Tuesday, 18 June 2019

KEMBALIKAN MANDAT KEPADA RAKYAT UNTUK PENILIAN SEMULA, SETELAH KERAJAAN PH PIMPINAN MAHATHIR TIADA IDEA LANGSUNG MENTADBIR EKONOMI DENGAN HANYA SETAKAT MEMINJAM DAN MENJUAL ASET NEGARA UNTUK MENJANA PENDAPATAN

TADI di UK Dr. Mahathir berkata beliau akan menjual lagi aset-aset negara kepada pelabur-pelabur dari Britain.
Aset-aset yang akan dijual ini kononnya adalah aset-aset yang tidak membawa keuntungan, dan penjualan ini adalah untuk mengurangkan hutang negara.

Beliau berkata ada beberapa pelabur Britain yang berminat untuk membeli aset-aset ini.
Dr. Mahathir berkata, “Kita ada banyak aset… kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan.. dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan.”
Ada beberapa perkara yang tidak kena berkenaan kenyataan Dr. Mahathir ini:
PERTAMA, jika aset-aset negara ini betul tidak mendatangkan keuntungan, mengapa pelabur-pelabur Britain tersebut berminat untuk membelinya?

Tiada pelabur yang mahu membuat pelaburan untuk rugi dalam apa jenis pelaburan pun sama ada dari segi kewangan mahupun strategik.

Setiap pelaburan mesti mempunyai nilai. Apakah yang membuat mereka nampak nilai ini tetapi kita tidak nampak dan gopoh pula untuk menjualnya
KEDUA, aset negara seperti tanah tidak patut dijual sebegini kerana tanah-tanah milik kerajaan dan negara adalah terhad dan apabila kita jual kepada pegangan asing besar kemungkinan kita tidak boleh mendapatkannya kembali.

Dan apabila kita jual syarikat berkenaan kerajaan atau institusi milik kerajaan kepada pelabur asing, kita menyerahkan sebahagian atau semua penentuan dasar dan halatuju syarikat dan institusi ini kepada pegangan asing.

Syarikat berkenaan kerajaan dan institusi milik kerajaan ditubuhkan bukan hanya untuk mencari keuntungan tetapi untuk melaksanakan agenda nasional negara untuk rakyat.
Pelabur asing tidak kisah akan agenda ini namun hanya pentingkan keuntungan semata-mata.
Dan kepada Dr. Mahathir: adakah ini tidak menjual negara kepada Britain pula seperti yang diungkapkan oleh beliau (Mahathir) berkenaan negara China dahulu?

