Tuesday, 7 May 2019

KESULTANAN JOHOR AKAN BERKEKALAN, TETAPI TIDAK MUNGKIN BAGI PPBM


UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946 dan mula berkuasa pada tahun 1955. Pada tahun  2018, UMNO ditumbangkan. Bolehkah UMNO bangkit semula ? Mungkin boleh!
Walaubagaimana pun, pada tahun 1998, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan serangan terhadap  Raja-Raja Melayu, kami telah katakan bahawa orang tua itu akan mati satu hari. Mungkin UMNO juga akan mati. Tetapi institusi  Raja-Raja Melayu akan berterusan.
Hari ini, Mahathir sedang mencuba kali ketiga, untuk menukar Malaysia kepada sebuah republik. Dia gagal dalam dua cubaan nya yang lepas dan dia akan juga gagal kali ini. Dan  Mahathir akan pergi tidak lama lagi — mungkin dalam 1 tahun atau 2 tahun atau apa sekali pun.
PPBM, hanya serupa seperti UMNO, akan juga pergi, sama ada dalam sepuluh tahun atau 50 tahun. Tetapi institusi Raja-Raja Melayu akan berterusan setelah Mahathir dan PPBM yang beliau pimpin mati dan pergi.
Itu adalah realiti masa hadapan.

Sekiranya Mahathir memperjuangkan keadilan untuk rakyat, oleh itu kesan akhirnya mungkin berlainan. Tetapi setiap rakyat Malaysia tahu bahawa Mahathir hanya memperjuangkan untuk keselamatan serta kepentingan dirinya, kroni dan keluarganya. Malah sekutunya dalam Pakatan Harapan tahu tentang ini. Dan itulah sebabnya mengapa pertelingkahan beliau terhadap Raja-raja Melayu yang tidak disokong oleh majoriti rakyat terutama orang Melayu akan gagal.

Melayu kenali ini sebagai buang tabiat. Mahathir cuba menyemarakkan api kebakaran dengan cabaran kepada Kerabat DiRaja . Itu sama seperti yang difikirkan oleh Hitler tetapi akhirnya terpaksa membunuh diri apabila mimpinya menjadi mimpi yang ngeri.  Mahathir juga akan membunuh diri tetapi dengan cara yang lain.

No comments:

Post a Comment