Tuesday, 16 April 2019

MENJELANG SETAHUN PEMERINTAHAN PH…. HANYA MERUPAKAN SEBUAH KERAJAAN ‘PENJENAMAAN SEMULA’ DAN KERAJAAN PUSINGAN ‘U’

9 Mei akan datang menyaksikan genap setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selepas menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.
‘Gah’ PH yang dibangga-banggakan selepas berjaya merampas Putrajaya kononnya mereka mampu mentadbir negara jauh lebih baik daripada BN rupanya hanyalah indah di atas kertas… realitinya amat mengecewakan.
Selepas diberi peluang oleh rakyat untuk menjadi kerajaan, maka bermulanya edisi terserlahnya segala ‘kobodohan’ watak-watak utama pemimpin PH yang rakyat anggap sebagai super-hero selama ini.
Setahun memerintah, ternyata Kerajaan PH hanya bergantung sepenuhnya pada seorang orang tua berusia 93 tahun itu (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Tidak ada pencapaian yang boleh dibanggakan selain daripada ‘kehebatan’ mereka menanam benih permusuhan kaum yang sangat ketara.
Bukan itu sahaja, kerajaan PH juga tanpa segan silu ‘re-branding’ segala usaha dan kejayaan BN selama ini seperti UTC, BR1M, AES, RTC dan yang terbaru PERMATA. Setelah ditukar nama, semuanya mereka kata hasil usaha mereka, Sungguh tak tahu malu mereka. Ibarat lembu punya susu sapi dapat nama.
Kegagalan demi kegagalan PH akhirnya membuat rakyat muak dan menyampah, manakan tidak, setiap kali mereka gagal, BN akan dikambing hitamkan kononnya semua kesalahan berpunca dari kerajaan lama.
Ibarat bangkai gajah, lama-lama akan terhidu juga… begitulah PH. Janji bulan dan bintang mereka tidak mampu lagi mengaburi mata rakyat. Mungkin pada PRU-14 rakyat terpengaruh tetapi kini belum setahun, satu demi satu rahsia mereka terbongkar dan rakyat mula meluat dengan mereka.
Tidak perlu untuk BN memburuk atau menabur fitnah kepada PH, lagi pun itu bukan cara BN kerana BN sentiasa bersandarkan fakta. Rakyat sendiri mampu menilai janji PH hanyalah janji manis dihujung bibir sahaja.
Anak muda patah hati bila janji menghapuskan PTPTN tidak ditunaikan, janji menghapuskan tol, janji harga minyak RM1.50, janji peluang pekerjaan dan lain-lain lagi semuanya hanya sekadar janji manis dihujung bibir,
Justeru itu, kami tidak tahu apakah yang hendak dibanggakan oleh kerajaan Malaysia baru pada 9 Mei ini selain hanya sebuah kerajaan ‘Penjenamaan Semula’ dan kerajaan Pusingan ‘U

No comments:

Post a Comment