Friday 17 May 2019

RAKYAT WAJIB MENOLAK PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS ATAS PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA DAN KESILAPAN BELIAU YANG LEPAS YANG DISENGAJAKAN ATAS ARAHAN PIHAK YANG BERKEPENTINGAN


Oleh Mohd Puad Zarkashi
16 Mei 2019
Semalam Residen Koordinator PBB di Malaysia diminta memberi penjelasan kepada Kementerian Luar kenapa Malaysia masih dikekalkan sebagai penerima Statut Rom, sedangkan surat penarikan diri telah dihantar ke PBB pada 19 April 2019.
Mengambil kira surat itu adalah tulen dan perjumpaan semalam memang berlaku, itu bermakna Malaysia akhirnya menolak Statut Rom.
Maka isu utama di sini ialah siapa yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan Malaysia di peringkat awal telah menandatangani perjanjian tersebut melalui pintu belakang?
Pintu belakang bermaksud, Majlis Raja-Raja langsung tidak dimaklumkan sama sekali. Rakyat juga tidak diberi penjelasan mengenainya berbanding isu ICERD. Dalam isu ICERD kerajaan umum terlebih dahulu bahawa Malaysia akan menandatanganinya.
Dalam isu Statut Rom, Tommy Thomas mesti mengambil tanggung jawab di atas kesilapan yang berlaku.
Justeru Tommy Thomas mesti meletak jawatan.
Tommy Thomas telah memberi maklumat salah kepada Majlis Raja-Raja kononnya Statut Rom (ICC) tidak menghapuskan imuniti Yang DiPertuan Agung, tidak perlu meminda Perlembagaan, tidak perlu memaklumkan kepada Majlis Raja-Raja dan tidak menyentuh sama sekali kedaulatan Malaysia.
Lebih tidak bertanggungjawab Tommy Thomas turut menghadiri satu forum yang mempertahankan penyertaan Malaysia dalam Statut Rom. Forum di Universiti Malaya pada 27 April 2019 itu menjadi kecoh kerana ahli panel menuduh mereka yang membantah Statut Rom sebagai bodoh dan ‘kangkung’.
Tommy Thomas juga dilihat bertepuk tangan apabila Raja-Raja Melayu dihina oleh salah seorang peserta yang turut hadir.
Di samping itu Saifuddin Abdullah selaku Menteri Luar tidak akan menandatangani Statut Rom tanpa mendapat persetujuan daripada Peguam Negara.
Logiknya ialah surat jawapan bekas Menteri Luar Datuk Anifah Aman terhadap dakwaan Datuk Noor Faridah Ariffin (G25). Surat itu bertarikh 2 Mei 2019.
Noor Farida dalam forum Statut Rom di Universiti Malaya itu menyalahkan Anifah Aman kerana gagal menandatangani Statut Rom pada tahun 2011.
Anifah Aman dalam jawapan balasnya menyatakan dia tidak menandatanganinya kerana Peguam Negara Ghani Patail membantah penyertaan Malaysia.
Bahkan apabila Kabinet membincangkan semula isu itu pada tahun 2015, Peguam Negara langsung tidak menyediakan Kertas Kabinet mengenainya. Ghani Patail difahamkan hingga ke hari ini tidak bersetuju Malaysia menyertai Statut Rom.
Cukup jelas Saifuddin Abdullah dipengaruhi oleh Tommy Thomas. Tommy mesti rasa malu apabila Kerajaan buat U-Turn atas desakan rakyat
U-Turn itu membuktikan Tommy Thomas gagal. Di samping itu banyak “blunder” lain yang beliau lakukan yang mewajarkan beliau meletak jawatan atau dipecat.
Beliau sudah satu level dengan Lim Guan Eng. Terlalu “mediocre”. Memalukan negara.

No comments:

Post a Comment