Memalukan! Itu pandangan ramai netizen terhadap jawapan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (Mat Sabu) kepada deligasi forum di Sidang Kemuncak Kesalamatan Asia Ke-18 di Singapura.
Menurut beberapa netizen di FB berkata, bukan soal Bahasa Inggeris Mat Sabu yang dipertikaikan kerana sebenarnya beliau boleh sahaja menjawab dalam Bahasa Malaysia namun yang menjadi persoalannya adalah intipati jawapan tersebut.
Intipati jawapan Mat Sabu tidak kira dalam apa bahasa pun, ia merapu dan memalukan. Sebagai Menteri Pertahanan, sepatutnya Mat Sabu tidak wajar merendahkan keupayaan ketenteraan negara dengan menyatakan kapal Coast Guard negara China lebih besar dari kapal perang TLDM kita.
Menurut Mat Sabu“Jika China ceroboh perairan negara dan kita tidak mampu usir mereka, apakah kita akan minta bantuan Amerika?
Seterusnya beliau berkata“Seperkara lagi, bukan semua ‘terrorist’ lahir daripada ibu dan bapa yang juga ‘terrorist”. Kalau anak dah jadi ‘terrorist’, sudah tiada keperluan ‘study deep inside who is their father and mother.
Justeru kebanyakkan mereka mencadangkan agar Kabinet menukar menteri pertahanan kepada seseorang yang jauh lebih berkaliber agar Malaysia tidak dianggap negara badut dan tidak serius dalam soal pertahanan.
Ini soal keselamatan negara dan bukan boleh dibuat main-main. Tidak kira parti mana pun yang mentadbir negara, bila tiba soal serius ia harus diberi perhatian yang serius.
Tidak pandai berbahasa Inggeris bukan pokok persoalan tetapi intipati jawapan jangan nampak terlalu bodoh.
Mat Sabu trending di media sosial di seluruh dunia apabila bukan sahaja jawapan beliau menjadi ejekan di Malaysia tetapi dunia yang turut mempersenda jawapan Mat Sabu.
No comments:
Post a Comment