BERBANGGALAH. Bukan sesuatu yang mudah menguruskan satu pandemik yang merosakkan ekosistem sosial dan ekonomi seluruh dunia. Tetapi kita hampir berjaya.
Juga bukan mudah untuk menyatukan kabinet kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada blok parti yang berbeza fahaman politik untuk duduk semeja menangani masalah negara membasmi pandemik COVID-19.
Namun demikian berkat fokus untuk berkerjasama dengan iklas dengan mengenepikan politik buat sementara waktu ia berjaya dilaksanakan demi kepentingan rakyat.
Dari segi ekonomi, kesan dari denyut nadi rakyat, Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19 bernilai RM 250 bilion telah diperkenalkan kerajaan. Ini bertujuan membantu rakyat dari segi ekonomi melalui Bantuan Perhatin Nasional (BPN) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Dalam kawalan penularan rantaian virus COVID-19 serta proses pemulihan selanjutnya, beberapa pendekata pelaksanaan telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.
1. Kita berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk. Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta). Ia juga jauh meninggalkan negara serantau seperti Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)
2. Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini. Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahn 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat.
Ya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bekerja seorang diri.
3. Kita adalah antara negara terawal mengadakan ‘lockdown’ atau PKP secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara natural. Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’ sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.
4. Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan ratusan pusat kuarantin termasuk mengubahsuai komplek Malaysian Agriculture Expo Serdang (MAEPS) sebagai pusat rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari dengan kerjasama KKM, ATM dan PDRM.
5. Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan COVID-19 yang tinggi di dunia. Setakat semalam, 24.8% kes positif telah pun pulih dan dibenarkan keluar. Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar global (20.8%) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65%), AS (4.43%), Kanada (17.66%), Israel (5.42%) dan Australia (10.7%)
6. Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak terganggu dengan ganguan politik dalaman. Antara punca New York menjadi negeri pertama di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif kelmarin adalah kerana Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump (Republican).
7. Malaysia telah diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan memilih Malaysia untuk menguji keberkesanan ubat merawat pesakit COVID-19 yang dikenali sebagai Remdesivir.
Ubat itu yang dihasilkan Gilead Sciences, dikatakan berjaya merawat pesakit pertama di AS yang dijangkiti COVID-19.
8. Sementara itu, JP Morgan sebuah bank pelaburan di Amerika Syarikat, turut memuji strategi dan cara Malaysia mengendalikan krisis COVID-19 ini yang disifatkan sebagai antara yang terbaik di ASEAN dan beberapa negara Eropah.
Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, Isteri Membebel dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan semula. Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama iaitu menangani pandemik COVID-19.
Ya. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan kerajaan yang kami undi. Ia juga bukan kerajaan yang anda undi. Terbentuknya kerajaan PN akibat jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 01 Mac 2020 atas kesilapan mereka sendiri (memaksa PM letak jawatan) setelah hanya 22 bulan memerintah penuh dengan kegagalan. Kejatuhan mereka atas ‘hukuman karma’ kerana kuasa yang diperolehi adalah melalui fitnah terhadap kerajaan yang lalu (BN) serta menipu pengundi dengan janji yang manis dalam manifesto PRU 14, yang gagal ditunaikan setelah memerintah.
Tapi apa yang sedang terjadi sekarang, membuktikan kerajaan PN adalah kerajaan yang kita perlukan hari ini kerana mendengar rintihan rakyat yang tertekan dalam menghadapi pandemik COVID-19.
#KitaAkanMenang
No comments:
Post a Comment