Sunday 2 June 2019

GUAN ENG TIPU KEADAAN SEBENAR HUTANG NEGARA - DS NAJIB RAZAK


(FMT) – Bekas menteri kewangan, Najib Razak mendakwa penggantinya, Lim Guan Eng menipu mengenai keadaan sebenar hutang negara.
Beliau mendakwa Lim bermain dengan statistik untuk memberi gambaran positif kewangan negara.
“Semalam dia kata hutang dan liabiliti negara naik daripada RM1 trilion menjadi RM1.1 trilion.
“Apabila dikecam Rakyat, hari ini dia kata pula nisbah hutang kepada KDNK (keluaran dalam negara kasar) sebenarnya turun 3.9%,” tulisnya di Facebook hari ini.
Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata, hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan berkurangan kepada 75.4% berbanding KDNK pada 2018 daripada 79.3% pada 2017 hasil rasionalisasi kos projek mega dan pembayaran projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Katanya, hutang langsung kerajaan meningkat secara keseluruhan, tetapi hutang dan liabiliti kerajaan turun 3.9 mata peratusan.
Bagaimanapun, Najib berkata, Lim bermain dengan angka dengan mencampurkan hutang langsung, jaminan kerajaan, pembayaran pajakan dan pembayaran projek PPP.
Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan di seluruh dunia hanya menggunakan hutang langsung untuk mengira hutang negara.
“Hari ini, Guan Eng mengesahkan jumlah dan nisbah hutang langsung naik. Dia tambah lagi jumlah dan nisbah jaminan kerajaan juga naik.
“Tapi dia kata pembayaran pajakan (PPP) telah turun dengan banyak – iaitu penurunan 6.8%. Dan penurunan PPP ini yang menyebabkan hutang campur liabiliti kerajaan turun 3.9%.
“Dia kata penurunan ini adalah akibat penurunan kos projek-projek mega seperti LRT3 (Transit Aliran Ringan 3), MRT2 (Transit Aliran Massa 2) dan ECRL (Laluan Kereta Api Pantai Timur).
“Ini adalah satu penipuan besar kerana kos-kos projek ini tidak dimasukkan dalam komponen PPP, tetapi diambil kira dalam komponen jaminan kerajaan. Lagipun, kebanyakan jaminan ini belum dibuat lagi kerana projek-projek ini masih berjalan.”
Najib mempersoalkan Lim bagaimana beliau boleh mendakwa PPP mengalami penurunan dan menyatakan PPP termasuk pembayaran pajakan serta sewa kerajaan sehingga 2045.
“Apabila dia cakap PPP ini sudah turun dengan banyak, dia tak berani mengatakan secara spesifik bayaran PPP untuk projek atau sewa yang mana telah menurun.”
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan pada awal bulan lalu tiba-tiba melaksanakan pengasasan semula KDNK negara dari tahun asas 2010 kepada 2015.
Katanya, apabila pengasasan semula dibuat, “kita sebenarnya main angka dan statistik yang boleh memberi gambaran serta angka berbeza berdasarkan data diumumkan sebelum ini”.
“Maka, nilai KDNK dalam harga malar untuk 2018 juga tiba-tiba naik daripada RM1.23 trilion yang diumumkan mereka pada Mac kepada RM1.36 trilion selepas pengasasan semula.
“Oleh kerana data untuk nilai KDNK ini tiba-tiba meningkat, maka nisbah hutang kepada KDNK turut turun.
“Realitinya ialah jumlah nilai dan nisah hutang langsung serta jaminan hutang kerajaan sudah meningkat dengan amat tinggi di bawah kerajaan PH. Itu fakta.”
Sila rujuk semula kepada kenyataan Guan Eng seperti berikut:

No comments:

Post a Comment