Saya pasti Dr. Mahathir tahu akan hal ini namun adakah ada udang di sebalik batu.
KETIGA, penjualan aset negara untuk mengurangkan hutang ketika ekonomi negara tidak memberangsangkan adalah sesuatu langkah yang tidak bijak.
Apabila keadaan ekonomi kita tidak baik, kita tidak terus jual harta atau tanah pusaka untuk kurangkan hutang, lebih-lebih lagi apabila kita masih mampu untuk membayar faedah hutang tersebut. Kita perlu cari jalan lain dahulu.
Sebab jika kita terus jual dalam keadaan ini kita menunjukkan kepada pembeli seolah-olah kita terdesak maka harga jualan ke atas harta atau aset yang kita pegang sekian lama itu akan ditekan rendah dan terjual murah dan kita akan rugi.
Setiap aset mempunyai nilai dan boleh dibaikpulih untuk mendatangkan hasil yang lebih menguntungkan terutama apabila tuan punya aset ini adalah kerajaan (dan rakyat) dan aset itu adalah milik negara.
Kita tidak perlu terus kalut menjualnya kepada pelabur asing.
Semasa zaman Kerajaan BN dahulu, kita tidak pernah membuat hutang untuk membayar kos operasi negara kecuali semasa krisis ekonomi 1997-1999 zaman Dr. Mahathir Perdana Menteri ke-4 dan Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada ketika itu.
Selain daripada itu, hampir kesemua hutang yang dibuat oleh Kerajaan BN dahulu adalah untuk pembelian aset yang menjana keuntungan kepada negara dan rakyat, dan keuntungan yang dijana itu lebih dari cukup untuk membayar faedah ke atas hutang tersebut.
Sebab itu semasa zaman BN, hutang negara kita bertambah, tetapi aset dan harta kita pun bertambah dengan lebih besar dan kita menjana lebih keuntungan dari aset-aset ini.
Akibatnya ekonomi telah terus berkembang pesat dan kebajikan rakyat terus terjaga semasa zaman BN lebih-lebih lagi zaman Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
Namun kini di bawah Kerajaan PH, dalam tempoh satu tahun sahaja jumlah hutang rasmi negara bertambah sehingga lebih RM100 billion kepada RM800 billion.
Dan yang sebaliknya pula berlaku iaitu aset-aset negara semakin berkurang walaupun hutang semakin bertambah.
Jadi Kerajaan PH mesti telus berkaitan perkara ini, apatah lagi penjualan aset atau tanah ini melibatkan kepentingan awam dan negara.
Langkah Kerajaan PH ini juga membuktikan kegagalan Kerajaan PH menarik pelaburan luar negara melabur di negara ini.
Lawatan Perdana Menteri sebelum ini ke Jepun, China, Pakistan, Amerika Syarikat dan terbaru ke London ternyata gagal menarik pelabur sebagaimana sepatutnya melainkan hanya membuat pinjaman dan menjual aset negara.
Dan kebajikan rakyat pula dipotong dan tidak dijaga.
Dengan dasar menambah hutang dan mengurangkan aset oleh Kerajaan PH ini, bagaimanakah nanti kita boleh menampung pembayaran faedah hutang yang semakin besar ini apabila banyak aset yang menjana hasil sudah tiada?
Dasar-dasar ekonomi Kerajaan PH seperti di atas sememangnya merosakkan negara dan rakyat.
Kini akibatnya kos sara hidup semakin meningkat, namun pendapatan dan bantuan semakin berkurang serta keadaan ekonomi negara semakin malap.

Mungkin sebab itu Penasihat Ekonomi Dr. Mahathir, Jomo Sundaram kelmarin berkata bahawa keadaan ekonomi adalah teruk dan rakyat perlu bersedia menghadapi tempoh sukar.
Dr. Mahathir pula menyuruh rakyat mengikat perut.
Menteri Ekonomi Azmin Ali yang setahun tidak berbuat apa-apa yang signifikan untuk ekonomi negara, hanya mencadangkan untuk menjual aset negara dan tidak mahu pula memberi bantuan Hari Raya kepada peneroka FELDA yang tertekan akibat kejatuhan harga sawit selepas Kerajaan PH mengambilalih.
Dan kini Menteri Ekonomi Azmin Ali tersebut sibuk pula dengan kes skandal seks yang dikaitkan dengannya dan nampaknya tiada masa untuk memikirkan hal-hal lain lebih-lebih lagi hal ekonomi negara dan kebajikan rakyat yang tentunya lebih memeningkan kepalanya.
Sebab itu kami rasa elok Azmin berehat dan meletak jawatan daripada portfolio Menteri Ekonomi ini dan tumpukan kepada kesnya dahulu daripada hilang fokus dan menyebabkan ekonomi negara lebih teruk dan rakyat pula semakin sengsara.
Beri peluang kepada orang lain yang lebih fokus dan berkemampuan untuk menangani masalah ekonomi negara yang sedang berlangsung kini untuk kebaikan negara dan rakyat.
Jika tidak keadaan akan menjadi lebih teruk. Aset negara akan terus terjual kepada pegangan asing. Dan suatu hari yang tidak lama nanti bumi dipijak menjadi milik orang.
Perdana Menteri kini mindanya sudah ingat-ingat lupa. Dan Menteri Kewangan tidak kompeten dan bergelumangan dengan skandal rasuah. Menteri Ekonomi pula tidak buat kerja dan terpalit dengan masalah moral.
Oleh itu Tun Mahathir didesak untuk mengembalikan mandat rakyat untuk penilian semula kepada sebuah kerajaan yang lebih berwibawa, sebelum negara ini jatuh muflis atau bankrap seperti yang diramalkan oleh Dr Jomo Sundaram pakar ekonomi kerajaan PH sendiri.
Dahulu Tun Mahathir menyeru rakyat agar selamatkan Malaysia dripada Najib Razak tetapi sekarang rakyat memohon semoga Allah selamatkanlah Malaysia daripada Tun Mahathir dan kerajaan PH.

No comments:

Post a Comment