Wednesday 15 August 2018

GUAN ENG BERBOHONG TENTANG “ROMPAKAN” RM18 BILLION


Satu lagi tuduhan yang memeranjatkan yang dilemparkan terhadap kerajaan BN yang lepas oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada Aug 8 2018, menuduh kerajaan merompak daripada bayaran balik GST, tidak lama selepas dia menuduh hutang negara meningkat melebihi RM1 trilion disebalik yang diumumkan secara rasmi RM687 bilion.
Saya mahu nyatakan di sini, ia bukan merompak GST, tetapi merompak daripada bayaran balik GST,” Lim menjerit di Dewan Rakyat apabila mengulung perbahasan atas Bil Cukai Jualan 2018 pada Ogos 8, 2018.
Ini adalah rompakan yang serius di mana wang yang sepatutnya berada dalam akaun amanah tidak ada dalam akaun itu. Bagaimana kerajaan sekarang membayar bayaran balik apabila wang tidak ada dalamnya?”
Sehari selepas itu, beliau beri angkanya dalam Dewan Rakyat untuk ini – bayar balik GST berjumlah RM19.4 bilion tetapi yang ada RM1.486 bilion dalam akaun, menunjukkan jumlah RM18 bilion telah hilang daripada akaun amanah.
Semalam di Dewan Rakyat, dia menjelaskan bahawa kementeriannya telah membuat kesilapan dengan angka atas kekurangan di dalam akaun amanah dan kekurangan itu sebenarnya lebih tinggi daripada yang didedahkan sebelum ini, berjumlah kepada  RM19.248 bilion disebalik  RM17.911 bilion sebelum ini.
Lim berkata kesilapannya kerana ‘ralat perpuluhan’ (decimal error) dibuat oleh pegawai kementeriannya.
Tetapi adakah Guan Eng berbohong apabila dia kata ia merupakan rompakan, sebagai mana dia tuduh sebelum ini tentang hutang melebihi RM1 trilion? Dan sekiranya sedemikian mengapa?
Seseorang perlu melihat kepada apa dia bayaran balik GST terlebih dahulu. GST adalah satu cukai berganda, cukai hanya dibayar atas nilai-tambah di dalam proses pengeluaran. Ini dilakukan apabila jualan dibuat atau selepas itu.
Mereka yang membayar 6%, kemudian menuntut bayaran balik atas input atas dimana GST yang telah dibayar. Ini mengambil sedikit masa untuk diproses dan ditentukan sebelum bayaran balik boleh dibuat. Kadang-kadang terdapat pertikaian.
Sehari setelah Guan Eng kata RM18 bilion sudah hilang, Ketua Pengarah Kastam T. Subromaniam berkata dari April 2015 (semasa GST diperkenalkan) hingga penghujung Mei 2018, jumlah tuntutan bayar balik berjumlah RM82.9 bilion tetapi dari jumlah tersebut, hanya RM63.5 bilion telah dibayar dalam tempoh masa yang sama.
JKDM telah memohon RM82.9 bilion daripada (kerajaan) dana amanah bulanan untuk tujuan bayar balik GST daripada April 1, 2015, hingga May 31 2018, tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan (dari akaun wang yang disatukan kerajaan) kepada akaun amanah.
Sebab itu, sejak Mei 31, 2018, dana amanah masih perlu dan mengalami kekurangan untuk bayar balik RM19.4 bilion dalam tunggakan bayar balik GST,” kata Subromaniam dalam satu kenyataan, dan menambah bahawa mesyuarat bulanan dana amanah dipengerusikan oleh Setiausaha Perbendaharaan.
Daripada ini, dua perkara adalah jelas – pertama, kerajaan telah buat bayaran  RM62.5 bilion dari April 1, 2015, bila GST diperkenalkan hingga Mei 31, 2018, daripada RM82 bilion dalam tuntutan bayar balik, iaitu melebihi tiga per empat tuntutan telah dijelaskan dalam tempoh tiga tahun dan satu bulan yang GST telah dikuatkuasakan.
Kedua, sebagai satu bentuk prosedur ,pertama GST yang dikutip dimasukkan ke dalam akaun pendapatan yang disatukan kerajaan dan jumlahnya dipindahkan daripadanya kepada akaun amanah GST setiap bulan. Oleh itu dimanakah “rompakan” berlaku? Adakah meletakkan wang dalam akaun yang disatukan disebalik akaun amanah GST merupakan satu “rompakan”?
Kekeringan sepenuhnya
Pandangan Guan Eng tentang rompakantelah dengan cepat disanggah oleh bekas Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak dengan tepat bertanya mengapa Guan Eng mengambil masa tiga bulan untuk mengetahui perkara ini.
