Saturday 25 August 2018

ULASAN BUKU : “MALAYSIAN MAVERICK: MAHATHIR MOHAMAD IN TURBULENT TIME’S”, OLEH BARRY WAIN


Pengumuman berani Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pada bulan Mac yang dia akan membaik pulih dasar tindakan affirmatif berasaskan kaum yang telah lama diamalkan oleh negaranya memberi isyarat satu bakal peralihan gegaran politik negara. Najib merancang untuk mengurangkan subsidi dan manfat yang sudah lama dinikmati oleh etnik Melayu, transformasi satu dasar berasaskan kaum kepada satu dasar yang berpusat kepada merit dan keperluan. Namun begitu sementara kritikan terhadap dasar sedia ada bersetuju yang dasar sekarang melemahkan persaingan di Malaysia dan menggalakan rasuah, ia kelihatan bahawa Najib akan menghadapinya sendiri untuk dirungkai. Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad ialah seorang yang lantang membela sistem tindakan affirmatif. Walaupun beliau meletak jawatan pada 2003, Mahathir masih mempunyai pengaruh yang besar di Malaysia, dan penentangan beliau sahaja mungkin mencukupi untuk menggagalkan rancangan reform Najib.

Episod ini mencadangkan bahawa nilai Malaysian Maverick—sebuah biografi baru bekas Perdana Menteri oleh wartawan Barry Wain—mungkin berbohong dalam tidak memberitahu masa dahulu Malaysia tetapi dalam mempamirkan bagaimana warisan  Mahathir terhadap politik berasaskan kaum akan memberi kesan buat kita pada masa hadapan.

Biografi Barry Wain terhadap Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dan paling terkenal, perlu dibaca sebagai satu sejarah politik Malaysia. Selama 22 tahun beliau berkuasa, daripada 1981 ke 2003, Mahathir mentransformasikan rejim di Malaysia kepada negara yang menginstutasikan parti yang mana beliau secara peribadi mengoperasi, memanipulasi dan mendominasi. Apabila beliau berkuasa, Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia adalah Mahathir..

Politik pribadi Mahathir adalah dibentuk secara mendalam oleh persepsi bahawa Melayu adalah ‘mundur’. Hasrat beliau yang tinggi untuk memajukan orang Melayudan juga Malaysia —memimpin kerajaan kepada menghayati dengan bersemangat strategi pasaran berorintasikan eksport, menggerak ke hadapan Malaysia kepada negara perdagangan ke 20 teratas dan meningkatkan secara dramatik taraf hidup rakyatnya.

Tetapi Mahathir membentuk satu warisan bukan hanya pertumbuhan ekonomi tetapi juga  authoritarianisme, kronisme dan politik wang. Malaysia di bawah Mahathir bergerak dengan tegas ke arah apa yang Fareed Zakaria panggil ‘demokrasi terpimpinatau ‘semi demokratik, dengan patriarchs atau sistem satu-parti yang membuat pilihan raya mereka sebagai pengesahan kuasa lebih tepat daripada pertandingan yang tulin.’ Mahathir meningkat di kalangan UMNO, sebuah parti yang telah memimpin kerajaan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, yang telah menjamin beliau meningkatkan kuasa politiknya.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)UMNO, satu strategi tindakan affirmatif yang telah menetapkan satu sasaran untuk etnik Melayu mengawal ekonomi 30% menjelang  1990, ia sedang dilaksanakan untuk sedekad lamanya apabila Mahathir mengambil alih kuasa. Di bawah kerajaan beliau, dasar telah dipeluaskan dan dipanjang untuk menjadi kekal dan mentakrifkan rupa wajah politik Malaysia  Adalah melalui DEB yang membolehkan Mahathir memusatkan dan mengukuh banyak kuasanya.

DEB membenarkan kerajaan memberi kontrak, lesen, pilihan saham, dan lain-lain faedah kepada syarikat etnik Melayu (Bumiputra) dan individu etnik kumpulan minoriti seperti kaum Cina dan India. Dasar ini kononnya dibentuk untuk meningkatkan status sosio ekonomi semua kaum Melayu sebagai kaum asal. Secara amalannya, ia membenarkan menteri kerajaan untuk memberi faedah lumayan kepada ahli UNMO dan penyokongnya, membentuk satu kelas baru Melayu kaya dengan kepentingan diri dalam menentukan penaung mereka terus berkuasa. Lebih luas populasi Melayu, yang mendapat menfaat daripada perkembangan ekonomi Malaysiaberbanding yang tidak menyokongtetapi ramai lagi menyokong Perdana Menteri yang melihatnya sebagai pelindung dan pengalak kepada kepentingan mereka.

