Monday 13 August 2018

AKTA BERITA TIDAK BENAR: PH MENGANGGAP PEMBOHONGAN DAN FITNAH MERUPAKAN KEBEBASAN BERSUARA


Kerajaan Pakatan Harapan telah mengusulkan di Dewan Rakyat untuk memansuh Akta Berita Tidak Benar yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Alasan pemansuhan akta tersebut kononya bercanggah dengan demokrasi dalam kontek kebebasan bersuara. Ia merupakan satu alasan yang dangkal yang tidak boleh diterima dalam kontek hak asasi kemanusiaan, keadilan dan kebenaran dalam mengamalkan demokrasi.

Justeru itu, hakikatnya dalam demokrasi, kebebasan bersuara bukanlah mutlak tetapi tertakluk kepada kebertanggungjawaban sesaorang untuk menentukan kebenaran dan keadilan supaya tidak memudaratkan pihak yang lain. Sekiranya ia tidak benar, tidak adil serta memudaratkan pihak lain seperti fitnah dan pembohongan sudah tentu ia bukan dianggap sebagai kebebasan suara yang dikehendaki dalam demokrasi.

Sebenarnya politik kebencian yang disemai melalui fitnah dan pembohongan telah lama diwarisi daripada doktrin politik Zionis melalui kursus indoktrinisasi kepada NGO pro pembangkang dan parti-parti pembangakang di negara ini oleh NGO mereka seperti Open Society Foundation (OSF), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) dan Conservative Lined Freedom House (Neo-Con).

Hampir kesemua organisasi tersebut dibiayai oleh National Endowment for Democracy (NED) sebuah entiti kerajaan Amerika Syarikat merupakan sayap kepada Central Intelligence Agency (CIA). Manakala OSF pula dibiayai oleh George Sorros.

Organisasi berkenaan berselindung di sebalik mempromosi demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia, tetapi disebaliknya mereka lebih cenderung kepada mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara dengan menghasut, memfitnah serta berbohong.  

Kesan daripada campur tangan mereka telah mengakibatkan kebangkitan rakyat dikenali sebagai Arab Spring di keseluruhan Semenanjung Arab pada 2010, di mana kesannya tiga kerajaan negara-negara Arab, iaitu Mesir, Tunisia dan Libya berjaya ditumbangkan dengan kuasa kebangkitan rakyat. Kerajaan Syria walaupun gagal ditumbangkan kerana mempunyai kekuatan ketenteraan, tetapi peperangan saudara terus berlaku sehingga sekarang.

Begitu juga di Malaysia walaupun tidak ada kebangkitan rakyat seperti Arab Spring di Semenanjung Arab, namun difahamkan bahawa kekalahan kerajaan Barisan Nasional setelah 60 tahun memerintah pada PRU-14 ada kaitan dengan campur tangan kuasa asing Zionis.

Ini telah dibuktikan baru-baru dalam satu forum yang dianjurkan oleh the Centre for Strategic & International Studies (sebuah think tank Amerika Syarikat) bulan lepas.

Dalam forum tersebut, seorang Presiden IRI bernama Daniel Twinning telah berkata bahawa beliau telah melawat Malaysia dan pernah duduk bersama banyak pemimpin baru dalam kerajaan yang baru ini (Pakatan Harapan), banyak daripada mereka merupakan rakannya yang telah berkerja selama 15 tahun, dan salah seorang daripadanya, kata beliau, merupakan pemimpin kerajaan yang baharu itu.

Seterusnya Twinning berkata semasa dalam satu perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri selepas PRU-14, beliau telah memberi tahu seorang pemimpin kanan Pakatan Harapan bahawa penghargaan harus diberi kepada mereka (rakyat) dan “bukanya kami (IRI)”.

