Friday 15 March 2019

RSN RAYER, BILA ANDA AKAN SAMAN WEE KA SIONG SEPERTIMANA ANDA CABAR DIA SEBELUM INI?


Anjing penyerang Lim Guan Eng’s, R.S.N. Rayer, mencabar Presiden MCA Wee Ka Siong untuk mengulangi apa yang beliau kata di Parliament — tentang siasatan rasuah SPRM ke atas Terowong Dasar Laut Pulau Pinang — di luar Parliamen yang mana beliau tidak lagi menikmati perlindungan Parliamen dan boleh disaman tentang apa yang beliau telah kata.
Maka, dua hari yang lepas Ka Siong telah mengulangi apa yang dia telah kata dan malah dia telah postkan tiga muka surat ucapan dia di Parlimen (di mana anda boleh baca di bawah).
Mengapa sekarang Rayer berdiam diri dan tidak lagi menyalak dan berbuih mulut seperti anjing gila? Saman lah, jangan tak saman, sekiranya tidak rakyat akan memanggil anda sebagai ‘tin kosong’..
*****************************************************

Petang semalam, Ahli Parlimen Jelutong telah mencabar saya supaya mengulangi apa yang saya bahaskan tentang skandal Terowong Pulau Pinang di Dewan Rakyat di luar Parlimen.
Dia ugut mahu saman saya jika saya ulang perkara tersebut.
Baik, saya sahut cabaran YB Jelutong itu.
Saya lampirkan di sini.
Sebenarnya, saya telah menulis tentang isu ini dan memuat-naik di FB saya minggu lepas.

Wee Ka Siong

 



No comments:

Post a Comment