Tuesday 14 August 2018

HAI MAT SABU, BELUM SAMPAI 100 HARI SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN SUDAH BERLAKU RASUAH DI PEJABAT ANDA

Ulasan berita:


Macam mana baru tak sampai 100 hari menjadi Menteri Pertahanan sudah berlaku rasuah di pejabat beliau. Macam mana pula untuk 1 penggal atau 5 tahun, bolehkah beliau bertahan di Kementerian itu?


Persoalannya ialah, adakah Mat Sabu menggajikan seorang muflis di Kementerian Pertahanan?


Berita Utama:

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pembantu kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atas dakwaan menerima lebih daripada RM800,000 daripada beberapa pihak untuk menyelesaikan status muflis, menurut satu laporan Malaysiakini hari ini.

Penolong Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dipetik sebagai berkata satu siasatan sedang dijalankan.

Laporan Malaysiakini juga memetik punca sebagai berkata pembantu tersebut telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi lebih kurang empat tahun yang lalu.


Status beliau kekal sedemikian hingga akhir Mei 2018, apabila beberapa pembayaran telah dikreditkan ke dalam akaun jabatan sebagai penyelesaian untuk hutangnya.

Beliau sedang disiasat oleh SPRM setelah mempunyai hutang, berjumlah melebihi  RM800,000, dibayar oleh beberapa pihak.

Adalah didakwa bahawa pembayaran dibuat bagi pihak beliau hanya beberapa hari setelah Mohamad Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan,” kata satu sumber dalam laporan.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat sama ada hutang diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan


.


No comments:

Post a Comment