Wednesday, 24 April 2019

TERDEDAH: PERJANJIAN BAHARU PROJEK ECRL MELIBATKAN RIBUAN HEKTAR TANAH DIBERI KEPADA CHINA

Tun Daim memberi gambaran yang salah bahawa beliau telah berjaya berunding dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) untuk mengurangkan harga projek East Coast Rail Link (ECRL) dari RM66.5 billion kepada RM44 billion dengan pengurangan sebanyak RM21.5 billion.
Dengan spesifikasi ECRL yang baru ini, sudah tentu ianya telah di ‘scaled-down’ dari reka bentuk yang asal. Ini seperti membeli kereta Proton versi murah, yang tiada ‘air-cond’, tiada radio, tiada ‘power window’, enjin yang berkapasiti 1300cc dan bukannya 1600cc, dan sebagainya. Kalau mempunyai ‘power-window’ sekali pun pada kereta Proton anda, bukannya dapat berfungsi dengan baik (anda masih kena buka pintu kereta untuk membayar tol di lebuhraya PLUS).
Yang penting sekali adalah, dengan diskaun yang diberikan sebanyak RM21.5 billion itu, CCCC pula telah menerima sejumlah 4,500 ekar tanah di tujuh lokasi berhampiran dengan stesen-stesen yang ECRL akan berhenti.
Bukankah ini yang disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menjual Malaysia ke China’?
Pada asalnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC) ditugaskan untuk membangun tujuh taman perindustrian di sekitar stesen-stesen ECRL itu (dan ini adalah tujuan utama projek ECRL ini). ECRL akan membawa pembangunan kepada taman-taman industrial ini seperti apa yang berlaku pada ‘High-speed rail’ di UK. (Manchester, kini adalah kawasan pembangunan yang paling pesat di UK)

Inilah Manchester Baru disebabkan oleh HSR

Sekarang, China telah diberikan beribu-ribu ekar tanah di sekitar tujuh stesen beserta dengan hak untuk membangunkan taman-taman perindustrian itu sekali. Jadi, diskaun sebanyak RM21.5 billion kecil dibandingkan dengan beribu-ribu ekar tanah  berserta dengan hak untuk membangunkan tujuh taman perindustrian yang diberi kepada China.
Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan. Kononnya, Najib Tun Razak membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Tun Daim Zainuddin pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion. Maknanya, Najib samada dia ni bodoh atau pun penyamun. Sekarang, baru kita tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti kita diberitahu. Yang sebenarnya, China telah diberi tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda tinggi dari ‘diskaun’ yang mereka beri.
Jadi, siapa lagi pandai? Melayu ke Cina?

No comments:

Post a Comment