Satu akhbar memetik Irwan sebagai berkata: “Perbendaharaan memperuntukkan kepada akaun amanah GST setiap bulan berdasarkan amaun yang diperlukan JKDM dan kedudukan kewangan kerajaan.”
Rumusan yang tidak dapat dielakkan daripada ini adalah bahawa wang itu tidak dicuri tetapi hanya dipindahkan ke dalam dana yang disatukan.
Adakah ini salah sebagaimana dakwaan Guan Eng? Seksyen 54 Akta GST 2014 memperuntukkan menubuhkan pembayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan. Tetapi Seksyen 54(5) menyatakan dengan jelas: “Meskipun seksyen kecil (2) dan peruntukkan dan syarat-syarat Prosedur Kewangan Akta 1957, Menteri bolih beri kebenaran pembayaran ke dalam Akaun Pendapatan Yang Disatukan dalam Dana Yang Disatukan Persekutuan semua atau sebahagian daripada wang dana.” Seksyen kecil (2) membenarkan menteri untuk meletakkan GST yang dikutip ke dalam dana bayaran balik.
Seorang boleh kata ia mungkin lebih lagi menjimatkan untuk menyimpan wang dalam dana akaun amanah GST tetapi menuduh “rompakan” adalah keterlaluan adalah jelas tidak benar melainkan Guan Eng boleh membuktikan bahawa kerajaan telah menggelapkan – menggelapkan, bukan membazirkan  – RM18 bilion itu.
Mengambil kira bahawa pilihan raya berakhir pada Mei 9, dan kerajaan sementara wujud bahagian awal Mei dan kerajaan baru ambil alih pada Mei 12, ia akan dilihat sebagai tanggugjawab kerajaan Pakatan Harapan yang baru untuk mengaggihkan dana bayaran balik GST untuk Mei, bukannya kerajaan BN Najib.
Oleh itu mengapa Guan Eng menuduh satu rompakan yang tidak wujud? Itu mungkin sebab kerajaan tidak ada wang untuk membayar bayaran balik malah sekarang, lebih kurang dua setengah bulan selepas Mei 31,2018.
Dan mengapa itu berlaku? Sebab Guan Eng memberi cuti percukaian populis mulai  Jun 1 ke Aug 31 bulan ini – bukan sahaja tiada kutipan GST untuk tiga bulan, dan juga tiada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikutip sama. Sekiranya negara mengutip, katakanlah RM50 bilion GST tahun ini ( tahun lepas ialah RM44 billion), kemudian tiga bulan memansuhkan GST tanpa diganti dengan SST boleh memperolehi kepada RM12.5 bilion (RM50 dibahagikan 4).
Tetapi dijangkakan lebih daripada itu sebab peningkatan pembelian terhadap kepada semua barangan pengguna di mana menjejaskan kemudian dengan pelaksanaan  SST mulai bulan hadapan. Kerugian terus pendapatan dalam tempoh tiga bulan ini sahaja akan mungkin lebih tinggi, katakan RM15 bilion.
Kerajaan yang lepas bayar semula GST daripada pendapatan diterima daripada  kutipan cukai yang sedang dilaksanakan. Dengan itu kerana kekeringan sepenuhnya, mungkin Guan End mencari wang yang tidak dijumpai untuk bayaran balik GST dan mungkin telah meminjam. Satu jalan keluar dalam keadaan yang sukar ini, sudah tentu dengan cara mudah,beliau telah menuduh kerajaan yang lepas.
Satu perkara buruk yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan setakat ini ialah memansuhkan GST, di mana ia telah sama ada bertanggungjawab menaikkan harga mahupun menjejaskan sara hidup yang miskin sebab hampir semua barangan yang mereka gunakan adalah GST kadar-sifar. Tetapi untuk memburukkan perkara ini, mereka lakukan ini dalam kekalutan yang tidak sopan.
Guan Eng dan Pakatan Harapan sedang menyedari implikasi yang serius apabila mereka mansuhkan penjana pendapatan berulang-ulang seperti GST yang mana telah memberi punca pendapatan baru yang bernilai, sementara cukai dikutip untuk sesiapa yang menggunakan barangan dengan lebih.
Sebahagian daripada ini boleh juga boleh dijangkakan tetapi itu bukan semestinya bermakna kerajaan yang lepas harus dipersalahkan.
Kesimpulannya, seandainya semua siasatan yang telah laporkan kepada Polis dan SPRM oleh pelbagai pihak terhadap isu “rompakan” ini dan bakal penyiasatan yang akan dilakukan oleh PAC, dan sekiranya Guan Eng didapati bersalah membohongi Dewan Rakyat, beliau hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilih dan Hak Kebebasan Dewan Rakyat untuk diambil tindakan tatatertib.


No comments:

Post a Comment