Tuesday 16 April 2019

PROJEK ECRL: BUKANNYA PENGURANGAN KOS, TETAPI PENGURANGAN INFRASTRUKTUR DAN 50 PERATUS HAK MILIK ECRL TERGADAI KEPADA NEGARA CHINA

Sekiranya tidak dengan campur tangan Mahathir, kos sebenar projek East Coast Railway-Link (ECRL) dianggarkan berjumlah AS 13.1 billion sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia (GoM) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) syarikat milik kerajaan negeri China.


Dengan penanugerah projek tersebut , Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), sepatutnya memiliki 100 pemilikan projek, sebagaimana berbanding sekarang, di mana kontraktor utama, China Communications Construction Ltd (CCCC), telah diberi 50 peratus  hak dalam MRL. 


Disebabkan arahan memberhentikan kerja sebelum ini yang dikeluarkan kepada  CCCC, kerajaan China menganggarkan bahawa kontraktornya mengalami kerugian berjumlah AS1.5 ke 2 bilion, dengan pemain-pemain kechil yang ada kaitan dengan kontraktor telah menamatkan operasi 
dengan menyeluruh.

The Star Online meletakkan jumlah pekerja yang dibuang akibat arahan berhenti kerja kepada 1,000 orang.


Memetik punca yang tidak dinamakan, laporan mendakwa bahawa pengantungan projek ECRL menjejaskan jumlah yang signifikasi expatriates Negara China dan eksekutif kanan di mana kami dimaklumkan mereka berkemahiran tinggi dan telah dibayar berjuta kos ganti rugi.


Sebuah punca perindustrian yang arif dengan perkara ini, apabila ditemui, memaklumkan bahawa para kontraktor dikehendaki membayar jumlah deposit yang besar untuk tiga tahun pesanan pukal untuk persediaan kenaikan kos bahan binaan luar jangkaan..


Untuk menyelesaikan semua masalah tersebut di atas, Mahathir mendapatkan  Daim untuk merundingkan semula terma kontrak dengan kerajaan China yang menjurus kepada CCCC memiliki 50 peratus hak milik dalam ECRL.


Dahulu Mahathir menuduh Najib mengadai negara ini kepada Negara China (yang merupakan fitnah), tetapi dengan hukum Karma sekarang Mahathir pula mengadai 50 peratus hak milik ECRL kepada Negara China (yang merupakan fakta)..

Semua pusingan ‘U’ ini hanya untuk membenarkan kroni Mahathir dan jaringan perbankan Daim terlibat dalam projek ini.


Hakikatnya kos ECRL baru yang diumumkan BUKAN PENJIMATAN, tapi hanya pengurangan spesifikasi skop projek daripada yang terbaik kepada kurang baik.


Ini sekaligus menolak fitnah Mahathir bahawa ECRL boleh dibina pada kos RM10 billion dan fitnah DAP kononnya ECRL boleh dibina pada harga RM35 billion.


Rupa-rupanya, untuk kurangkan kos, PH perlu buang 40km railway dan stesen serta terowong.


Bukan itu saja, Daim juga perlu membuang 18km terowong – terowong pengangkutan terpanjang di Malaysia, yang melibatkan pengerudian berat terowong  melalui banjaran Titiwangsa.


Juga dibuang ialah stesen Gombak,Bentong, Serendah, yang mengikut kajian penilaian JICA, laluan KL-Bentong merupakan antara laluan yang paling banyak pengguna.


Apa yang belum pasti ialah apabila Daim mengumumkan  laluan Kota Baru- Mentakab. Tanpa menyebut semua stesen di pantai timur.


Berapakah stesen di pantai timur dipotong? Berapa terowong daripada jumlah 50km dipotong?


Kesimpulannya penjimatan RM21.5 bilion kepada negara yang mewakili penjimatan 32.8 peratus daripada kos pembinaan asal RM65.5 bilion fasa pertama kepada dua fasa.


No comments:

Post a Comment