Portal Malaysiakini yang menyiarkan berita palsu (artikel berkaitan yang telah dipadam) dikala negara sedang tertekan memerangi pandemik COVID-19 bukan hanya dibidas malah perlu diambil tindakan drastik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pengajaran untuk selama-lamanya.
Justeru KDN didesak agar mengambil tindakan tegas terhadap portal berkenaan mandangkan ini bukan kali pertama portal terbabit menyiarkan berita fitnah.
Dalam keadaan kerajaan dan rakyat sedang berusaha keras memerangi gejala fitnah yang semakin berleluasa, terang-terangan masih ada lagi entiti yang sengaja bertindak menghuru-harakan keadaan dan mensensasikan sesuatu yang tidak tepat.
Kelmarin Malaysiakini melaporkan sesuatu yang sensasi tanpa usul periksa. Maklumbalas dari pihak UPSI juga amat berbeza, dan dari segi moral dan kesan akibatnya amat memudaratkan keharmonian Malaysia.
Persoalan kami, kenapa sehingga kini KDN masih tidak berani mengambil tindakan kepada pihak Malaysiakini yang kita tahu inilah antara agen dan medium pemecah-belah keharmonian Malaysia.
Yang anehnya ia tidak begitu ketara apabila kerajaan pembangkang PH menguasai kerajaan selama 22 bulan. Tetapi ia berlaku sebelum PRU 14 dan selepas kerajaan PH tumbang pada 01 Mac 2020. Nampaknya Malaysiakini jelas dilihat sebagai suara rasmi pembangkang pengkritik ‘government of the day’.
Apa yang dilakukan oleh Malaysiakini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Dalam amalan demokrasi, mengkritik kerajaan tidak salah, namun ia harus berfakta, tanpa fakta ia sudah menjadi fitnah. Itulah yang telah dilakukan oleh Malaysiakini yang tidak bertanggungjawab demi kelangsungan politik murahan.
Kami ingin menyatakan ini berkenaan kebebasan bersuara dan kebebasan media, kami mohon maaf, kebebasan kedua-duanya bukan bermakna tiada batasan dan hingga boleh menyebarkan fitnah. Kerana kesalahan memfitnah itu sendiri ada termaktub dalam perundangan negara.
Bukan sahaja perundangan negara, malah Islam sendiri melarang umatnya memfitnah. Dalam Islam, fitnah itu ibarat membunuh seseorang. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam serta dalam Perlembagaan Malaysia Islam merupakan agama persekutuan maka wajarlah pihak berkuasa membasminya hingga ke akar umbi dan tidak memandang sepi atas perkara ini.
Cukup-cukuplah, insaflah, bala wabak COVID-19 yang telah diturunkan oleh Allah maha esa hari ini, kami percaya itu akibat daripada kemungkaran manusia; dan fitnah itu merupakan sebahagian daripada kemungkaran yang dilakukan oleh umat manusia akhir zaman ini, tidak kira Islam atau bukan Islam. Akibatnya, semua pihak terkesan dalam bala atau malapetaka yang diturunkan oleh yang maha esa hari ini. Tiada siapa yang terkecuali.
Walaupun kerajaan PH semasa berkuasa sebelum ini telah memansuhkan usul ‘Akta Berita Tidak Benar’ atau ‘Fake News Act’ di parlimen, atas ajenda jahat yang tersirat untuk kepentingan mereka. Namun masih ada lagi akta yang lain yang mampu menangani berita tidak benar atau fitnah. Dan ia masih lagi menjadi perundangan negara untuk menangani kejahatan fitnah.
Banyak orang berkata, kerajaan yang memperolehi kuasa melalui fitnah tidak akan bertahan lama. Jelas dilihat ‘hukum karma’ telah membuktikannya sekarang. Kerajaan PH yang baru memerintah 22 bulan, telah tersungkur pada 01 Mac 2020 atas angkara mereka sendiri. Dan sekarang mereka cuba sekali untuk melakukan fitnah untuk mengembalikan kuasa mereka yang sudah hilang. Adakah ini sahaja kekutan mereka selama ini untuk menarik hati rakyat, iaitu melalui jalan singkat memfitnah?
Oleh itu KDN harus lebih bertegas agar ini akan menjadi pengajaran kepada mereka-mereka ini untuk ‘once for all’. Kebebasan bersuara dan kebebasan media bukan bermaksud tiada undang-undang yang harus dipatuhi.
Sementara itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, menafikan dakwaan yang tular kononnya sekumpulan pelajar UPSI mengadakan persembahan sewaktu lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad ke universiti itu.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pada peringkat awal pihaknya ada merancang persembahan daripada pelajar, namun ia dibatalkan atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Maka hanya empat orang sahaja terdiri daripada kalangan pengurusan tertinggi dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar bertemu Noraini di Pusat Pelajar, UPSI, selain empat pegawai KPT turut mengiringi lawatan tersebut.
Tidak berlaku sebarang persembahan seperti yang ditularkan bahawa lebih 20 pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan hadir pada satu majlis,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook UPSI.
Justeru, Mohammad Shatar berkata Presiden Persatuan Akademik UPSI, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah dan Presiden Kesatuan Pegawai Am UPSI, Saiful Lizan Mohd Lajis telah membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan tersebut.
No comments:
Post a Comment