Monday, 15 April 2019

ADAKAH DAIM ZAINUDDIN BEGITU YAKIN PENDERITAAN RAKYAT MALAYSIA AKAN BERAKHIR NOVEMBER INI?


Berikut adalah kenyataan media Tun Daim kepada Free Malaysia Today (FMT) pada 14 Apr 2019. (Tulisan berwarna biru ialah komen rakyat).

(FMT) Kerajaan PH memerlukan enam bulan lagi untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh pentadbiran yang lepas dan membawa balik negara ini ke landasan yang betul setelah mengambil alih Putrajaya pada bulan Mei tahun lepas.
Kenyataan beliau hanya setakat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kegagalan kerajaan PH mentadbir negara setelah hampir satu tahun berkuasa. Sebagai contoh, mengapa pelabur asing meninggalkan pasaran Malaysia yang mengakibat pasaran meredum dan kerugian berjumlah RM 270 bilion. Bukankah ini disebabkan oleh Menteri Kewangan PH yang bahlol mengumumkan hutang negara RM 1 trilon lebih. Kesannya sintemen pasaran setelah penguman itu dibuat, Khazanah, Tabung Haji, FGV dan beberapa GLC yang tidak pernah rugi semasa pentadbiran yang lepas, telah rugi semasa kerajaan PH mengambil alih Putrajaya. Itu salah siapa? Adakah salah pentadbiran yang lepas?
Satu lagi contoh kerosakan oleh kerajaan PH, ialah tentang penghapusan GST dan digantikan dengan sistem percukaian SST yang tidak telus. Ini telah menghapuskan pendapatan kerajaan berjumlah RM40 bilion. Sistem SST telah meningkatkan kos harga barangan dan kesannya telah meningkatkan kos sara hidup rakyat. Sistem SST ini juga telah membantu Towkay besar majoriti kaum Cina untuk lari daripada cukai yang akan menjejaskan pendapatan kerajaan. Dengan pendapatan yang kurang daripada SST dan hilangnya pendapatan GST yang lumayan telah menjejaskan komitmen perbelanjaan kerajaan. Oleh kerajaan PH terpaksa menjual aset-aset kerajaan yang telah dibina oleh pentadbiran yang lepas. Ini boleh dikatakan aset rakyat. Sungguh tak tahu malu kerajaan PH menjual aset rakyat, kerana tidak ada idea langsung untuk menjana  pendapatan untuk rakyat.
Pengersi Council of Eminent Persons, Daim Zainuddin berkata semasa tempoh itu  Pakatan Harapan harus menemui rakyat dan memberi penjelasan yang tepat bila diperlukan terutama ke atas perkara yang berkaitan dengan ekonomi, supaya rakyat boleh faham keadaan sekarang.
Malangnya penjelasan yang diberi kepada rakyat selalunya tidak tepat dengan menuding jari terhadap pentadbiran yang lepas atas kegagalan mereka. Ini kerana mereka anggap rakyat bodoh dan boleh dipermainkan. Mereka sudah lupa, ini zaman media sosial maklumat sahih boleh diperolehi di mana-mana, tetapi mereka masih cuba untuk berbohong. Mereka cuba untuk memperbodohkan rakyat.
Beliau berkata bahawa kekalah PH di PRK DUN Rantau semalam adalah sebahagian daripada cabaran yang perlu diatasi kerana rakyat sudah hilang kesabaran.
Kami setuju dengan pendapat beliau. Oleh itu kerajaan PH harus muhasabah diri.

Saya fikir kerajaan PH perlu enam bulan lagi untuk menyelesaikan keadaan ini, bukan sahaja dari segi pembangunan ekonomi tetapi juga isu yang lain. Rakyat perlu memahami ini,” beliau memberitahu wartawan setelah menghadiri Program Bicara Darul Iman di sini hari ini, di mana dihadiri oleh MB Trengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Daim berkata kerajaan PH amat sedar tentang tuntutan rakyat untuk perubahan  tetapi mereka masih harus memberi pertimbangan semua aspek terhadap setiap isu, termasuk keadaan ekonomi dan kewangan negara.
Jika sudah sedar tentang tuntutan rakyat untuk perubahan, mengapa setelah  hampir satu tahun memerintah masih lagi tidak berubah masih lagi sebagai pembangkang dan bukan kerajaan. Adakah mereka mahu kerajaan yang ada sekarang ini diubah oleh rakyat dalam PRU akan datang kepada kerajaan yang lain.
Kerajaan PH mempunyai banyak masalah untuk difikirkan, termasuk keselamatan kebangsaan, perhubungan luar dan pertahanan. Sekiranya apa-apa berlaku satu hari nanti, rakyat akan menyalahkan kerajaan. Ya, kita boleh mengurangkan harga barangan, kita telah membuat satu kajian ke atas bagaimana untuk melaksanakannya. InsyaAllah, harga barangan akan dikurangkan tidak lama lagi. Saya fikir banyak perkara akan lebih stabil dalam tempoh enam bulan akan datang,” beliau berkata.
Yakinkah mereka mampu untuk menurunkan harga barangan dalam tempoh enam bulan akan datang. Setelah hampir satu tahun PH memerintah masih tidak nampak ia menuju ke arah itu, dengan harga barangan terus melambung naik setiap hari.
Penyebab kenaiakan harga barangan yang ketara sekarang, selain dari faktor penawaran dan permintaan barangan ialah pengenalan SST dan penurunan nilai RM (bagi barangan yang diimpot). Persoalan sekarang apakah kaedah yang bakal digunakan untuk menurunkan harga barangan akan memberi kesan. Memandangkan kenaikan harga barangan ada kaitan dengan SST, maka setakat ini tidak nampak SST bakal dihapuskan.
Sebagai benefit of the doubt, rakyat harus sabar menunggu janji penurunan harga barangan enam bulan lagi daripada sekarang. Manifesto PH pada PRU 14 sudah cukup memberi pengajaran kepada rakyat dan berharap kami tidak akan sekali lagi tertipu.
Daim juga menyebut kekalahan PH di Rantau sebagai satu manifestasi kemarahan rakyat ke atas peningkatan harga barangan di mana sebab yang mereka tidak tahui.
Apabila ditanya sama ada persepsi rakyat ke atas prestasi kerajaan PH akan berubah, beliau kata itu akan berlaku setelah kerajaan mampu untuk menyelesaikan masalah mereka, seperti peningkatan kos sara hidup dan memenuhi semua janji-janji dalam manifesto.
Kami bersetuju dengan pendapat beliau bahawa persepsi rakyat akan berubah setelah kerajaan PH mampu untuk menyelesaikan mereka. Setakat ini belum nampak perkembangan itu.
Tidak sukar untuk menjelaskan kepada rakyat. Sekira tidak boleh dilakukan, hanya beritahu bahawa ia tidak boleh dilakukan. Beritahu rakyat mengapa ia tidak boleh dilakukan sudah tentu ada sebabnya. Ini bukan seperti sesuatu boleh dilakukan tetapi kerajaan membuat keputusan tidak melakukan. Itu adalah sebab mengapa ia mesti dijelaskan kepada rakyat ,” tambah mantan Menteri Kewangan.
Malangnya setakat ini dilihat amat sukar  pemimpin-pemimpin PH menjelaskan dengan telus kepada rakyat perkara yang mereka gagal lakukan seperti yang dijanjikan dalam manifesto melainkan  memberi alasan dengan menuding jari  mengaitkan  pentadbiran terdahulu.

No comments:

Post a Comment