Monday 20 May 2019

RAMPASAN DI PAVILION RESIDENCES MERUPAKAN IGAUAN NGERI UNTUK TOMMY THOMAS BAGI PIHAK KERAJAAN PAKATAN YANG TIADA HARAPAN

Najib Abdul Razak hari ini menolak laporan bahawa aset yang di rampas dari unit kondominium Pavilion Residences  – termasuk lebih daripada 10,000 keping barang kemas telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan penjenayah buruan Low Taek Jho menggunakan dana 1MDB. 
Notis penyitaan terhadap saya dan keluarga adalah berasaskan bahawa nilai aset tidak sepadan dengan jumlah pendapatan kami ,”kata bekas perdana menteri dalam posting Facebook beliau.
Tidak sekali pun dalam notis penyitaan disebut butir-butir bahawa aset berkenaan dibeli oleh Low menggunakan dana 1MDB.”
Najib telah merujuk kepada laporan oleh media The Edge Weekly yang menyatakan bahawa pihak penyiasat telah mengesan beratus juta dollar dana 1MDB dalam empat akaun syarikat di Singapura.

Macam mana sekarang, Tommy Thomas?

Peguam Negara, Tommy Thomas, tidak berapa tahu macam mana untuk mendakwa  Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor ke atas laporan tentang anggaranRM1 billion (RM900 million-RM1.1 billion) nilai barang berharga yang dirampas polis di Pavilion Residences.
Peringkat awal, mereka menjustifikasi serbuan dan rampasan dengan menyatakan barangan berharga berkenaan telah dibeli dari wang yang dicuri daripada 1MDB. Serbuan dan rampasan barangan berharga tidak dilakukan di atas kehadiran pemilik apartmen atau pemilik barangan berharga itu, oleh kita terpaksa mempercayai pihak polis tentang apa yang mereka rampas dan nilai rampasan.
Tidak terdapat sebarang senarai rampasan ditandatangan oleh pemilik barangan yang dirampas, oleh itu pihak polis bebas untuk menyatakan apa yang mereka suka dan tiada siapa boleh menafikan versi cerita daripada pihak polis. Hakikatnya bahawa angka terus berubah meningkat dan menurun telah membuktikan bahawa versi pihak polis boleh dipersoalkan. Mereka tidak dapat menentukan cerita apakah yang mereka tahu sebagai cerita rasmi. Cerita mereka terus berubah.
Akhirnya, rakyat Malaysia telah diberitahu bahawa nilai barangan yang dirampas ialah RM1.1 bilion dan bahawa ia semua dibawa dengan wang tunai yang dicuri daripada 1MDB. Daripada RM1.1 bilion, jumlah tunai melebihi RM100 juta.
Sekarang kita diberitahu ia bukan RM1.1 bilion tetapi hanya RM711 juta. Tetapi angka RM711 juta melibatkan item lain dan apa yang dirampas dari Pavilion Residences hanya RM680 juta. Oleh itu, apa sudah terjadi kepada anggaran  RM400 juta lagi? Di manakah lesapnya RM400 juta?

Kesilapan besar Amar Singh Ishar Singh lalu di suruh besara and sekarang memohon kerakyatan Canada dengan ‘alasan kesihatan’.

Hanya beberapa hari sebelum tempoh satu tahun yang ditetapkan — yang bermakna melainkan mereka ada kes terhadap Najib dan Rosmah dengan itu mereka perlu memulangkan barangan berharga yang dirampas mereka keluarkan satu notis penyitaan untuk RM711 juta yang menyatakan barangan (sekarang RM711 juta dan  tidak lagi RM1.1 bilion) telah dibeli oleh by Jho Low mengunakan wang 1MDB.
Oleh itu sekarang Rosmah dan Najib bukan lagi pembeli barangan berharga tersebut.  Jho Low yang beli barangan berharga tersebut. Dan Jho Low gunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk beli barang berharga dan kemudian dia berikan kepada  Najib dan Rosmah sebagai hadiah.
Oleh itu, apa akan berlaku seterusnya? Adakah Najib curi wang daripada 1MDB atau tidak? Dan adakah Najib beli RM1.1 bilion (atau RM711 juta) nilai barangan berharga dengan wang dicuri dari 1MDB atau tidakt? Adakah Najib secara peribadi beli barangan berharga itu atau adakah Jho Low membelinya dan memberinya kepada  Najib dan/atau Rosmah sebagai hadiah? Adakah akaun 1MDB menunjukkan bahawa  RM1.1 bilion (atau RM711 juta) telah digunakan untuk membayar barang kemas, jam tangan, cermin mata hitam, kasut, dan lain-lain?
Dan mengapa ia mengambil masa satu tahun dari tarikh rampasan kepada tarikh notis menyita dikeluarkan? Sekiranya mereka yakin bahawa RM1.1 bilion barang kemas, jam tangan, cermin mata hitam, kasut, dll., telah dibeli dengan wang  1MDB, ini bermakna mereka mempunyai bukti. Sekiranya mereka tidak ada bukti macam mana mereka sewenang-wenang merampas harta orang? Mereka tidak boleh rampas dahulu dan cuba untuk membuktikannya kemudian. Dan sekarang bahawa mereka tidak boleh membuktikannya sebab itulah mereka cuba mengalihkan tiang gol dengan menukar cerita setiap masa. Sebab itulah mereka suruh Amar Singh Ishar Singh untuk bersara. Dia telah melakukan kesilapan besar atau 'big blunder' dalam sejarah kepolisian Malaysia..

No comments:

Post a Comment