Thursday, 2 August 2018

TUDUHAN ORANG MELAYU PENDATANG ADALAH “BIADAP”.



UMNO Selangor menuntut Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran meletak jawatan disebalik memohon maaf dan menarik balik perkataan “pendatang” dalam satu ucapan sebelum ini.

Ketua sayap pemuda Rizam Ismail berkata pengubal undang-undang DAP itu harus menawarkan bukti selanjutnya atas kenyataannya bukan hanya memohon maaf sahaja, mendesak bahawa menggunakan perkataan pendatang, adalah sensitif kepada orang Melayu dan akan menjejaskan keharmonian perhubungan kaum.
Saya rasa sekiranya dia fikir dia seorang yang beretika, dengan wajar dia harus berasa malu dan meletak jawatan atas apa yang dia katakan. 
Seorang menteri yang tidak tahu sejarah negara ini tidak layak menjadi menteri negara ini,” Rizam memberitahu wartawan di luar ibu pejabat polis Selangor di sini sebelum membuat laporan polis terhadap Kulasegaran.
Beliau berkata sebagai seorang menteri, Kulasegaran harus lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan.
Dia harus menghormati Perlembagaan Persekutuan, dan tidak manipulasi sejarah atas pembentukan Malaysia,” Rizam menambah.
Pemimpin UMNO itu berkata Kulasegaran tidak seharusnya terlepas sebab presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman, telah didakwa dengan Akta Hasutan dan telah dihukum dua tahun yang lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang sama dalam satu kertas akademik yang disiarkan dalam satu laman web kumpulan Hak Asasai Islam.
Awal hari itu, Kulasegaran memohon maaf dan menarik semula perkataan yang diucapkan dalam bahasa Tamil tentang sejarah dan migrasi Semenanjung Malaya semasa satu majlis di Nilai, Negri Sembilan minggu lepas.
Perkara itu telah mencetuskan kontroversi setelah sebuah akhbar harian Melayu Utusan Malaysia melaporkan Jumaat lepas bahawa Kulasegaran membuat kenyataan bahawa orang Melayu adalah “pendatang” di Malaysia, sementara orang  India adalah penduduk asal negara ini.
Pada keesokan harinya, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menuduh akhbar memutarbelitkan kenyataannya untuk provokasi ketegangan kaum.
Menurut Kulasegaran, dia telah menjelaskan dalam ucapannya bahawa orang  India tiba di Kepulauan Melayu 2,500 tahun yang lalu dan membawa agama Hindu dengan mereka, menyebut bukti penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang Kedah, termasuk penemuan candi di Sungai Batu.
Beliau berkata sejarah menunjukkan agama Hindu merupakan agama awal dianuti oleh orang tempatan di Semenanjung Malaya dan kepulauan Melayu dan ia kemudian dikembangkan kepada agama Buddha, sebelum Islam dibawa ke rantau ini dan disukai ramai pada kurun ke 15.

No comments:

Post a Comment