Thursday, 7 March 2019

JABATAN PILIHAN RAYA UMNO - PENDAFTARAN AHLI BARU PENTING , TETAPI PENDAFTARAN AHLI SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR ADALAH LEBIH PENTING


Menurut Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa parti itu akan mewujudkan Jabatan Pilihan Raya dalam usaha memperkemaskan lagi perjalanan serta perancangan untuk menghadapi pilihan raya.
Mulai daripada sekarang beliau menyatakan bahawa UMNO akan mewujudkan satu  jabatan khusus yang dipanggil Jabatan Pilihan Raya UMNO untuk bergerak dan membuat analisa serta apa sahaja gerakan untuk menyiapkan jentera parti di peringkat bawah.
Dulu beliau pernah menyatakan bahawa UMNO ada dua ‘core business’ iaitu memperkasakan parti dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya. Jadi penubuhan jabatan pilihan raya ini adalah untuk menyusun strategi menghadapi pilihan raya. Banyak perangkaan yang perlu kita kutip dan tinjauan-tinjauan yang perlu kita buat dan macam-macam lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Khamis 07 Mac 2019.
Dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan sistem keahlian UMNO secara online diaktifkan semula yang mana sistem berkenaan sebelum ini dihentikan sementara waktu.
Sambutan amat menggalakkan terhadap sistem keahlian UMNO secara atas talian dengan beberapa modifikasi dibuat yang mana semua yang berminat boleh menyertai menerusi online. Kita berikan masa dua bulan untuk bahagian memproses, sekiranya ia tidak aktifkan oleh bahagian  ianya akan terus ke Ibu Pejabat UMNO dan ianya akan diproses.
Ini akan memudahkan sesiapa sahaja terutama ramai anak muda dan mereka di luar sana yang sudah mula menunjukkan minat dan bertanyakan  bagaimana untuk menjadi ahli UMNO dan bagaimana untuk mendapatkan borang keahlian
Sebagai input kepada rancangan penubuhan Jabatan Pilihan Raya UMNO, tidak dinafikan bahawa pendaftaran penambahan keahlian baharu adalah penting. Tidak gunanya sekira berjuta-juta ahli yang mendaftar tetapi tidak boleh mengundi dalam PRU atau PRK.
Oleh itu disarankan agar skop Jabatan Pilihan Raya UMNO diperluaskan bukan sahaja dalam pendaftaran keahlian malah melibatkan pengurusan ahli dalam pendaftaran dengan SPR sebagai pemilih.
Sebagaiman yang difahamkan, walaupun UMNO mempunyai tiga juta keahlian, tidak seratus peratus dari kalangan mereka berdaftar sebagai pemilih. Ini tidak memberi sebarang makna atas jumlah keahlian yang diumumkan itu.

No comments:

Post a Comment