Friday 15 March 2019

WEE KA SIONG SAHUT CABARAN AHLI PARLIMEN JELUTUNG RSN RAYER UNTUK MENYEBUT SKANDAL TROWONG DASAR LAUT DI LUAR PARLIMEN

Datuk Seri Wee Ka Siong menyahut cabaran Ahli Parlimen Jelutong apabila mengulangi tentang skandal projek pembinaan terowong Pulau Pinang.

Presiden MCA itu telah memuat naik kenyataan yang pernah ditulis pada minggu lalu sekali lagi di Facebook miliknya lewat malam tadi.
“Petang tadi, Ahli Parlimen Jelutong telah mencabar saya supaya mengulangi apa yang saya bahaskan tentang skandal Terowong Pulau Pinang di Dewan Rakyat di luar Parlimen.
“Dia ugut mahu saman saya jika saya ulang perkara tersebut. Baik, saya sahut cabaran YB Jelutong.
“Link ada di sini jika Jelutong tak dapat cari: https://www.facebook.com/…/a.100575559292…/1221762901324545/,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.
Semalam, RSN Rayer berang apabila Menteri Kewangan yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikaitkan dengan isu skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakub ketika membahas menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam perbahasan itu, Ismail Sabri memetik tulisan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, terbabit dalam penyelewengan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang serta mempunyai kepentingan di dalam syarikat yang terbabit dalam projek itu.
Kenyataan Ismail Sabri itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun menggunakan peraturan mesyuarat meminta kenyataan itu ditarik balik kerana membuat tuduhan.
Ismail Sabri mempertahankan bahawa beliau tidak membuat tuduhan, sebaliknya menyatakan apa yang ditulis Raja Petra dan meminta Menteri Kewangan memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Tindakan Rayer itu menyebabkan beberapa wakil pembangkang bangun mempertahankan Ismail Sabri.
Lihat video berikut cabaran yang disahut oleh Datuk Wee Ka Siong.



































No comments:

Post a Comment