Saturday 25 May 2019

KIT SIANG TIDAK MENJANGKA NAJIB AKAN TERIMA CABARAN UNTUK BERDEBAT

Apabila Lim Kit Siang melontarkan cabaran dan menyatakan terma dan syarat berdebat dengan Najib Tun Razak, dia menjangkakan dia akan menang melalui satu  walkover àla Nothing2Hide 2.0 sebab Najib akan mengundur diri. Apabila Najib bersetuju untuk berdebat, termasuk terma dan syarat, jantung Kit Siang mula berhenti berdenyut.
Kit Siang telah terpaksa dengan seggera mencari jalan dan cara untuk keluar daripada berdebat. Sekiranya dia meneruskan dengan debat dia akan tenggelam. Bagaiman dia harus buktikan semua dakwaan yang dia telah buat terhadap Najib?
Untuk sekali ini Kit Siang telah akan untuk meletakkan wangnya di mana mulutnya dan buktikan dakwaannya. Tetapi dia tidak akan mampu untuk melakukan itu.

BACA DI SINI Lim Kit Siang Withdraws From Debating Najib Razak

Kit Siang kata Malaysia teramat rasuah kerana Mahathir

Pertamanya, dakwaan Kit Siang ialah bahawa Malaysia ialah negara yang paling korup di dunia (kleptokrasi global). Tetapi ini bukan apa yang dilaporkan di peringkat antarabangsa.
Pencapaian Malaysia ialah 47 mata daripada 100 pada tahun 2018 dalam Indek Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index atau CPI) yang dilaporkan oleh  Transparency International. Purata CPI di Malaysia 49.50 daripada tahun 1995 sehingga 2018, pencapaian sebilang masa tertinggi 53.20 mata dalam tahun 1996 (semasa era Mahathir) dan satu rekod terendah 43 mata pada tahun 2011 (semasa era Najib).
Ranking CPI negara dan wilayah berdasarkan ke atas bagaimana korupnya sektor awamnya dilihat. Kiraan mata atau skor sebuah negara atau wilayah menunjukkan paras korupsi sektor awam atas skala 0 (amat korup) kepada 100 (amat bersih).
Oleh itu bagaimana dakwaan Kit Siang bahawa Malaysia amat korup mampu dia pertahankan apabila daripada tahun 1995 (semasa Mahathir’) ke tahun 2018 (semasa Najib) purata skor 49.5 mata daripada 100?

Anwar kata debat Kit Siang-Najib terpaksa dibatalkan untuk mengelakkan ‘13 Mei’ versi 2.0

Apa yang perlu Najib lakukan ialah berhujah butiran ini dan yakin Kit Siang akan kecundang. Kemudian Najib akan bangkitkan semua dakwaan korup yang Kit Siang telah buat daripada tahun 1980 hingga sekarang dan tunjukkan bahawa adalah  Mahathir siapa yang Kit Siang telah dakwa sebagai korup.
Pusingan kedua dan Kit Siang akan mati atau tewas.

Kit Siang tidak akan boleh bertahan lebih daripada tiga pusingan dalam gelangang. Dan dia tahu ini, begitu juga keseluruhan Pakatan Harapan, dimana mengapa dia menarik diri dan memberi laluan kepada Najib satu walk-over. Untuk semua niat dan tujuan, Najib memenangi debat. Sebab itulah mengapa  Anwar Ibrahim telah membuat kenyataannya, menyatakan bahawa debat terpaksa dibatalkan untuk mengelakkan ketegangan kaum di Malaysia.

Satu peringatan tentang satu lagi “13 Mei” sentiasa berkesan malah untuk Pakatan Harapan sekali pun.

No comments:

Post a Comment