Sunday, 2 June 2019

MENURUT GUAN ENG HUTANG NEGARA CECAH RM 1.1 TRILION


(Bernama) – Jawatankuasa Pengurusan Hutang (JPH) yang baru ditubuhkan dengan dipengerusikan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengadakan mesyuarat pertamanya semalam untuk meneliti kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan RM1.1 trilion atau 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setakat akhir 2018.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ini berikutan peningkatan hutang langsung kerajaan Persekutuan sebanyak RM54.2 bilion kepada RM741.0 billon daripada RM686.8 bilion pada tahun sebelumnya.
Peningkatan hutang langsung ini adalah untuk membiayai defisit fiskal, terutama bagi menampung komitmen pajakan perkongsian awam-swasta (PPP) dan perbelanjaan ‘off-budget’ yang sebelum ini tidak dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan secara telus, menurutnya.
“Jumlah jaminan yang dtanggung kerajaan dan dibayar oleh kerajaan juga meningkat khususnya bagi membiayai projek pengangkutan awam sedia ada yang sedang diteruskan.
“Peningkatan liabiliti ini bukanlah bagi membiayai projek infrastruktur baharu tetapi untuk menampung pembiayaan projek yang sedang dilaksanakan,” menurut MOF.
Tiga projek pengangkutan itu ialah Laluan Rel Pantai Timur, Transit Aliran Massa dan Transit Aliran Ringan.
MOF berkata JPH itu akan mengenal pasti langkah untuk mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan ke paras yang lebih terkawal, di samping meningkatkan kecekapan pengurusan hutang dan liabiliti.
“Ini termasuklah pengkajian semula projek berkos tinggi dan pengenalpastian jaminan yang ditanggung dan dibayar kerajaan yang boleh distruktur semula. Langkah ini diperlukan kerana caj pembayaran balik hutang daripada pelbagai obligasi kewangan mengekang kerajaan daripada menyediakan peruntukan kepada program dan projek lain yang lebih produktif,” menurut kementerian itu.
MOF mengulangi bahawa pada masa ini, terdapat hutang yang dijamin kerajaan yang mempunyai kadar pembiayaan yang sama dengan entiti korporat tempatan bertaraf ‘AAA’.
“Bagaimanapun, kos pembiayaan ke atas hutang yang dijamin kerajaan seharusnya hampir setara dengan kos terbitan kertas hutang kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS),” katanya.
Benarkah ini? Sila rujuk komen DS Najib seperti berikut :

No comments:

Post a Comment