 Itulah kesannya doktrin politik Zionis, di mana fitnah dan pembohongan merupakan senjata utama untuk mempengaruhi rakyat. Menurut doktrin mereka apabila fitnah atau pembohongan yang sama diulang-ulang untuk beberapa kali sudah tentu ia akan membentuk persepsi kebencian rakyat. Persepsi inilah akan digunakan untuk memihak kepadanya untuk disasarkan kebencian itu kepada pihak yang difitnah.

Berkenaan janji-janji pula, sudah tentu yang popular yang mampu menarik perhatian rakyat, walaupun mereka ketahui bahawa ia sukar dilaksanakan.

Sebab itu kita lihat kejayaan Pakatan Harapan pada PRU-14 bukanlah kerana kecemerlangnya mentadbir negara tetapi mendapat sokongan yang menakjubkan daripada rakyat. In isudah tentu kerana politik kebencian melalui fitnah yang telah mereka disemaikan dikalangan rakyat dan pembohongan melalui janji-janji populis atau janji menarik yang ditawarkan kepada rakyat yang mana sekarang ia masih gagal ditunaikan.

Sebagai contoh dua negeri di bawah Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang sebelum PRU-14. Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod prestasi cemerlang yang boleh dibanggakan dalam mentadbirkan negeri-negeri tersebut.  

Bagi kerajaan negeri Selangor (dikuasai PKR) isu utama seperti masalah-masalah bekalan air bersih, ketirisan pentadbiran kerajaan negeri berkaitan dengan perlombongan pasir haram, pengurusa pemungutan sampah yang lemah, masalah kebersihan dengan penularan penyakit nyamok ades tertinggi di Malaysia, rasuah dalam pengagihan tanah kerajaan, rasuah dan salah guna kuasa dalam penjualan tanah rakyat kepada pemaju perumahan dan banyak lagi kes rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan negeri.

Begitu juga kerajaan negeri Pulau Pinang (dikuasai DAP) dengan isu utamanya seperti rasuah Ketua Menterinya sendiri dalam kes pembelian banglo di bawah harga pasaran, salah guna kuasa dan rasuah projek trowong dasar laut yang merugikan wang rakyat berjuta ringgit yang hilang di atas angin, penjualan tanah kerajaan yang berleluasa yang menguntungkan pemaju perumahan, isu alam sekitar yang menyebabkan banjir seperti penarahan dan penebangan hutan di lereng bukit kononnya untuk pembangunan dan banyak lagi isu.

Tetapi PRU-14 jelas memperlihatkan bahawa rakyat tidak kisah tentang permasalahan bagi kedua-dua kerajaan negeri tersebut dengan pola undi yang diperolehi di kedua-dua negeri tersebut malah terus meningkat sekali ganda daripada pencapaian PRU-13.

Ini menunjukkan apa? Ini jelas menunjukkan bahawa fitnah untuk mewujudkan politik kebencian dan pembohongan melalui janji-janji manis merupakan faktor yang telah mengabui mata rakyat terhadap kelemahan-kelemahan kerajaan negeri yang sedia ada.

Dengan penamabahan hampir 45% golongan pengundi baru (anak muda) yang baru pertama kali mengundi memburukkan keadaan. Mereka ini yang buat kali pertama mengundi yang tiada pengalaman mengundi serta tidak memahami sinario politik, telah teruja mengundi Pakatan Harapan dengan harapan nasib mereka terbela  berdasarkan manifesto Pakatan Harapan yang telah diwar-warkan kepada mereka. Tetapi malangnya ia tidak berlaku dan golongan ini telah tertipu.

Sekarang, setelah menjadi kerajaan, kerajaan Pakatan Harapan terus berbohong. Ia telah dilakukan mulai daripada Perdana Menterinya sendiri hinggalah ke Menteri kabinetnya. Sebelum mencapai 100 hari memerintah terdapat sebanyak 7 kes pembohongan telah dikenal pasti mereka lakukan. Jika dikira kekerapannya ialah 14 hari satu pembohongan sehingga 100 hari berkuasa.

