Monday 27 August 2018

PENDEDAHAN SKANDAL KEEMPAT: BUKU “MALAYSIAN MAVERICK- MAHATHIR MOHAMAD IN TRIBULENT TIMES”

SKANDAL PERWAJA STEEL - TAHUN 2002

Skandal ke empat yang telah didedahkan oleh wartawan Barry Wain warga Australia wartawan Asian Wall Street Journal (AWSJ) dalam bukunya bertajuk, ‘Malaysian Maverick - Mahathir Mohamad In Tribulent Times’,yang diterbitkan pada 04 Disember 2009 ialah tentang skandal Perwaja Steel.

Dalam merumuskan skandal Perwaja Steel, Barry Wain telah menyatakan bahawa Perwaja Steel kelihatan semacam tidak lebih daripada contoh yang jelas tentang pemikiran politik, dagangan yang boleh dipersoalkan dan pelaksanaan kegiatan perdagangan yang lemah yang diramalkan ia akan gagal. Meskipun pembiayaan yang mewah, kekukuhan ekonomi sebilang masa dan perlindungan daripada saingan import dalam bentuk tariff dan kuota, syarikat telah tidak pernah berkeupayaan mendapat keuntungan daripada besi waja yang dikeluarkan. Mereka mengalami masalah operasi yang teruk dan beban hutang yang boleh menghancurkan, termasuk kerugian pertukaran asing ke atas hutang yang banyak daripada seberang laut. Walaupun setelah kerajaan memutuskan untuk menyerap kerugian terkumpul berjumlah RM 9.9 bilion dan menswastakan Perwaja pada 1996, ia terus terkial-kial untuk beroperasi dengan cekap dan licin.

Sehingga sekarang terdapat lebih banyak rupa jahat kepada Perwaja yang menjamin tempat yang mulia di dalam skandal kewangan Malaysia. Sejumlah bahagian yang tidak diketahui daripada RM15 bilion atau lebih yang digunakan syarikat telah diragut oleh beberapa kegiatan haram dan penipuan. Walaupun kedua-dua laporan dalaman dan luaran mengesahkan yang syarikat telah berdarah putih, namun hampir tiada sebarang tindakan diambil untuk mengheret individu pesalah ke muka pengadilan dan mengembalikan dana yang hilang.

Perwaja Steel bermula pada 1982 sebagai syarikat usahasama di antara syarikat milik kerajaan Heavy Industries Corporation dan syarikat Jepun, Nipon Steel Corporation. Ini sepatutnya sebagai projek ‘showcase’ Dr. Mahathir untuk negara ini menuju ke era perindustrian. Sebuah loji bernilai RM 1 bilion telah didirikan di Trengganu untuk membekalkan produk besi waja untuk keperluan tempatan.

Walaubagaimanapun, Perwaja menemui masalah pengeluaran dan dibebani dengan hutang yang banyak. Memandangkan pinjaman syarikat dalam yen Jepun, yang mana nyata sekali bertambah nilai (appreciated) ketika itu, pembayaran faedah semakin tinggi. Pada tahun 1987 Nipon Steel keluar daripada projek tersebut. Kemudian Dr. Mahathir membawa masuk rakannya Eric Chia pada tahun 1998 untuk menguruskan Perwaja dan memulihkannya kembali. Beliau telah diberikan kuasa penuh untuk berbuat apa yang patut untuk mengembalikan operasi Perwaja  kepada sediakala dan melaporkan terus keapada Dr. Mahathir.

Tambahan sebanyak RM 2 bilion telah diperuntukan kepada Perwaja dengan pembiayaan dan pinjaman daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) berjumlah RM 860 juta dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM 130 juta. Kemudahan baru telah didirikan di Trengganu dan di Gurun Kedah. Eric Chia menguruskan Perwaja selama tujuh tahun.

Pada mulanya, beliau kelihatan telah berjaya memulihkan Perwaja tetapi setelah beliau berhenti dengan mengejut, adalah jelas bukan apa yang kita lihat. Jumlah kerugian Perwaja telah meningkat kepada RM 2.49 bilion daripada RM 1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih. Perwaja telah lumpuh oleh tambahan hutang berjumlah RM 5.7 bilion.

Pengurusan baru Perwaja telah menyediakan satu laporan odit dalaman di mana ia mendakwa perkara berikut, antara lain:

Rekod perakaunan yang tidak tepat.

Kontrak tanpa kebenaran bernilai ratusan juta ringgit.

Dakwaan penyalah guna dana (kecurian wang).

Kontrak penyelenggaraan yang meragukan bernilai RM292 juta (termasuk satu kontrak bernilai RM 200,000 sebulan kepada sebuah syarikat untuk penjagaan lanskap, kebersihan dan penyelenggaraan kenderaan).

Pembeian kontrak bernilai RM 957 juta kepada syarikat sekutu lama Eric Chia.

Pada 1999, Anwar Ibrahim telah membuat satu laporan polis yang mana menyatakan bahawa, “Beliau (Eric Chia) pada hakikatnya berulang-ulang mendakwa yang tindakan beliau telah mendapat sokongan dan di bawah arahan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dan perkara ini telah dibuktikan selanjutnya oleh pengesahan surat yang ditulis oleh Perdana Menteri sendiri. Dengan kononnya mandat, keputusan Lembaga Tender telah diketepikan, prosedur tender telah secara jelas diabaikan dan terdapat pembayaran yang meragukan dan ‘tidak memuaskan’ dibuat kepada beberapa pihak”.

Sekiranya ini benar maka jelas ia mempunyai campur tangan Perdana Menteri dalam urusan Perwaja Steel yang menyebabkan kerugian besar syarikat ini.

Setelah beberapa tahun tiada tindakan oleh SPRM dan PDRM, Eric Chia akhirnya telah didakwa atas ‘secara curang’ meluluskan pembayaran amaun RM 76 juta  pada tahun 2004. Ini berlaku setelah Dr. Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri pada 2003 dan diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akhirnya Eric Chua dibebaskan oleh mahkamah pada 2007.

Eric Chia mungkin tidak dikenakan sebarang tindakan sekiranya Dr. Mahathir masih lagi berkhidmat selepas 2003.


No comments:

Post a Comment