Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata sesaorang tidak seharusnya menggunakan kezaliman, kekotoran dan pelakuan keji pengkhianatan politik, seperti yang dilaporkan oleh media The Star hari ini.
Sebelum itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, “Perkara sebegini adalah kotor. Sekiranya anda tidak boleh menandingi sesaorang jangan lakukan perkara sebegini.”
Ironinya bahawa Mahathir dan Azmin mengeluh dan mengerang tentang “kezaliman, kekotoran dan perlakuan menjijikkan pengkhianatan politik” dan bagaimana kotornya permainanan politik berkenaan dan bahawa “sekiranya anda tidak boleh menandingi sesaorang jangan lakukan perkara sebegini.”
Hakikatnya mereka berdua tidak layak menasihati orang lain, kerana mereka berdua adalah merupakan sebahagian daripada budaya yang keji itu.
Sebenarnya, ini telah menjadi budaya politik Malaysia dan bukan perkara baru, terutama untuk Umno, sejak tahun 1969. Hanya ketika itu mereka guna “surat layang” dan penulisan buku. Hari ini, mereka guna WhatsApp, Telegram, WeChat, Internet dan videos. Teknologi Modern tetapi SOP lama dan yang sama.
50 tahun yang lalu Tunku dijatuhkan juga menggunakan “kekotoran, kezaliman dan perlakuan kotor pengkhianatan politik” yang sama
Tunku Abdul Rahman telah dijatuhkan menggunakan kaedah ini (termasuk banyak nyawa telah hilang dalam satu rusuhan kaum apabila SOP ini dicetuskan). Oleh itu Tengku Razaleigh Hamzah (sekiranya tidak Ku Li mungkin telah menjadi Perdana Menteri ke lima pada tahun 1987 dan Mahathir mungkin berkuasa hanya enam tahun disebalik 22 tahun).
Kemudian, sudah tentu, kita ada Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak. Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan menggunakan kaedah “kezaliman, kekotoran dan perlakuan menjijikkan pengkhianatan politik” (rujuk kepada apa Azmin kata) dan “politik kotor” (rujuk kepada apa Mahathir kata).
Azmin seharusnya merupakan orang yang terakhir untuk merungut. Memandangkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dijatuhkan menggunakan “kekotoran, kezaliman dan perlakuan menjijikkan pengkhianatan politik.” Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution menjelajah seluruh negara untuk “mendedahkan rahsia ” Khalid.
Akhirnya, mereka terpaksa mohon maaf kepada Khalid untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi pemohonan maaf tidak berguna sebab ketika itu Khalid telah pun dijatuhkan dan Azmin telah ambil alih sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Ia adalah hukum karma terhadap Azmin untuk menerima nasib yang sama sebagaimana yang dia telah lakukan kepada Khalid Ibrahim
Dan Mahathir mungkin telah menjadi Perdana Menteri hanya enam tahun sekiranya Ku Li tidak dijatuhkan oleh “kekotoran, kezaliman dan perlakuan menjijikkan pengkhianatan politik” pada tahun 1987. Atau Mahathir mungkin akan menjadi Perdana Menteri hanya 17 tahun sahaja sekiranya Anwar tidak dijatuhkan oleh “kekotoran, kezaliman dan perlakuan menjijikkan pengkhianatan politik” pada tahun 1998. Dan Mahathir mungkin tidak menjadi Perdana Menteri hari ini sekiranya Najib tidak dijatuhkan oleh “kekotoran, kezaliman dan perlakuan menjijikkan pengkhianatan politik” pada bulan Mei tahun lepas.
Ya, biarkan dia yang tidak berdosa melempar batu pertama.
APAKAH SEBENARNYA TENTANG PERMAIANAN INI
Walaubagaimana pun, yang paling rugi dalam skandal sex yang terkini bukannya Azmin, walaualau pun juga dia rugi sama. Ia adalah Mahathir. Mahathir telah menggunakan Azmin untuk menghalang Anwar. Anwar mahu ambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri seberapa seggera dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah pun memberitahu Mahathir dia sedia untuk meletakkan jawatan untuk beri laluan kepada suaminya.
Dr Wan Azizah beritahu Mahathir dia mahu letak jawatan supaya Anwar boleh ambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri
Hakikatnya, perbincangan ini telah diadakan beberapa bulan yang lalu sebelum Ramadan dan tarik yang disasarkan untuk Wan Azizah mengosongkan jawatannya untuk Anwar satu tarikh setelah Hari Raya, bermakna bila-bila masa sekarang.
Ini akan bermakna pengambil alihan Anwar kepada jawatan pada atau sebelum Mei 2020 akan diukir di batu.
Azmin juga dijangka keluar dari PKR dan menyertai PPBM sebelum hujung tahun ini. Ini untuk menentukan bahawa sekiranya Wan Azizah menghantar surat perletakan jawatan beliau (memikirkan ini akan merintis jalan untuk Anwar mengambil alih), dan sekiranya Mahathir melantik Azmin disebalik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru, jawatan Perdana Menteri akan datang kekal ditangan PPBM dan tidak bertukar ke PKR.
Mahathir terpaksa menentukan jawatan Perdana Menteri kekal ditangan PPBM. Sekali jawatan itu jatuh ke tangan PKR ia tidak akan kembali ke PPBM. Ia akan sentiasa berada ditangan PKR. Dan inilah juga apa yang DAP mahu lihat ia berlaku: Perdana Menteri akan datang bertukar kepada PKR dan tidak kekal ditangan PPBM.
Sekali Anwar ambil alih sebagai Perdana Menteri, jawatan itu, dan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga, akan kekal di tangan PKR dan tidak akan kembali kepada PPBM
Selama 63 tahun dari 1955 ke 2018, jawatan Perdana Menteri telah sentiasa milik Umno. Sejak setahun yang lalu, dan mungkin setahun lagi paling lama, jawatan Perdana Menteri di tangan PPBM. Dan itulah sahaja “nilai” PPBM yang ada (dari segi kerusi parlimen tidak lebih baik daripada Amanah). Sekali jawatan Perdana Menteri pindah ke tangan PKR, PPBM mungkin terpaksa tutup kedai sebab tidak ada lagi sebarang nilai dalam parti itu.
Dengan itu, pembaca yang dihormati, mengapa Azmin perlu dijatuhkan. Dia akan berpaling tadah ke PPBM untuk menentukan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak hilang kepada PKR. Sekiranya Azmin berpaling tadah dan bawa jawatan Timbalan Perdana Menteri bersamanya, PKR tidak lagi ada masa hadapan. Bagaimana pun, sekiranya jawatan Timbalan Perdana Menteri kekal ditangan PKR, maka PPBM pada masa akan datang akan hilang jawatan Perdana Menteri dan ini disebaliknya bermakna PPBM tidak ada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment