanakan.

18. Tidak ada gunanya lagi mereka mengambil pendekatan ‘one-way street’ iaitu menyiasat orang lain tetapi tidak mahu dirinya disiasat. Rakyat Malaysia perlu bangkit segera agar negara tidak tergadai terus.

19. Dengan ini, kami menggesa Majlis Raja-Raja agar mengambil pendirian di dalam perkara ini secepat mungkin, dan bertindak bagi menyelamatkan rakyat dan negara daripada menjadi sebuah lagi negara Islam seperti Yemen, Libya, Iraq dan Syria! Dan lebih utama membenarkan campurtangan asing terhadap negara ini.


YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

No comments:

Post a Comment