Itu pembohongan untuk 100 hari berkuasa. Macam mana pula untuk unjuran satu penggal atau 5 tahun berkuasa? Anggaran unjuran lebih kurang 128 hingga 130 pembohongan untuk sepenggal berasaskan 7 pembohongan untuk 100 hari berkuasa.

Pembohongan Pertama: Bermula dengan Perdana Menterinya sendiri Tun Mahathir, beliau telah berbohong kononnya Datuk Seri Najib telah mencuri RM 2.6 bilion wang 1MDB. Pembohongan beliau telah bermula sejak tahun 2015 sehingga sekarang.

Namun setelah beliau berkuasa sekarang, mengapa beliau tidak ambil tindakan untuk mendakwa Najib di mahkamah kononnya mencuri wang 1MDB bernilai RM 2.6 bilion itu. Jelas beliau telah berbohong sebab tiada mempunyai sebarang bukti untuk mengheret Najib di mahkamah di atas isu yang beliau dakwa.

Pembohongan Kedua: Kemudian menurut urutan, tiba pula giliran Menteri Kewangannya Lim Guan Eng berbohong kononnya hutang negara adalah RM 1.8 trilion yang merupakan 80.3% daripada KDNK. Ini merupakan satu alasan yang sengaja diada-adakan kerana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan untuk menunaikan janji-janji populis yang telah dibuat sebelum PRU-14.

Hutang rasmi negara sebenarnya yang diiktiraf dunia seperti Bank Dunia dan IMF yang dikeluarkan dalam laporan Bank Negara ialah RM 686 bilion yang merupakan 50.8% daripada KDNK Malaysia. KDNK Malaysia ialah RM 1.3 trilion dan rizab antarabangsa Malaysia di Bank Negara Malaysia ialah RM 400 bilion.

Angka tersebut bukan sahaja diiktiraf oleh Bank Dunia dan IMF, malah diiktiraf oleh badan-badan penarafan terkenal antarabangsa seperti JP Morgan, Fitch Ratings dan Moody’s Investor Services.

Pembohongan Ketiga: Urutan seterusnya, kemudian tiba giliran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sallehudin Ayub yang menyatakan bahawa harga barangan telah turun dengan mendadak dari 30 % hingga 50% setelah GST disifarkan. Namun setelah dicabar untuk membuktikannya telah memberi alasan bahawa kajian yang dibuat adalah secara rawak dan tidak menyeluruh.

Pembohongan Keempat: Kemudian tiba giliran Menteri PDNKK Datuk Saifuddin Nasution telah menyatakan bahawa mengikut kajian yang telah dibuat oleh kementeriannya bahawa setakat ini sebanyak 70% daripada senarai harga barangan telah turun harga. Tetapi setelah dicabar oleh tiga persatuan pengguna terkenal seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam untuk menyenaraikan 70% barangan dimaksudkan itu, namun beliau tidak memberi sebarang respon sehingga kini.

Pembohongan Kelima: Urutan giliran pembohongan seterusnya sebelum mencapai 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan ialah pembohongan dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau mendakwa telah menemui pegawai Singapura untuk membincangkan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) apabila ia tidak berlaku.

Pada hari Ithnin, beliau mendakwa telah menemui pihak berkuasa  Singapura semasa beliau berada di Republik itu dan sebelum itu pada hari Ahad telah melawat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang beransur sembuh daripada pembedahan untuk membuang tumor pankreatik.

Walaubagaimanapun, menurut seorang jurucakap daripada Kementerian Pengankutan (MOT) Singapura menyatakan bahawa tiada perjumpaan tersebut dijadualkan pada hari tersebut, mahupun perjumpaan antara Azmin dan pegawai  Singapura bagi membincangkan Projek HSR.

Nampaknya Azmin telah berbohong serta tuang atau ponteng kerja tidak menghadiri sesi parlimen pada hari tersebut.

