Monday 27 August 2018

PENDEDAHAN SKANDAL KETIGA: BUKU “MALAYSIAN MAVERICK- MAHATHIR MOHAMAD IN TRIBULENT TIMES”


SKANDAL KERUGIAN FOREX BANK NEGARA MALAYSIA - TAHUN 1992 HINGGA 1993

Skandal ketiga yang telah didedahkan oleh wartawan Barry Wain warga Australia wartawan Asian Wall Street Journal (AWSJ) dalam bukunya bertajuk, ‘Malaysian Maverick - Mahathir Mohamad In Tribulent Times’,yang diterbitkan pada 04 Disember 2009 ialah tentang skandal Kerugian FOREX Bank Negara Malaysia.

Beberapa tahun dalam awal tahun 1992 hingga 1993, Bank Negara Malaysia telah terlibat dalam perdagangan mata wang asing yang berisko di mana telah terjebak dalam kesulitan yang serius dan mengakibatkan anggaran kerugian sehingga RM30 bilion. Adalah tidak jelas secara tepat bila aktiviti dan pihak bank dijangkakan patut mempunyai bilik perdagangan mata wang tercanggih di dunia yang mampu mempengaruhi Dr. Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri semasa lawatannya ke bilik perdagangan tersebut. Beliau telah memberi kelulusan untuk Bank Negara Malayia (BNM) meneruskan perdagangan spekulatif mata wang asing setelah dimaklumkan tentangnya (walaupun bukan merupakan peranan bank pusat).

Aktiviti perdagangan mata wang asing BNM telah terkenal pada ketika itu dan telah menjadi satu punca yang diambil berat oleh bank di seluruh Asia.”Ia telah menjadi terlalu digeruni oleh pedagang mata wang sedunia”, kata pengarang buku “Vandals’ Crown: How Rebel Currency Traders Overthrew the World’s Central Banks”. Atas beberapa hari, ia telah memperdagangkan AS$1 bilion ke AS$5 bilion yang mana ia sangat luar biasa. Malahan Bank of Japan jarang memperdagangkan lebih daripada AS$1 bilion dan itu pun hanya apabila untuk masuk campur dalam pasaran mata wang asing bagi melindungi mata wangnya sendiri. Bank pusat lazimnya memasuki pasaran mata wang asing hanya untuk mempengaruhi kadar mata wangnya sendiri.

Bagaimanapun, BNM telah memperdagangkan mata wang lain dan telah memperolehi keuntungan daripada pergerakannya. Dalam kata lain, ia telah menjadi pusat keuntungan kerajaan menggunakan rizab negara untuk spekulasi dalam pasaran mata wang. Sudah tentu, bahawa ia bukan peranan bank pusat. Mengapa BNM menanggung aktiviti membuat keuntungan seumpama itu yang meletakkan rizab negara pada risiko yang tinggi?

Ia hanya memerlukan peristiwa yang tidak sesuai untuk menyebabkan kerugian yang teruk. BNM telah memegang kedudukan pertaruhan yang besar ke atas £ sterling untuk meningkat. Bagaimanapun, Britain mengundurkan diri daripada European Exchange Rate Mechanism (EERM) ini telah menyebabkan runtuhnya £ sterling. Ini menyebabkan anggaran kerugian dijangkakan antara RM16 bilion ke RM 30 bilion hanya dalam tempoh dua tahun dari 1992 hingga 1993.

Sehingga hari ini, laporan penuh dan pendedahan skandal perdagangan pertukaran wang asing ini masih tiada sebarang perkembangan, biarpun usaha berterusan Lim Kit Siang untuk membawa isu ini banyak kali di dalam Dewan Rakyat serta mendedahkan dalam buku tulisannya.

Menggunakan semua sumber, sebuah bank pusat dengan menguasai hak maklumat, kredit tanpa had, kuasa mengawal peraturan dan banyak lagi. BNM telah menjadi pedagang mata wang yang digeruni oleh pasaran mata wang. Dengan berdagang untuk keuntungan, BNM kommited untuk meninggalkan peranan khususnya sebelum ini sebagai sebuah bank pusat. Disebalik bekerja untuk memastikan kestabilan kewangan global, BNM berulang kali meletakkan jumlah wang yang besar ke dalam keadaan pasaran yang berbahaya, demi untuk menentukan supaya kadar tukaran tidak stabil demi untuk keuntungan sendiri.

BNM beroperasi di belakang hijab yang tebal penuh kerahsiaan. Bank berkenaan jarang bercakap secara terbuka tentang kontroversi aktiviti perdagangannya. Namun begitu ia semakin bertambah jelas kepada pedagang pertukaran wang asing bahawa operasi BNM dalam pertukaran wang asing telah pergi jauh daripada mempertahankan diri yang mudah. Ia telah menjadi pedagang mata wang yang sangat digeruni di dunia.