Wain tidak mencadangkan bahawa Mahathir secara peribadinya mendapat manfaat kepada sebarang kadar daripada model kroni kapitalisme yang beliau benarkan untuk berkembang (walaupun anak-anaknya dan rakan sekutunya mendapat manfaat). Mahathir juga mendapat manfaat, bagaimanapun, secara sistematiknya  melemahkan institusi demokrasi untuk menentukan kelangsungan kuasa politiknya secara berterusan tanpa dicabar. Sebagaimana Wain meletakkan beliau  atas keputusannya sendiri untuk  ‘bersikap authoritarian’.

UMNO sudah memiliki dan mengawal the New Straits Times, sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia, semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4. Tetapi Mahathir pergi jauh lagi, dengan menutup akhbar dan mengawal dengan ketat lesen untuk penerbitan dan percetakan. Media asingtermasuk the Asian Wall Street Journal (AWSJ), di mana Wain merupakan seorang wartawan AWSJ yang berpengkalan di Kuala Lumpur —pengedarannya ditangguhkan atau dihalang apabila berita yang berpotensi merosakkan UMNO disiarkan.

Dakwaan Wain yang meletup ialah tentang Mahathir melesapkan atau membazirkan  RM100 bilion (AS$40 bilion ketika itu) melalui salah urus, korupsi dan skandal kewangan yang amat besar. Satu daripada skandal tersebut ialah ‘kegagalan forex’, satu cubaan nasib tidak baik perdagangan spekulatif matawang oleh bank pusat Malaysia, Bank Negara, yang melihat kerugian besar rizab negara hingga jatuh ke  93%. Disebalik magnitud atau besarnya kes ini, ia tidak mampu menjejaskan  Mahathir yang amat berkuasa.

Hanya dengan penahanan dan pendakwaan timbalannya Anwar Ibrahim kerana salah guna kuasa dan meliwat, Mahathir mampu melakukannya. Wain menggambarkan episod ini menunjukkan ia satu cuban sikap sinis oleh Mahathir untuk mengenepikan dan menghina seteru politik beliau. Bahawa beliau sanggup secara sistematik melemahkan integriti sistem kehakiman, termasuk menghina bekas sekutunya kepada umum, menyebabkan pendapat umum dengan jelasnya dilihat memakan diri kerana Mahathir ditentang untuk kali pertamanya. Bagi Wain, episod ini ‘mendedahkan sifat authotarian yang mendalam pentadbiran Dr. Mahathir dan kerosakan institusi yang telah dibentuk dalam tempoh yang panjang beliau berkuasa.’

Barry Wain terlampau terperinci, hampir menjadi forensik, dalam bukunya menggambarkan Mahathir sebagai seorang operator yang pragmatik, yang sudah lama hidup dengan matlamat mempromosi rakyat Malaysia dan kemajuan Melayu. Ideologi telah digunakan dan dibuang tertakluk atas sama ada ia membantu beliau mencapai matlamat ini dan mengukuhkan kuasanya sendiri. Beliau gembira untuk eksploitasi penerapan nilai Islam terhadap masyarakat Malaysia, bukan kerana beliau mempunyai penghayatan agama itu yang mendalam, tetapi sebab ia membolehkan beliau dengan berkesan mengenepikan parti pembangkang. Beliau mengamalkan preskripsi economy yang orthodox atau kuno untuk perkembangan economy Malaysia, tetapi kemudian dengan nyata menolaknya semasa berlaku krisis kewangan melanda Asia, beliau memilih untuk mengenakan kawalan modal (capital controls) disebalik menerima langkah jimat cermat oleh International Monetary Fund (IMF).

Malaysian Maverick adakalanya melakarkan satu gambaran istimewa yang bersimpati terhadap Mahathir tetapi ia tidak gentar dalam kritikan pada masa yang lain. Kesan kepada tektik ini untuk menunjukkan Mahathir dalam dua keadaan yang amat berbedza. Beliau seorang aktivis riuh rendah, keseluruhanya kommitted untuk memperbaiki status orang Melayu dan Malaysia itu sendiri. Mahathir ini telah mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara moden, ekonomi perindustrian, membebaskan berjuta rakyatnya daripada kemiskinan yang masih dalam proses. Tetapi beliau secara serentak seorang authoritarian yang tidak gentar, yang tidak berasa malu melemahkan institutsi demokkratik dan dengan sengaja membenarkan korapsi untuk berkembang demi untuk berpegang kepada kuasa yang mutlak. Mahathir telah membazirkan kepada perkara yang tidak perlu atas kekayaan Malaysia, polarisasi rakyatnya, dan menyekat kebebasan rakyatnya ketika itu.

Buku Wain belum lagi diluluskan penjualan di Malaysia, satu gambaran yang ironik agaknya atas faktor yang banyak warisan tidak atau anti demokratk Mahathir masih terus hidup. Tetapi di negara jiran Singapura, buku ini terus laris dijual.

No comments:

Post a Comment