Tidak haranlah sebelum ini mengapa setelah 60 tahun tertubuhnya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berlaku mesyurat Dewan Rakyat tidak cukup korum kerana menteri dan ahli parlimennya tuang. Tetapi ia berlaku semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan sekarang di mana Speaker Dewan Rakyat terpaksa menunggu Menteri dan Ahli Parlimen hadir barulah mesyuarat boleh diteruskan kerana tidak cukup korum.

Pembohongan Keenam: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan di Dewan Rakyat bahawa RM18 bilion daripada RM19.4 untuk GST yang sepatutnya dikembalikan kepada peniaga telah “dirompak” oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas.

Beliau berkata kredit input cukai di bawah sistem GST sejak 2015 telah “rompak” oleh pentadbiran yang lepas.

Kenyataan beliau telah menghangatkan dewan lalu berlakulah pertikaman lidah yang hangat di dewan oleh Ahli Parlimen pembangkang (BN). Sehingga banyak soalan yang diajukan dengan terperinci kepada Menteri itu gagal dijawabnya dengan yakin hingga mengecewakan serta mengawatkan dewan.

Ke esokkan harinya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin telah membuat satu laporan Polis dan satu laporan SPRM atas dakwaan Menteri Kewangan itu.

Menurut Khairy, beliau mahu kenyataan Guan Eng itu “disiasat dan dibuktikan” dengan sempurna melangkaui siasatan dalaman Kementerian Kewangan. Kerana beliau tidak fikir siasatan dalaman oleh Kementerian Kewangan mencukupi apabila dakwaan yang serius menyalah guna atau rompakan telah berlaku.

Memandangkan Guan Eng tidak berminat sebarangan yang melangkaui siasatan dalaman, oleh itu, beliau lebih suka untuk membawa perkara ini di luar demi kepentingan awam.

Sementara itu Ketua Pengarah JKDM, Dato’ Seri Subromaniam Tholasy memaklumkan JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyurat Tabung Amanah Bulanan bagi tempoh 01 April 2015 hingga 31 Mei 2018. Tetapi menurutnya hanya RM63.9 bilion bayaran telah dipindahkan ke akaun amanah. Baki anggaran RM19 bilion belum dipindahkan lagi.

Ada juga pendapat mengatakan, sekiranya wang tersebut “dirompak” kerajaan BN, sudah tentu pada 10hb Mei 2018 kerajaan Pakatan Harapan sudah mengetahui nya. Kerana tarikh itu merupakan tarikh yang BN tidak lagi berkuasa.

Yang anihnya mengapa setelah tiga bulan kerajaan Pakatan Harapan memerintah yang tarikh berakhir 10hb Ogos 2018 baru mereka dapat mengesan kehilangan tersebut. Berkemungkinan besar jumlah yang dikatakan “dirompak” telah digunakan untuk menampung defisit akaun semasa yang sepatutnya ditampung oleh GST yang kini sudah berstatus sifar sejak 10hb Mei 2018. Perkara ini tidak boleh dinafikan dan ia mungkin berlaku dan ia perlu disiasat dengan lebih mendalam lagi.

Seterusnya, menurut bekas Ketua Setiausaha Perbendahara Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah menafikan bahawa kerajaan BN melesapkan RM 19 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.

Menurutnya, pada lazimnya wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.

Walaubagaimanapun beliau telah membuat laporan kepada SPRM terhadap wang yang didakwa hilang itu supaya ia disiasat, di mana beliau menganggap ia sebagai satu dakwaan yang tidak berasas. Matlamat beliau membuat laporan SPRM ialah untuk membuktikan kebenaran.

Akhir sekali, menurut pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) yang baru, Datuk Ronald Kiandee, bahawa beliau akan menubuhkan satu siasatan ke atas dakwaan wang bayaran balik GST yang “hilang”. Beliau akan gunakan segala kuasa yang beliau ada untuk membawa perkara ini kepada PAC.

