Wednesday 17 April 2019

PROJEK ECRL: SETELAH PUSINGAN ‘U’ TERKINI, KERAJAAN PH PERLU TELUS UNTUK MENJAWAB PERSOALAN BERIKUT DARI RAKYAT SEBELUM NEGARA TERGADAI

Kami rakyat yang perhatin ingin menimbulkan beberapa persolan mengenai perjanjian baharu berkaitan pembinaan ECRL yang hari ini diteruskan kembali.
Jika sebelum ini kos pembinaan ECRL adalah RM65.5 bilion, kini telah dikurangkan kepada RM44 bilion, namun sepertimana kata Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, pengurangan kos ini tidaklah menghairankan kerana jajaran baru ini tidak lagi akan melalui kawasan Bentong yang memerlukan pembinaan terowong melalui kawasan bukit sepanjang 18 kilometer, pengurangan jarak dan beberapa buah stesen serta lanjutan tempoh pembinaan dari jangkaan awal pada tahun 2024 kepada 2026.
Walau bagaimanapun, perjanjian baru ini juga menimbulkan banyak persoalan yang memerlukan jawapan yang ikhlas dari kerajaan. Pertama jika sebelum ini operasi dan penyelenggaraan ECRL selepas siap adalah 100% kendalian syarikat milk kerajaan (MOF Inc), perjanjian baru menyaksikan perkara ini akan dikongsikan secara bersama (50:50) dengan syarikat China
Harus diingatkan pengangkutan adalah aset strategik negara. Kalau dulu China lebih mirip kontraktor pembina dan peminjam dana sahaja – itupun dulu PH menuduh kerajaan BN jual negara. Sekarang sudah jadi rakan kongsi dalam pengoperasian. Adakah dengan perkongsian 50:50 ini akan meletakkan aset strategik negara ini dalam apa-apa risiko pada masa hadapan?
Hakikatnya, berdasarkan Dasar Pertahanan Negara, selain daripada Loji Bekalan Air, Loji Bekalan Tenaga, Pelabuhan, Pusat Pemancar Telekomunikasi, Lapangan Terbang, Keretapi juga merupakan aset strategik negara atau dikenali sebagai ‘sasaran penting’ dalam istilah pertahanan. Ia perlu dilindungi apabila berlaku perperangan. Sebab itu di dalam ATM terutama Tentera Darat wujudnya pasukan-pasukan pakar dan terlatih yang akan mengendalikan aset-aset berkenaan ketika berlaku krisis. Mungkin Mat Sabu pun tidak tahu perkara ini wujud.
Persoalannya sekarang, memandangkan kerajaan hanya memiliki 50 peratus hak milik dalam pengoprasian ECRL,apakah peranan pasukan ini apabila berlaku krisis? Untuk maklumat, mereka-mereka ini bukan sahaja terlatih dalam mempertahankan pengoprasian keretapi, malah mereka terlatih dalam pengendalian dan penyelenggaraan keretapi termasuk landasan. Ini juga mungkin Mat Sabu tidak tahu, sebab itulah kerajaan PH mengadaikan 50 peratus hak pengoperasian ECRL kepada negara asing.
Kedua, kerajaan masih belum memuktamadkan jumlah pinjaman yang akan diperolehi dari China-EXIM Bank. Kerajaan sendiri telah mengakui bahawa perjanjian sebelum ini hanya merangkumi kos pembinaan Fasa 1 berjumlah RM39 bilion. Bilakah jangkaan perjanjian baru akan dibuat dan adakah terdapat kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan dalam perjanjian baru itu nanti.
Seterusnya, jajaran baru Projek ECRL tidak lagi akan melalui kawasan Bentong dan Gombak yang sebelum ini merupakan kawasan yang dijangka mendapat ‘ridership’ yang paling tinggi.
Jadi apabila laluan diubah melalui Negeri Sembilan, berapakah jangkaan ‘ridership’ harian ECRL apabila siap kelak. Perdana Menteri sebelum ini pernah menyatakan kerajaan pernah ditawarkan kos pembinaan ECRL berharga RM10 bilion sahaja. Apa yang telah terjadi dengan tawaran ini dan mengapakah ianya tidak diterima oleh kerajaan dan mengapa pilih RM 40 bilionKata negara banyak hutang sehingga RM 1 trilion.

No comments:

Post a Comment