Monday 29 April 2019

SEBAHGIAN DARIPADA RM 1. 9 BILION DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN A NAJIB MERUPAKAN DERMA DARIPADA SAUDI ARABIA, MAHKAMAH DIBERITAHU

(The Star) – Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa RM1.9 bilion telah dimasukkan ke dalam salah satu akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak antara tahun 2011 dan 2013.
Pengurus AmBank R. Uma Devi mengesahkan bahawa sebahagian wang merupakan derma daripada “Putra Faisal al Turki” dan Kementerian Kewangan Arab Saudi.
Belia menyatakan sedemikian semasa di soal balas oleh peguambela bekas Perdana Menteri Harvinderjit Singh pada hari Ithnin (April 29).
Harvinderjit: Merujuk kepada email of penyata bank ini berakhir 694, adakah transaksi ini daripada  “Putra Faisal al Turki”?
Uma Devi: Ya.
Beliau bersetuju bahawa sebahagian daripada wang – termasuk  RM304 juta pada tahun 2011 dan RM756juta pada tahun 2012 – datang daripada  “Putra Faisal al Turki”.
Saksi itu juga setuju bahawa amaun yang satu lagi RM324 juta yang dikreditkan daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada akaun Najib.
Kepada satu cadangan, Uma Devi bersetuju bahawa surat arahan daripada Najib pada  Julai 30, 2013 mengarahkan bahawa wang derma dipulangkan kepada pemiliknya (Putra Faisal al Turki).
Harvinderjit: Berasaskan surat itu, adalah jelas bahawa pihak bank tahu jumlah wang dikreditkan untuk derma?
Uma Devi: Ya.
Kepada soalan yang lain oleh Harvinderjit, saksi itu bersetuju bahawa derma yang diterima jumlah wang yang besar yang memerlukan pematuhan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.
Najib menghadapi tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta milik syarikat  SRC International.
Pendengaran di Mahkamah Tinggi diteruskan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada hari Selasa (April 30).

No comments:

Post a Comment