Wednesday 1 April 2020

COVID-19 : PKP FASA KEDUA TEMPOH KRITIKAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana bermula hari ini, adalah tempoh kritikal untuk rakyat Malaysia untuk menentukan sama ada usaha untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 berjaya atau tidak.
Keberkesanannya sudah tentu bergantung, antara lain, atas paras displin rakyat untuk mematuhi PKP, di mana orang ramai terus menerus dinasihatkan untuk tinggal di rumah, sentiasa basuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial (social distancing).
Walau pun kadar pematuhan atas 90 peratus, angka berkenaan tidak semestinya memberi gambaran sebenar keseluruhan keadaan, menilai daripada fakta bahawa masih ada lagi individu ditahan kerana melanggar PKP dan dengan mem
beri alasan yang bebal mengapa tidak mematuhinya.
Semasa dua minggu fasa satu PKP daripada 18 Mac 2020, angka kes positif setiap hari kadangkala tren ke atas dan kadangkala mendatar sementara angka yang sembuh setiap hari meningkat setiap hari.
Hingga kini, menilai dari angka kes positif yang masih tinggi, kerajaan tidak ada pilihan tetapi untuk memperbaiki Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam Fasa Dua PKP hingga 14 April, terutama dalam syarat had masa dan pergerakkan.
Di bawah Fasa Duasemua premis perniagaan menjual keperluan harian, termasuk pasaraya dan stesyen minyak, dibenarkan beroperasi hanya dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam membuat pengumuman, berkata bahawa gerai dan restuaran termasuk perkhidmatan penghantaran makanan juga harus mematuhi masa operasi yang sama semasa Fasa Dua.
Berkuatkuasa hari ini, kerajaan telah menetapkan harga siling baru untuk topeng muka iaitu RM1.50 setiap satu.
Kesungguhan kerajaan untuk menangani penularan virus dapat dilihat dalam membuat keputusan bahawa semua rakyat Malaysia sekembali dari seberang laut wajib menjalani quaratine selama 14 hari di lokasi khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April 2020.
Apa yang pasti, bagaimanapun, ialah bahawa 14 hari akan datang ini akan beri satu petunjuk sama ada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan dirayakan seperti biasa.
Memetik kata Ismail Sabri: “Mereka siapa yang boleh menentukan tidak ada Fasa Tiga PKP, Fasa Empat PKP dan kita boleh merayakan Hari Raya seperti sediakala adalah anda rakyat semua.

No comments:

Post a Comment