Menurut mantan penolong governor BNM Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bahawa bank pusat berkenaan mengalami kerugian AS$10 bilion dalam pasaran pertukaran mata wang asing pada awal 1990 (nilai sekarang RM98 bilion), jauh lebih tinggi daripada yang pernah diakui.

Pendedahan Murad telah menyebabkan kegemparan politik dan desakan baru untuk menyiasat kerugian tersebut, di mana berlaku ketika Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dalam temu ramah yang luar biasa dengan media The New Straits Time dan Utusan Malaysia, Murad menyatakan kerugian sebenar pertukaran mata wang asing adalah AS$10 bilion, lebih tinggi daripada RM9 bilion yang didedahkan BNM sebelum ini.

Jumlah kerugian adalah AS$10 bilion dan bukannya Ringgit Malaysia, kerugian kita adalah dalam bentuk mata wang asing dan bukannya ringgit. Ini bermakna bahawa rizab negara (pertukaran wang asing) dalam dolar Amerika Syarikat, pound British dan Yen Jepun semuanya lesap. Ia hilang begitu sahaja. Ini merupakan kerugian terkumpul untuk beberapa bulan.

“Sebagai sebuah bank pusat, peranan BNM bukan untuk spekulasi di dalam pasaran mata wang asing. Ia bukan peranan BNM untuk spekulasi mata wang. Ia hanya untuk campur tangan untuk melicinkan pergerakan ringgit”

“Terdapat dua perkara, satu ialah spekulasi dan yang lain ialah pengurusan rizab. Pengurusan rizab ialah mengerakkan aset BNM. Ia adalah perkara yang nyata dan aset nyata sekiranya kita hendak melabur di dalam Bil Perbendaharaan, Bon Kerajaan. Itulah peranan BNM. Tetapi yang telah mereka lakukan adalah spekulasi tulin untuk mendapatkan keuntungan haram oleh individu atau kumpulan yang terlibat”.

“Tidak ada sebarang kawalan. Tidak ada kawalan dalaman dan tiada seorang yang tahu apa yang berlaku ketika itu. Yang paling utama ialah bahawa tiada sebarang penyiasatan telah dibuat. BNM hilang AS$10 bilion, tetapi tiada penyiasatan. PDRM dan SPRM tidak berani untuk menyiasat kerana melibatkan individu tertentu yang lebih berkuasa serta mengatasi undang-undang”.

Akhir sekali beliau menyatakan bahawa.”Pihak berkuasa harus membuka semula kes ini. Mereka harus, dan beliau sanggup berkerjasama. Rekodnya sudah melebihi 20 tahun dan mungkin sudah dimakan anai-anai. Urusan haram ini telah dijalankan di sini”.

Sekarang, semua sudah terlalu jelas dan didokumentasikan dengan betul. Banyak penyiasatan telah dibuat dan jawapannya telah diberi tahu banyak kali. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan terhadap kerugian dalam skandal pertukaran mata wang asing BNM. Adakah BNM benar-benar rugi AS$10 bilion kerana spekulasi pasaran mata wang atau sebenarnya sebahagian wang dimasuk poket dan berselindung disebalik kerugian pertukaran mata wang asing? Apakah kerugian yang sebenarnya? Adakah Anwar juga mengetahuinya?

Tugas Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu adalah untuk melindungi belakang Dr. Mahathir dan Daim, di mana beliau telah lakukan pada tahun 1993 dan 1994 apabila beliau membohongi Dewan Rakyat.

Pada tahun 1993, Anwar menyatakan tidak ada sebarang kerugian. Pada tahun 1994, beliau menyatakan hanya ‘kerugian atas kertas’ dan bahawa angkanya terlalu kecil. Pada 2hb Jun 2012 Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari dari DAP, menyatakan amaun kerugian RM30 bilion (lebih kurang RM59 bilion sekarang). Mantan penolong pengurus BNM Dr. Rosli Yaakop pula, menyatakan amaunnya ialah AS$5.5 bilion (lebih kurang RM47 bilion sekarang). Awal Januarai 2017, bekas penolong governor BNM Datuk Murad Khalid menyatakan AS$10 bilion (lebih kurang RM98 bilion sekarang).

Sekarang, inilah dia apa yang Anwar katakan dalam tahun 2012: “kegagalan pertukaran mata wang asing adalah masalah utama semasa tempoh saya menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998. Saya dibiarkan dalam kegelapan berkaitan dengan isu ini sehingga perkara berpusar luar kawalan dan kerugian sangat besar dalam tahun 1994”.

