Ulasan berita:
Inilah masalah dengan Mahathir. Dia suka bercakap dalam teka teki dan menggunakan bahasa rahsia yang orang susah faham. Hanya katakanlah yang apa yang dia mahu kata. Dia mahu lawan Raja-Raya Melayu tetapi dia berpura-pauara yang kononnya Raja-Raja Melayulah yang tidak bertimbang rasa. Mahathir cuba bermain sebagai managsa sementara membuat Raja-Raja Melayu kelihatan sebagai penyerang. Kalau dah pariah tu pariah juga, tiada siapa boleh menafikannya.
Hakikatnya kenyataannya bahawa sekiranya Agong diberi kuasa mutlak rakyat akan hilang kuasa adalah amat tidak relevan dengan keadaan negara ini sekarang. Dengan sikap beliau yang sejak kecil lagi telah diasuh oleh keluarganya untuk membenci raja-raja sebab itu beliau terbawa-bawa sehingga sekarang. Kenyataan beliau itu seolah-olah sebagai cubaan untuk menghasut rakyat kononya sekiranya Agong berkuasa mutlak rakyat akan hilang kuasa.
Sebenarnya beliau tidak berpijak di bumi yang nyata bahkan cubaan untuk menghasut rakyat. Beliau dengan sengaja menutup dua fakta penting yang sepatutnya rakyat harus tahu:
Pertama, sistem beraja mutlak (absolute monarchy) Empire Kesultanan Melaka sudah lama terkubur pada tahun 1511 sementara seluruh Malaysia pula tidak termasuk Johor ialah sejak 1800. Bagi sistem beraja mutlak negeri Johor pula tamat pada 1914.
Kedua, sejak 104 tahun yang lalu iaitu 1914, rakyat telah menolak sistem beraja mutlak di mana tiada satu negeri-negeri Melayu yang mengamalkannya lagi sehingga kini, dan mereka telah disatukan di bawah satu persekutuan pada 1948. Kemudia pada 1957 satu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) telah ditulis menjadikan Malaya (Malay Land) ketika itu mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan.
Di mana dalam sistem ini mengamalkan pengasingan kuasa (seperation of power) antara empat cabang pemerintahannya iaitu Eksekutif (Parlimen), Kehakiman, Perundangan dan Raja berpelambagaan. Pengasingan kuasa dalam sistem ini adalah penting untuk mengimbangi kuasa pemerintahan.
Namun ia tidak berlaku di bawah pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun (1981-2003) kerana beliau ingin menjadi Perdana Menteri mutlak atau Diktator dengan mencampuri kuasa Agong dalam Krisis Pelembagaan tahun 1983 dan kuasa Badan Kehakiman dalam Krisis Pelembagaan tahun 1988.
Krisis Pelembagaan 1983 ialah berkaiatan perkara 66 dan 150 Pelembagaan Persekutuan. Di mana ia berkaiatan dengan rang undang-undang pengisytiharan darurat dan kuasa pekenan oleh Agong ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Pelembagaan Persekutuan dan Raja-raja Melayu bagi Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri.
Krisis Pelembagaan 1988 pula pada peringkat awal merupakan campur tangan Tun Mahathir dalam satu konspirasi pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas yang tidak berasaskan Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional).
Dalam pada masa sama, Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk melucutkan “Kuasa Kehakiman Persekutuan” dan hanya memberikan kuasa kehakiman kepada “Badan Kehakiman” sebagaiman yang diinginikan oleh Eksekutif (Parlimen) atau Mahathir sendiri.
Akhir sekali Krisis Pelembagaan 1988 merupakan satu campurtangan pihak Eksekutif (Parlimen) atau Mahathir dalam kebebasan badan kehakiman yang sepatutnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kesimpulannya daripada kedua-dua fakta tersebut di atas adalah tidak masuk akal untuk rakyat atau Agong sendiri ingin mengembalikan sistem beraja mutlak. Ini kerana rakyat telah menolaknya 104 tahun yang lampau.
Apa yang dilihat sekarang ialah Tun Mahathir sendirilah yang ingin menjadi seorang Perdana Menteri yang mutlak atau Diktator dan bukannya Agong sebagai kuasa mutlak sebagaimana dia kata. Ini kerana beliau telah mencampuri serta menganggu gugat kuasa Raja Berpelembagaan dan kebebasan Badan Kehakiman dalam kedua-dua krisis tersebut pada tahun 1983 dan 1988.
Akhir sekali, beliau telah sanggup menjadi Perdana Menteri Ke 7 walaupun umur sudah lewat, setelah menjadi Perdana Menteri Ke 4 selama 22 tahun dan berkemungkinan tidak akan menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua tahun seperti mana yang dijanjikan dahulu kerana ingin meneruskan menjadi Perdana Menteri mutlak sehingga mati.
Rujukan berita:
KUALA LUMPUR Ogos 13, 2018. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dalam Dewan Rakyat hari ini beliau tidak akan benarkan negara Malaysia kembali semula sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja mutlak. Sebenarnya, Empire kesultanan Melaka sistem beraja mutlak telah berakhir pada 1511 sementara, untuk keseluruhan Malaysia tidak termasuk Johor sistem beraja mutlak bermula untuk berakir sejak 1800s — sistem beraja mutlak, Johor, berakhir pada 1914.
Oleh itu, sejak 104 tahun yang lalu pada 1914, tiada lagi satu negeri Melayu mengamalkan sistem beraja mutlak. Dan, sejak 1948, semua negeri telah disatukan kepada satu persekutuan. Kemudian, pada 1957, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditulis untuk menjadikan persekutuan ini mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan .
Oleh itu, sistem pemerintahan beraja mutlak yang mana yang Mahathir maksudkan itu? Empire kesultanan Melaka sebelum 1511 atau sistem beraja mutlak Johor sebelum 1914?
Malaysia sudah tidak menjadi sistem beraja mutlak sejak tahun 1914
Mengapakah Mahathir terus menghina Raja-Raja Melayu? Sekiranya Mahathir mahu memulakan menentang terhadap Raja-Raja Melayu jadikanlah diri sebagai seorang lelaki, dengan secara terbuka isytiharkan perang ke atas Raja-Raja Melayu. Mahathir memperli atau menyindir banyak tanpa secara terus menyatakan apakah yang sebenarnya yang beliau mahu.
Inilah masalah dengan Mahathir. Dia suka bercakap dalam teka teki dan menggunakan bahasa rahsia yang orang susah faham. Hanya katakanlah yang apa yang dia mahu kata. Dia mahu lawan Raja-Raya Melayu tetapi dia berpura-pauara yang kononnya Raja-Raja Melayulah yang kononnya tidak bertimbang rasa. Mahathir cuba bermain seolah-olah dirinya sebagai mangsa, sementara Raja-Raja Melayu kelihatan sebagai penyerang. Kalau dah pariah tu pariah juga, tiada siapa boleh menafikannya.
No comments:
Post a Comment