Friday 12 April 2019

MAHATHIR RAJA SPIN ISU ‘RETIFIKASI STATUT ROME’: ORANG YANG MENCETUSKAN PERSELISIHAN ANTARA RAJA-RAJA MELAYU DAN KERAJAAN PH ADALAH MAHATHIR


Apa yang Mahathir kata melalui akhbar NST:

SERDANG:Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cubaan oleh pihak tertentu membuat Raja-raja Melayu tidak senang hati terhadap kerajaan PH sekarang tidak akan berjaya sebab kerajaan PH sekarang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi.

Terdapat banyak cubaan sekarang membuat Raja-raja Melayu tidak senang hati terhadap kerajaan PH. Mereka menyebut Statut Rome dan perkara seumpama itu…. tetapi ia akan tidak berjaya, ia akan gagal. Mereka boleh cuba nasib mereka.

Mereka akan gagal kerana kerajaan PH ini dipilih oleh rakyat. Ini adalah demokrasi dan anda tidak boleh menjatuhkan kerajaan begitu sahaja.

Melainkan anda mahu menjatuhkan demokrasi dan menjadi kleptrokrasi atau anda menjadi autokrasi,” kata Dr Mahathir bila ditanya berkaitan dengan kewujudan  “deep state” atau negara dalam negarayang merosakkan yang akan menjejaskan  Putrajaya

Rakyat jawab:
Hakikatnya, satu sebab yang Raja-raja Melayu tidak senang hati kerana pentadbiran  Mahathir melanggari Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan mengenepikan Majlis Raja-raja Melayu apabila meretifikasi Statut Rome.

Ketidak senang hati Raja-raja Melayu bukan dicetuskan oleh sesiapa, tetapi wujud daripada ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan PH mengenepikan peranan Majlis Raja-raja Melayu dan kecewa dengan cara Mahathir memutar belitkan fakta isu ini sepert pusingan ‘gasing’.


Dan beliau masih memutar belitkan seolah-olah tiada lagi esok.


Itu tepat bertentangan apa yang Mahathir kata sebelum PRU ke 14.


Ketika itu, beliau menyertai perhimpunan haram BERSIH dengan meanggap halal untuk rakyat turun ke jalanan untuk menyuarakan tidak kepuasan hati dan menjatuhkan kerajaan sekiranya tiada pilihan.


Beliau menyatakan ini disebalik fakta bahawa kerajaan BN ketika itu tidak pernah sama sekali melambatkan pilihan raya umum atau menafikan hak rakyat untuk menyertai pilihan raya, bermakna beliau ada pilihan untuk menunggu PRU ke14 tetapi apa pun memilih untuk mewujudkan perselisihan dengan kerajaan BN ketika itu.


Akhir kata, Mahathir tidak perlu mendabik dada dan bangga kononnya kerajaan PH yang beliau pimpin dipilih oleh rakyat. Hakikatnya beliau seharusnya berasa malu serta insaf kepada Allah Subhanatalla bahawa kuasa yang beliau diperolehi ialah melalui penipuan dan fitnah yang dilaknati oleh yang maha esa.

No comments:

Post a Comment