Berjanji adalah penyakit Pakatan Harapan (PH) untuk menipu rakyat dan terbaru Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin dipetik berkata memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu.
Banyak nitzen mempersoalkan apakah janji baru ini untuk memanjangkan hayat Kerajaan PH yang berada dihujung tanduk?
Tun Daim kata ekonomi Malaysia akan pulih dalam tempoh enam bulan. Beliau buat janji lagi? Ini janji baru, selepas kalah PRK Rantau. Mari kita tunggu sehingga bulan Oktober tahun ini apakah janji ini tertunai.
Sudah tentu harga barang akan turun, harga minyak akan turun RM 1.50 seliter dan hutang PTPTN akan dihapuskan.
Logiknya, selama ini Kerajaan PH mendakwa janji tidak boleh ditunaikan kerana keadaan ekonomi tidak mengizinkan, maka bila sudah pulih, mestilah janji boleh ditunaikan.
Tempoh sebelas bulan berlalu apa kejayaan CEP? Harga barang tidak turun, saham tetap jatuh, hutang negara terus meningkat dan pelaburan semakin merosot. Akhirnya banyak pusingan ‘U’ berlaku seperti projek ECRL. Banyak aset GLC dijual bahkan duit Petronas dijarah.
Kalau sebelas bulan tidak boleh maka apakah enam bulan boleh? Memang meragukan dan rakyat juga sudah pobia dengan janji PH.
Janji enam bulan adalah taktik bermain masa untuk meredakan kemarahan rakyat setelah PH kalah di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, itulah strategi Daim.
No comments:
Post a Comment