Friday 10 May 2019

NAMPAKNYA POLIS HILANG RM400 JUTA NILAI BARANGAN RAMPASAN KONONYA MILIK 1 MDB


Putrajaya memfailkan saman rampasan terhadap Najib, Rosmah ke atas barangan yang dibeli dengan wang yang kononnya dicuri dari dana 1MDB,” kata The Edge Markets hari ini (READ HERE). Ini setelah sehari selepas Malaysia Today menulis di bawah tajuk “One year on, what happened to the seized valuables from The Pavilion raid?” (READ HERE).
Laporan The Edge Markets menyatakan saman rampasan ialah untuk RM680 juta nilai tunai, barang kemas, bag tangan, jam tangan dan kanta gelap (sunglasses) yang dirampas dari Pavilion Residences. Tetapi ketika itu pihak polis berkata mereka rampas antara RM1 bilion ke RM1.1 bilion nilai tunai dan barangan. Oleh itu, apa yang berlaku terhadap baki lebih kurang RM400 juta nilai barangan?
Menurut mereka yang rapat dengan pihak penyiasat, barangan yang dirampas tidak disimpan dengan betul dan hanya dilonggokkan dalam satu setor dan sebab itulah banyak daripada barangan itu telah hilang. Minggu hadapan, pihak polis  dijangkakan akan memulangkan barangan yang dirampas, tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya sebab barangan dan wang yang hilang lebih kurang RM400 juta.

Amar Singh perlu menjelaskan tentang kehilangan wang dan barang rampasan bernilai RM400 juta

Sebab itulah mengapa hari ini mereka memfailkan saman rampasan (supaya mereka tidak perlu memulangkan RM1.1 juta nilai wang dan barangan minggu hadapan — di mana sekarang telah kurang dari RM700 juta). Sekiranya mereka memulangkannya minggu hadapan, dunia akan tahu bahawa RM400 juta nilai wang dan barangan sudah hilang.
Masalah lain ialah, sementara laporan media menyatakan barangan dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MDB, ini telah gagal dibuktikan. Sebab itulah mengapa Peguam Negara telah meminta mahkamah menunda perbicaraan 1MDB hingga Ogos.
AS$200 juta yang dipulangkan oleh DOJ Amerika Syarikat kepada Malaysia telah tidak dipulangkan kepada 1MDB walaupun mereka dakwa wang itu dicuri daripada  1MDB. Sebaliknya, wang tersebut telah disimpan dalam akaun khas. Perkara yang sama berlaku terhadap AS$126 juta daripada jualan kapal mewah, Equanimity.
Keseluruhannya semua berjumlah lebih daripada RM1.35 bilion. Mengapa simpan  RM1.35 bilion ini dalam akaun khas? Memandangkan wang tersebut didakwa dicuri daripada 1MDB, mengapa tidak pulangkan wang tersebut kepada 1MDB? Sudah tentu 1MDB boleh menggunakan wang berjumlah RM1.35 bilion itu untuk mengurangkan pinjaman bank mereka. Nampaknya disyaki ada sesuatu agenda sedang dilakukan sekarang.

Tommy Thomas tidak boleh meneruskan perbicaraan terhadap 1MDB dan bimbang beliau tidak mampu untuk mensabitkan kesalahan terhadap Najib


Masalahnya mereka tidak dapat membuktikan bahawa wang tersebut dicuri dari  1MDB. Hakikatnya, bukan sahaja mereka belum buktikan, tetapi mereka tidak boleh membuktikan wang itu datang dari 1MDB. Sebab itulah mengapa Peguam Negara menyuruh mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB sehingga Ogos. Mereka menghadapi masalah dalam cubaan untuk membuktikan bahawa Najib Tun Razak curi wang 1MDB.
Apa pun sekarang pihak bank telah mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang mereka katakan dicuri dari 1MDB datang daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi. Pihak bank juga telah mengesahkan bahawa terdapat transaksaksi yang mencurigakan dan sebahagian daripada tandatangan mungkin telah dipalsukan, tetapi mereka tidak mahu memberitahu Najib tentangnya (ini bermakna Najib tidak tahu apa yang sedang berlaku).
Sekiranya pihak bank telah mensyaki sesuatu dan sekiranya sebahagian daripada transaksi kelihatan janggal atau palsu, dan sekiranya pihak bank merasiakan daripada Najib sebab mereka tidak mahu Najib untuk mengetahui nyat, macam mana itu boleh membuat Najib bersalah kerana mencuri? Oleh itu bermakna Najib adalah mangsa, bukannya penjenayah.

Apa pun Mahathir mengaku mereka mungkin tidak boleh mensabitkan kesalahan terhadap Najib

Inilah apa yang dibimbangi oleh Peguam Negara. Dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku ini apabila beliau menyatakan bahawa ia tidak begitu mudah untuk mensabitkan kesalahan terhadap Najib.
Dan hakikatnya bahawa RM1.35 bilion kononnya didakwa dicuri dari 1MDB tidak boleh dipulangkan kepada 1MDB tetapi terpaksa disimpan dalam satu akaun khas, dan mereka mengambil masa setahun untuk failkan saman rampasan ke atas  RM1.1 bilion nilai wang dan barangan yang dirampas daripada Pavilion Residences, dan kemudaian mengurangkan nya kepada hanya RM680 milion, menunjukkan betapa celarunya kerajaan Pakatan Harapan dalam menangani kes ini.


No comments:

Post a Comment