Friday 3 April 2020

SEBAB MENGAPA AGONG MEMBENARKAN MUHYIDDIN MEMBENTUK KERAJAAN

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beritahu rakyat Malaysia bahawa beliau tahu orang tidak undi Perikatan Nasional. Sebenarnya, mereka juga tidak undi Pakatan Harapan. Mereka undi Umno, PPBM, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PBB, Warisan, Amanah, dan sebagainya. Itulah parti yang bertanding dalam pilihan raya pada 9hb Mei 2018.
Kesemua 36 parti politik (dan sebahagian bebas) bertanding PRU 14 memperolehi undi jumlah besar 12 juta undi, yang merupakan 80% daripada 15 juta undi yang berdaftar atau anggaran 37.5% daripada keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia.
Blok pembangkang (di mana ketika itu terdiri daripada PKR, DAP, PPBM and Amanah) memenangi 45.68% (5,481,600) undi dan mempunyai 50.9% (113) kerusi. Blok pemerintah memenangi 54.32%(6,518,400) undi tetapi hanya mempunyai 49.1% (109) kerusi. Rakayat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pemilih dan tidak mengundi ialah 62.5% (20,000,000) orang.
Satu perkara perlu diambil perhataian bahawa hanya 17.13% rakyat Malaysia (daripada 45.68% yang layak mengundi) mengundi blok Pakatan Harapan. Baki 82.87% rakyat Malaysia (20.37% yang telah mengundi tetapi tidak mengundi Pakatan Harapan + 62.5% yang tidak mengundi dan tidak daftar sebagai pemilih) tidak mengundi blok Pakatan Harapan. Maka apabila mereka kata Pakatan Harapan mewakili suara rakyat itu tidak benar. Blok Pakatan Harapan hanya menang minoriti terbesar, bukan majoriti, dan minoriti tetap minoriti. Kebenarannya, ialah Pakatan Harapan hanya mewakili 17.13% daripada keseluruhan suara rakyat Malaysia.

Hanya 17.13% rakyat Malaysia atau 45.68% pengundi yang berdaftar mengundi Pakatan Harapan

Sebagaimana DAP dan semua yang seangkatan dengannya terus berkata: sistem ini tidak adil. Blok Pakatan Harapan menang hanya 45.68% (5,481,600) undi tetapi mereka menang 50.9% (113) kerusi sementara yang lain menang 54.32% (6,518,400) undi hanya menang 49.1% (109) kerusi. Tetapi, maka itulah bagaiman sistem  first-past-the-post’ dilaksanakan, di mana Anwar Ibrahim merungut tentangnya berbalik kepada tahun 2013 dahulu.
Bagaimanapun, jumlah kerusi di mana blok Pakatan Harapan menang adalah 113 daripada 222 sementara kerusi yang mereka tidak menang adalah 109, satu perbezan empat kerusi yang memihak kepada blok Pakatan Harapan bloc.
Sudah tentu, bahawa berlaku perubahan kemudian apabila beberapa Ahli Parlimen daripada bukan blok Pakatan Harapan melompat ke blok Pakatan Harapan (di mana mereka yang anti-Barisan Nasional amat gumbira) dan berubah, tetapi sekali lagi, apabila beberapa Ahli Parlimen daripada blok Pakatan Harapan melompat ke sebelah blok satu lagi (di mana mereka yang anti-Barisan Nasional tidak gumbira tentangnya).
Tetapi maka dengan itu mereka yang hidup dengan pedang akan mati dengan pedang, bukankah begitu? Itu dipanggil ‘hukum karma’. Bagaiman kita boleh seronok apabila orang bukan Pakatan Harapan melompat ke Pakatan Harapan tetapi kemudian marah apabila orang Pakatan Harapan melompat ke sebelah sana? Ia adalah jalan dua-hala, bukan jalan sehala.

Mesej adalah jelas: Mahathir tidak pernah berhasrat Anwar untuk menjadi PM7 atau malah PM8 dan banyak orang tahu tentang ini

Tetapi tidak mengapa, mari kita bercakap tentang sama ada pengundi-pengundi mengundi atau tidak terhadap Pakatan Harapan dalam PRU14. Saya akan kata jawapannya ialah tidak. Pengundi-pengundi undi Umno, PPBM, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PBB, Warisan, Amanah, dan lain-lain.
Mari kita ambil sebagai contoh Terengganu dan Kelantan. Blok Pakatan Harapan memperolehi hanya 7.3% undi di Terengganu dan 10% undi di Kelantan. Umno dan PAS dikumpulkan memperolehi 92.7% undi di Terengganu dan 90% undi di Kelantan. Blok Pakatan Harapan memperolehi sifar kerusi sementara itu Umno dan PAS dikumpulkan memperolehi semua 99 kerusi negeri dan parlimen.
Pada asasnya, pengundi menolak Pakatan Harapan. Bagaimanapun, PKR, PPBM dan Amanah mungkin menang ( saya ulang, mungkin menang) sebahagian daripada  99 kerusi itu sekiranya mereka bertanding di bawah bendera masing-masing daripada sebagai rakan DAP di bawah Pakatan Harapan.
Perkara yang sama berlaku kepada pengundi Cina di Pulau Pinang,Selangor dan  Perak. Mereka tidak mengundi Pakatan Harapan. Mereka mengundi DAP. Sekiranya  DAP bukan rakan dalam Pakatan Harapan tetapi di sebaliknya bertanding sebagai sebuah parti bebas, Pakatan Harapan tidak mungkin akan menang 42 kerusi Cina berkenaan. Besar kemungkinan blok Pakatan Harapan akan menang hanya 70 kerusi atau kurang disebalik 113 kerusi ketika itu.

