Thursday, 13 June 2019

SKANDAL SEX AZMIN ALI: IA MAINAN ORANG DALAMAN


Apabila Tengku Razaleigh Hamzah dijatuhkan oleh skandal pemakaian salib, ia dikatakan merupakan permainan orang dalam.
Apabila Anwar Ibrahim dijatuhkan oleh skandal sex luar tabii, ia dikatakan merupakan permainan orang dalam.
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi dijatuhkan oleh isu menantunya, ia dikatakan merupakan permainan orang dalam.
Apabila Najib Tun Razak dijatuhkan oleh isu 1MDB, ia dikatakan merupakan permainan orang dalam.
Hari ini, kita ada skandal sex Azmin Ali dan orang PKR kata pembangkang mendalagi disebalik skandal itu — bermakna Umno. Sebenarnya, ia juga merupakan permainan orang dalam seperti contoh masa yang lepas.
PAS, sudah tentu, tidak berminat menjatuhkan Azmin sebab itu ia bermakna akan memberi ruang yang luas bagi Anwar untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Dan Azmin amat berguna untuk menghalang Anwar — bermakna Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu letak jawatan pada atau sebelum Mei 2020.

Mengapa perlu pembangkang (Umno) menjatuhkan Azmin Ali apabila lebih baik beliau dibenarkan menghalang Anwar Ibrahim?

Membiarkan Azmin akan menjamin bahawa perpecahan dalam PKR akan berterusan, satu lagi keuntungan kepada Umno dan PAS. Adalah lebih baik PKR mempunyai dua panglima perang sentiasa berterusan cuba membunuh antara mereka. Ini bermakna mereka tiada masa untuk mentadbirkan negara, dimana ini akan membuat rakyat marah.
Pakatan Harapan menyuruh rakyat memberhentikan penyebaran fitnah. Mereka sudah lupa apabila menyatakan ini apabila merekalah penyebar fitnah tentang hutang  Malaysia RM1 trilion. Mereka sudah lupa apabila merekalah penyebar fitnah bahawa  RM1.1 bilion nilai tunai dan barang kemas yang dirampas di apartmen Najib Tun Razak di Pavilion Residences. Mereka sudah lupa apabila merekalah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyebarkan fitnah bahawa M42 bilion wang 1MDB, dan malah mungkin lebih daripada RM50 bilion, telah hilang lesap atas angin. Mereka sudah lupa menyatakan ini apabila Tian Chua menyebarkan fitnah bahawa Najib telah makan malam dengan Altantuya Shaariibuu di Eiffel Tower (dan dimana polis Peranchis telah menafikannya).

Ini mengapa anda jangan harus guna Google untuk menterjemahkan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris

Walaubagaimna pun , dua orang dalam video sex itu dan salah seorang daripadanya telah membuat pengakuan. Oleh itu,sekiranya ia bukan Azmin atau Haziq Aziz, maka pihak polis perlu mencari penjenayah di sebalik perbuatan ini dan untuk dibawa ke muka pengadilan. Kegagalan polis berbuat demikian kita harus menganggap pesalah adalah Azmin dan Haziq. Samalah seperti dalam kes Najib di mana pihak kerajaan menganggap wang dan barang yang dirampas bernilai RM1.1 bilion (sekarang berkurangan kepada RM700 juta) kononnya telah dibeli dengan wang yang dicuri dari  1MDB, melainkan Najib boleh membuktikan di sebaliknya.
Ya, ini adalah SOP untuk Malaysia Baru. Anda dianggap bersalah melainkan anda dapat membuktikan anda tidak bersalah. Dan itulah apa yang hakim kata pada 20 tahun yang lalu pada 1999 apabila dia dapati Anwar bersalah dan memenjarakannya dalam hal ini Anwar telah gagal untuk membuktikan dia tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment