Friday 24 May 2019

DEBAT KIT SIANG-NAJIB ADALAH SENJATA MAKAN TUAN KE ATAS PH, KATA PAKAR MEDIA

Lim Kit Siang sebagai mewakili pentabiran Pakatan Harapan (PH) lebih banyak merugikan dan tiada keuntungan sekiranya pengubal undang-undang DAP itu berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu debat awam, kata beberapa orang professional media.
Wartawan veteran Terence Fernandez, merupakan seorang penasihat media kepada  the Governance, Integrity and Anti-Corruption Centre sekarang, berkata Lim mungkin sekarang sedang berjalan ke dalam perangkap Najib dengan menerima cabaran bekas perdana menteri itu.
“Najib telah sentiasa mampu untuk memperdaya seteru politik beliau dengan menarik mereka ke dalam permainannya. Beliau mencipta narratif dan mereka hanya jatuh tepat ke dalamnya. Adakah narratif ini yang mereka akan jatuh ke dalamnya?
Kita tidak tahu apa yang mereka akan debat, tetapi jangan lupa, Najib telah menjadi sebahagaian daripada gabungan pemerintah sejak 40 tahun dan perdana menteri selama 11 tahun. Beliau mempunyai fakta dan angka yang cukup untuk dilontarkan kepada Lim Kit Siang,” dia beritahu Malay Mail.
Sebagai satu contoh tetang apa dijangkakan daripada debat Lim-Najib, Fernandez memberi contoh tentang debat semasa di Dewan Rakyat antara pengubal undang-undang kerajaan PH dan mereka dari Pembangkang (UMNO/BN).
Beliau berkata Ahli Parlimen kerajaan seolah-olah gelabah dan kelihatan tidak pasti terhadap fakta apabila dicabar dengan fakta dan maklumat statistik oleh Pembangkang.
Fernandez berkata cabaran debat Najib kepada Lim adalah satu tetik pemesongan untuk menarik perhatian awam atau rakyat jauh daripada kes mahkamah yang sedang berjalan sekarang.
Dalam mahkamah, anda tidak boleh berkata sebarangan apa yang anda suka, tetapi dalam debat terbuka anda boleh bercakap banyak perkara.
Saya tidak tahu sekiranya Najib boleh didakwa menghina mahkamah dengan bercakap tentang isu tertentu dengan harapan untuk mewujudkan tekanan rakyat yang mencukupi atau membawa narratif dan persepsi rakyat tentang perbicaraan beliau kepada faedah atau kepentingan beliau.
Dan Lim Kit Siang sedang digunakan sebagai umpan untuk ini.”
Fernandez berkata bahawa Lim mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengetahui dengan lebih baik untuk menghadapi seorang yang kononnya “didakwa membazirkan kekayaan negara” dan memberi dia peluang untuk meniup politik perkauman, terutama sekali apabila dahulu Najib telah dua kali membatalkan daripada berdebat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walaupun Ahli Parlimen Pekan itu dan musuh politiknya dari DAP itu memberi isyarat bahawa kedua-duanya selesa antara mereka untuk berdebat atas hal ehwal semasa, namun Fernandez berkata bahawa Lim akan menjadi pihak yang rugi sekiranya Najib menekankan serangan terhadap anak Ahli Parlimen Iskandar itu dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Sekira ayahnya menjadi emotional, ia akan kemudian melemahkan sebarang hujah yang mungkin yang dia akan buat terhadap Najib.
Penerbit kanan Ivlynn Yap juga percaya bahawa debat awam antara Lim dan Najib sebagai tidak perlu untuk PH, menyatakan bahawa perdebatan berkenaan boleh meletakkan bekas perdana menteri yang sedia untuk berdebat dan BN pada kedudukan yang lebih baik.
Rakan pengurus The Citrine One berkata bahawa daripada kaca mata perhubungan awam, kedudukan semasa Kit Siang adalah lebih mencabar sebab kontraversi dalam program matriculasi walaupun Kit Siang telah menjauhi parti dalam desakan parti beliau agar Menteri Pendidikan Maszlee Malik dipecat sebagaimana didakwa.
Beliau berkata tajuk debat yang dicadangkan Kit Siang — “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” — dijangkakan tidak akan menambah penyokong baru PH selagi Najib tidak disabitkan dalam mahkamah keadilan terhadap lebih 40 dakwaan yang berkaitan dengan rasuah berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad.
Rakyat telah memilih dan ia tidak bermakna sebab setiap orang telah mendengar apa yang mereka perlu katakan.
Sebab itulah mengapa berlaku perubahan kerajaan,” Yap memberitahu Malay Mail.
Pengasas Lumos Public Relations dan perunding media Justin Then berkata Kit Siang harus mengabaikan cabaran Najib dan sebaliknya memberi fokus kepada janji-janji kepada pengundi Malaysia melalui governance yang baik dan dasar ekonomi.
Tidak ada yang menguntungkan untuk PH dan Kit Siang. Dengan mengabaikan  Najib, ia akan lebih mengecewakan Najib. Sekarang Kit Siang harus mencari jalan untuk berundur daripada debat ini. Penasihat beliau mungkin tidak menasihatkan beliau dengan betul.
Itulah masalah dengan pentadbiran yang baru ini — terlalu fokus atas menyalahkan  Najib daripada menyelesaikan masalah (sebab mereka tidak tahu),” kata JustinThen.
Kedua Najib dan Lim bersetuju untuk berdebat awal minggu ini.
Najib telah menyaran agar debat diadakan selepas Hari Raya Puasa bulan hadapan dan ia siarkan secara “live”.

No comments:

Post a Comment