Anwar Ibrahim membuktikan bahawa melompat parti adalah sah mengikut undang-undang semasa melancarkan“Langkah 16 September” beliau pada tahun 2008

Dan pernahkah Anwar Ibrahim tidak berkata bahawa sebarang parti atau blok yang memenangi kurang daripada 50% undi popular sebagai kerajaan haram? Itulah apa yang Anwar terus kata berbalik kepada PRU 13. Adakah itu tidak boleh diguna pakai oleh Pakatan Harapan dalam PRU 14? Mengapa dalam PRU13 mana-mana parti atau blok yang menang kurang dari 50% undi dianggap sebagai kerajaan haram sementara PRU 14 (45.68% undi) dianggap sebagai kerajaan yang halal atau yang sah? Mengapa Anwar begitu ‘double standard’?
Dengan itu, blok Pakatan Harapan membentuk kerajaan bukan kerana mereka menang lebih daripada 50% undi tetapi sebab PKR, DAP, PPBM dan Amanah mengabungkan kerusi mereka berjumlah 113, hanya dua kerusi atas 111 kerusi minima, di mana beri mereka majoriti mudah empat kerusi mengatasi parti lain.
OK, apa yang berlaku apabila gabungan berubah, sebagaiman berlaku pada 1hb Mac 2020?  Baiklah, sekiranya gabungan berubah maka blok juga turut berubah. Blok  Pakatan Harapan mengandungi  PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjumlah 113 kerusi pada 9hb Mei 2018. Pada 1hb Mac 2020, blok Perikatan Nasional yang mengandungi PPBM, UMNO dan PAS berjumlah lebih daripada blok Pakatan Harapan yang mengandungi PKR, DAP, PPBM dan Amanah. Maka blok baru ambil alih. Mudah bukan!!!
Sekarang, untuk ini berlaku, D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menemuduga setiap orang daripada 222 Ahli Parlimen secara peribadi bertanya mereka blok mana mereka sokong: blok Pakatan Harapan atau blok Perikatan Nasional bloc? Lebih daripada 112 iaitu 114 Ahli Parlimen berhasrat menyokong blok  Perikatan Nasional dan kurang daripada 112 atau 108 Ahli Parlimen kata mereka sokong blok Pakatan Harapan.

Lebih daripada 112 atau 114 Ahli Parlimen beritahu D.Y.M.M Agong mereka sokong Muhyiddin Yassin sebagai PM8

Biar kami ulang bahawa D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong menemuduga setiap orang daripada 222 Ahli Parlimen secara peribadi bertanya mereka blok mana mereka sokong  dan lebih daripada 112 atau 114 Ahli Parlimen berhasrat mereka menyokong blok Perikatan Nasional sementara kurang daripada 112 atau 108 Ahli Parlimen menyokong blok. Itulah bagaiman Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri atau PM8.
Bagaiman pula tentang kononnya pilihan rakyat atau hasrat rakyat? Itu adalah pilihan rakyat atau hasrat rakyat. Apabila rakyat memilih untuk mengundi Ahli Parlimen pilihan mereka, pada asasnya mereka telah pindahkan hak mereka kepada Ahli Parlimen. Ahli Parlimen mewakili rakyat, itulah di mana mengapa mereka dipanggil wakil rakyat.
Secara ringkas, mandat yang diberi kepada Ahli Parlimen yang anda pilih adalah untuk bercakap dan bertindak bagi pihak anda untuk lima tahun akan datang. Sekiranya anda tidak suka apa mereka kata dan buat maka dalam pilihan raya akan datang jangan pilih mereka, pilih orang lain. Bagaimnapun, buat sementara, Ahli Parlimen yang anda pilih bercakap dan berindak atas nama anda. Itulah bagaimana sistem demokrasi berparlimen terlaksana.
Dan mandat ini termasuk kuasa untuk meninggalkan satu blok untuk menyertai blok yang satu lagi. Tiada kesalahan atau tidak mengikut undang-undang jika itu dilakukan. Anwar Ibrahim mengajar kita tentang itu apabila beliau cuba mendapatkan 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk melompat ke Pakatan Rakyat pada 16hb September 2008. Sudah tentu, Anwar gagal, tetapi sekiranya beliau berjaya maka ketika itu Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang sah dari segi undang-undang pada 16hb September 2008.
Sebab itulah mengapa Agong membenarkan Muhiyiddin membentuk kerajaan. Selain daripada mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen seramai 114 orang, tindakan beliau membawa majoriti Ahli Parlimen Bersatu (kecuali Tun Mahathir, anaknya Mukhriz dan Syed Saddiq) melompat dan membentuk Perikatan Nasional tidak menyalahi undang-undang maupun moral. Dari segi moralnya, precedent’ telah dimulakan Anwar Ibrahim semasa peristiwa ‘16hb September 2008’ walaupun gagal.

Pakatan Harapan cuba untuk guna bahas COVID-19 atas pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap Muhyiddin di parliament



No comments:

Post a Comment