Anwar tidak boleh mengaku jahil dan seandainya beliau betul-betul jahil yang bermakna beliau mengakui yang kebenaran telah disembunyikan daripada beliau. Oleh itu Mahathir dan Daim telah membuat pilihan yang tepat dalam melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991, memandangkan beliau terlalu bisu dan jahil tentang apa yang berlaku disekeliling beliau.

Lim Kit Siang merupakan orang yang mengemukakan perkara ini di Dewan Rakyat pada tahun 1993. Sudah tentu, pada ketika itu Anwar Ibrahim, sebagai menteri kewangan, menafikan kononnya ‘kabar angin’ walaupun media barat telah tiga tahun melaporkannya sejak 1989 (masa itu kita tiada internet: bermakna Anwar tidak boleh lari daripada pembohongan).Oleh itu, adakah Anwar membohong atau beliau juga telah dibohongi?

Hakikatnya, Mahathir dan Daim telah menjadikan Anwar sebagai Menteri Kewangan pada 1991 untuk tujuan yang khusus bagi menyembunyikan kes ini dan jika perlu berbohong seandainya perkara ini diketahui umum.

Pada 1994, bau busuk terlalu kuat yang ia sampai ke kemuncaknya dan Anwar tidak boleh lagi menafikannya. Oleh itu, apabila Kit Siang sekali lagi menimbulkan sekali lagi di Dewan Rakyat pada 1994, kali ini Anwar telah mengaku yang BNM telah mengalami kerugian, pada hakikatnya, kerugian sedikit wang tetapi hanya ‘kerugian atas kertas’ dan bukannya amaun yang besar, rugi sedikit sahaja. Hari ini kita diberi tahu yang ia bukan rugi di atas kertas dan ia bukan rugi sedikit sahaja malah kerugian sebenar berjumlah AS$10 bilion atau RM98 bilion pada nilai hari ini.

Lim Kit Siang menjadikan skandal pertukaran mata wang asing ini sebagai perang salib (crusadae) peribadi. Beliau menuntut jawapan dan kebenaran dan mendesak agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan untuk mendapat punca berlakunya skandal tersebut dan untuk mendedahkan kebenaran.

Malangnya sekarang Lim Kit Siang telah membuat satu pusingan ‘U’. Beliau tidak lagi berhujah berapi-rapi, meracau dan menjerit-jerit. Beliau berdiam diri atas skandal ini sebab beliau telah membuat rundingan dengan Dr. Mahathir dan beliau tidak mahu menggagalkan rundingan ini, yang mana termasuk berpakat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 melalui fitnah dan pembohongan dan melantik anak beliau menjadi Menteri Kewangan. Sebab itulah beliau berdiam diri.

Banyak orang, terutama penyokong tegar, penama, pemegang amanah dan kroni Dr. Mahathir marah tentang pendedahan tentang skandal kerugian pertukaran wang asing BNM, di mana mereka mempertikaikannya kononnya ia telah berlaku 25 tahun lalu dan tidak lagi relevan. Mereka mahu agar kita bercakap tentang apa yang berlaku sekarang, mereka memberi alasan bahawa isu 1MDB adalah relevan dan semasa. Mereka mahu agar kita berhenti memperkatakan tentang skandal kerugian pertukaran mata wang asing BNM, kononnya merupakan isu lama. Mereka mahu kita mendedahkan dengan lebih mendalam tentang isu 1MDB.

Sekiranya mereka mahu kita bercakap tentang 1MDB maka mari kita bercakap tentangnya. 1MDB kononnya melibatkan kehilangan RM42 bilion dan kemudian berubah turun ke RM27 bilion mengikut selera sipemfitnah dan pembohong tegar Dr. Mahathir, sementara amaun sebenar melibatkan skandal pertukaran wang asing yang telah disahkan oleh RCI yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sebelum ini ialah RM 30 bilion milik rakyat. 1MDB setakat ini ialah tentang masalah aliran tunai dalam perniagaan manakala skandal pertukaran mata wang asing BNM melibatkan wang rakyat berjumlah RM30 bilion hilang di atas angin kononnya kerugian dan sebahagiannya mungkin dicuri. 1MDB merupakan mangsa fitnah dan pembohongan untuk mewujudkan persepsi politik kebencian bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO BN pada PRU-14, manakala skandal pertukaran mata wang asing BNM melibatkan menyorokkan kebenaran dan pembohongan di Dewan Rakyat atas kerugian/kecurian wang rakyat RM 30 bilion.






No comments:

Post a Comment