Tuesday 7 May 2019

MAHATHIR BERSENDIRIAN DI DALAM SERANGAN TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU


Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan yang bijak dalam sengketa dengan  Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Malah ketika itu, sama seperti sekarang, beliau menggunakan Istana Johor untuk melancarkan serangan pertama beliau. Tetapi beliau tidak melakukannya bersendirian.
Pertamanya beliau menggunakan media arus perdana dan stesyen TV untuk menyiarkan laporan khas dan ‘pendedahan’ tentang sembilan keluarga Raja-Raja Melayu. Sudah tentu, tidak semuanya benar tetapi ia mempunyai kesan yang beliau harapkan.
Sebagai contoh, kes Private Adam yang dikatakan mengamuk di Jalan Chow Kit yang  kerana dikatakan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Iskandar Johor ketika itu (Ayahnda Sultan Ibrahim sekarang) merupakan satu fitnah untuk memburukan Istana Johor pada pra Krisis Perlembagaan tahun 1983 untuk mengurangkan kekebalan Raja-Raja Melayu.
Jelas di sini, sekiranya kes ini tidak didedahkan oleh seorang penulis dan keluarga Private Adam sendiri, setelah beberapa tahun fitnah ini berleluasa nescaya banyak rakyat akan terpengaruh dan membenci kerabat DiRaja Johor.
Difahamkan juga melalui pendedahan penulis buku tersebut bahawa bukan sahaja media sahaja, malah Cawangan Khas PDRM juga diperalatkan oleh regim ketika itu dalam  fitnah terhadap Sultan Johor.
Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan sudah tentu, Johor, telah tertakluk kepada penghinaan dan fitnah. Perak, Perlis dan Negeri Sembilan tidak dibelasah dengan hebat sebab UMNO ketika itu di bawah Mahathir melihat mereka sebagai pro-kerajaan BN.

Hari ini Anwar tidak bersama Mahathir dalam kempen anti-Raja-Raja Melayu

Seorang rakan niaga Menteri Besar Pahang ketika itu, ‘Tengku’ Wong, telah didedahkan kerana memperolehi sejumlah besar tanah pembalakan di negeri tersebut. Tetapi pendedahan tersebut menyatakan ‘Tengku Wong’ adalah rakan niaga Sultan Pahang, walhal kebanyakkan rakyat Pahang tahu bahawa itu tidak benar  (‘Tengku’ Wong adalah rakan niaga Menteri Besar).
Orang yang diberi tugas memanggil sidang media untuk ‘mendedahkan’ Tengku Wong (kononnya ‘rakan niaga’, Sultan Pahang ) pada ketika itu ialah  President Gerakan, Lim Keng Yaik. Dengan kerjasama beliau, Menteri Besar Pahang telah dihantar menjadi governor atau Yang Dipertua negeri Melaka.
Mereka lakukan yang sama di negeri Terengganu. ‘Tengku’ Yong Terengganu, rakan niaga Menteri Besar Trengganu, mengalami nasib yang sama seperti ‘Tengku’ Wong di Pahang. Dan orang yang disuruh untuk mendedahkan ‘Tengku’ Yong Trengganu ialah Shahidan Kassim, Pengerusi BBC BN ketika itu. Dengan kerjasama beliau,  MB Trengganu ketika itu telah dihantar ke Arab Saudi menjadi Duta.
Media kemudian mendedahkan tentang rumah mewah di tepi laut di Pulau Pinang dan menyatakan ia miliki persendirian Sultan of Selangor dan bahawa ia dibina menggunakan wang pembayar cukai. Rumah itu sebenarnya dimiliki oleh seorang jutawan Cina dan bukan milik Sultan Selangor.

Anwar tidak lagi anti-Sultan Kelantan seperti awal tahun 1990an

Sultan Kedah tidak sama sekali terkecuali daripada fitnah dan penghinaan walaupun baginda tidak pernah bersengeketa dengan Mahathir. Mereka telah mendedahkan bahawa Rumah Kedah di pinggir Northam Road di Pulau Pinang dan menyatakan kononnya ia merupakan banglow mewah Sultan Kedah yang dibina pada kos berjuta ringgit wang pembayar cukai. Sebenarnya, ia merupakan sebuah bangunan lama sebelum perang dunia milik Kerajaan Negeri Kedah untuk kegunaan pegawai dan kaki tangan awam negeri Kedah.
Sultan Kelantan telah didedahkan sebagai penyeludup dan Anwar Ibrahim telah diberi tugas memanggil sidang media untuk menceritakan bagaimana kononnya Sultan ‘menyeludupkereta Lamborghini baginda ke Malaysia.
Sebenarnya, Sultan Kelantan telah diperuntukkan tujuh kereta bebas cukai dan  quota ini di bawah kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat (sama juga di negeri-negeri lain). Anwar, bagaimanapun, berkata bahawa kerajaan pusat tidak pernah meluluskan ini walaupun kerajaan pusat tiada hak atas perkara ini.

Kuning adalah warna DiRaja

Kempen pembohongan berterusan sehingga rakyat marah dengan Raja-Raja Melayu. Tun Ghafar Baba dan Anwar ketika itu pergi ke Istana Negara untuk berkonfrantasi Majlis Raja-Raja Melayu sementara  Mahathir senyap-senyap berada di belakang tabir mendalanginya. Mahathir membuat ia kelihatan seperti Ghafar dan Anwar yang melaksanakan kempen anti-Raja-Raja Melayu. Perbuatannya jelas menunjukkan beliau seorang pengecut. Baling batu sembunyi tangan.
Hari ini, Mahathir secara langgsung mengetuai serangan terhadap Raja-Raja Melayu. Dan , hanya serupa pada  lewat tahun 1980an- awal tahun 1990an, beliau bermula terhadap kesultanan Johor. Anwar, bagaimanapun, disebalik menyokong Mahathir seperti lewat tahun 1980an- awal tahun 1990an, secara senyap menyokong Raja-Raja Melayu. Beliau cuba membuktikan kepada Raja-Raja Melayu bahawa beliau pro-Raja-Raja Melayu dan oleh itu lebih cepat beliau mengambil alih sebagai Perdana Menteri lebih baik kedudukan Raja-Raja Melayu.

No comments:

Post a Comment