Dengan segala lapor yang telah dibuat kepada Polis, SPRM dan PAC, sekiranya ia didapati tidak benar, Menteri Kewangan Lim Guan Eng boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan dan Hak Kebebasan untuk tindakan tata tertib kerana berbohong di dalam Dewan Rakyat.

Pembohongan Ketujuh:Semasa melawat kapal mewah yang disita Equanimity, Tun Mahathir menyatakan bahawa kerajaan perlu menjual kapal mewah tersebut kerana tidak mahu menanggung kos penyelenggaraannya.
Tun Mahathir menyatakan bahawa kononnya beliau ada dokumen dan melayakkan kapal mewah itu dijual sekarang.
Tetapi menurut salah seorang peguam yang mewakili 1MDB dan Kerajaan Malaysia, yang bernama Jeremy M. Joseph bahawa ia akan menggambil masa sehingga sembilan bulan untuk mengenal pasti pemilik asal yang bernilai RM 1 bilion tersebut.
Menurut seorang lagi peguam yang mewakili 1MDB bernama S.Sitpah berkata bahawa tempoh masa untuk kapal itu berlabuh di Terminal Bousted Cruise Centre, Pelabuhan Kelang, tidak dapat dipastikan kerana perkara ini bergantung kepada siasatan.
Jelas di sini menunjukkan Tun Mahathir seorang pembohong besar kerana menyatakan kononnya kapal mewah itu sudah ada dokumen untuk dikenalpasti pemiliknya lantaran itu boleh terus dilelong.
Namun ia tidak semudah itu apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Andaikata, katakanlah pemilik kapal mewah telah dikenalpasti iaitu Jho Low, satu lagi proses siasatan harus dilaksanakan, iaitu membuktikan adakah benar kononnya kapal itu dibeli Jho Low dengan wang yang kononnya dicuri daripada 1MDB.
Atau andaikata, pemilik kapal mewah tersebut tidak dikenalpasti dan kapal mewah itu dijual. Dikuatiri rakyat Malaysia akan menggelar Tun Mahathir sebagai “Ketua Lanun Malaysia Baharu” atau “Ketua Perompak Malaysia Baharu” kerana merampas dan menjual harta milik orang lain tanpa kebenaran pemiliknya.
Kesimpulannya, memansuhkan Akta Berita Tidak Benar merupakan satu penghinaan kepada agama Islam, kerana Islam melarang umatnya memfitnah dan berbohong yang banyak dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan(termasuk yang beragama Islam) demi untuk berkuasa. Contohnya PRU-14 yang mana kuasa telah diperoleh melalui fitnah yang telah mewujudkan politik kebencian terhadap pihak lawan dan pembohongan dilakukan bagi janji-janji manis yang gagal ditepati dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah .
Pakatan Harapan rela menerima doktrin politik Zionis antarabanggsa kononnya fitnah dan pembohongan menghalang kebebasan bersuara dalam amalan demokrasi. Tetapi sanggup menolak Akta Berita Tidak Benar yang lebih Islamik kerana mampu mencegah dan menghalang fitnah dan pembohongan dari berleluasa.
Memandangkan Islam melarang fitnah dan pembohongan maka dengan memansukan Akta Berita Tidak Benar adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Islam itu adalah Agama Persekutuan.
Dengan terkuburnya Akta Berita Tidak Benar, musnahlah demokrasi di negara ini. Ini mewajarkan kerajaan Pakatan Harapan memfitnah pihak lawan dan membohongi rakyat untuk terus berkuasa.
Adakah fitnah dan pembohongan merupakan kebebasan bersuara yang merupakan salah satu ciri-ciri dalam demokrasi? Bukankah ketelusan dan kebenaran yang dituntut oleh demokrasi? Oleh rakyat yang cintakan demokrasi hendaklah memikirkan dengan bijaksana.






No comments:

Post a Comment