Dijangkakan serangan terhadap PAS dan UMNO akan terus berlaku lima minggu akan datang sehingga PRK DUN Rantau bulan depan. Pakatan Harapan dalam mod panik dan mereka akan serang PAS dan UMNO kerana akhirnya mengikat tali perkahawinan setelah ‘berasmara’ selama tiga atau empat tahun yang lepas.
Oleh itu apa masalahnya sekira UMNO dan PAS ‘berkahwin’? Gerakan telah meninggalkan Barisan Nasional dan MCA dan MIC kata mereka akan melakukan yang sama. Mereka di Sabah dan Sarawak telah pun bersendirian sementara PPP hidup segan mati tak mahu.
Secara ringkasnya, Barisan Nasional hanya tinggal UMNO dan tidak ada yang tinggal yang dahulunya merupakan gabungan 14 buah parti.
DAP juga membubarkan Pakatan Rakyat dan membentuk Pakatan Harapan supaya PAS boleh ditendang keluar. Malah mereka telah membeli orang Tim B PAS dan membayar mereka untuk menubuhkan kononnya sebuah parti Islam baharu yang dikenali Amanah merupakan seteru PAS.
Oleh hal yang sedemikian, inti patinya, Umno seorang janda, begitu juga PAS. Tiada orang mahukan UMNO dan PAS. Dengan itu maka kedua janda ini membuat keputusan untuk bersama dan mendirikan rumah tangga, maka apakah isunya? Mengapa DAP, PKR, MCA, Gerakan, MIC, PPP, Amanah, PPBM, dan semua yang lain bimbang apa yang dilakukan UMNO dan PAS itu?
Dahulu, dalam jangka masa pendek mereka kata PAS tidak lagi relevan dan tidak mendapat sokongan kaum Cina, India, Melayu ‘progresif’ (apa sahaja yang sepatut bermakana), Kristian dan bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, dan sebagainya., PAS lebih kurang parti yang sudah mati.
Mereka kata yang sama tentang UMNO dan Barisan Nasional. MCA, MIC, Gerakan, PPP, dll., telah mati; Sabah dan Sarawak tidak lagi sebahagian daripada Barisan Nasional; UMNO terbagi dua dengan kewujudan PPBM; dengan itu UMNO dianggap seperti orang yang sudah mati berjalan.
No comments:
Post a Comment