Pemimpin Pakatan Harapan seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Khalid Samad mendesak agar parliamen bersidang supaya mereka boleh bahaskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan menangani COVID-19 bernilai RM250 bilion.
Mengapa mereka perlu bahaskan pakej rangsangan itu? Apa salah dengannya? Adakah ia tidak cukup baik? Adakah ia cacat? Boleh tidak ia dibaiki? Bagaiman ia harus diperbaiki? Apa lagi yang harus dilakukan?
Anda tidak perlu ada perbahasan parlimen untuk menjawab semua persoalan ini sekiranya mereka and ikhlas. Sekiranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Khalid Samad, Mat Sabu (atau sesiapa dari kalangan pembangkang yang setiap hari menyalak terhadap kerajaan yang kononnya tidak melakukan yang terbaik) dapatkan idea yang terbaik, hanya nyatakanlah. Mereka terus menyalak tentang kekurangan tetapi mereka tidak ada idea tentang bagaimana untuk menyelesaikan atau mengatasinya. Itulah identiti atau jenama sebenar pembangkang (membangkang 60 tahun dan memerintah 22 bulan) di negara ini.
Pada asasnya, mereka yang berjenama Pakatan Harapan sentiasa melihat setengah gelas air sebagai setengah kosong dan tidak pernah setengah penuh. That is the nature of the beast. They just want to oppose for the sake of opposing and talk for the sake of talking. That is why they are called pembangkang or opposition. Kerja mereka bangkang saja.
Di bawah undang-undang Malaysia, ianya memang benar bahawa segala perbelanjaan tambahan yang pecahkan bajet tahunan perlu diluluskan.
Tetapi ianya BOLEH dan dibenarkan untuk diluluskan kemudian setelah wang dibelanjakan.
Adakah PH semua lupa bahawa pada bulan April 2019, bekas Menteri Kewayangan memohon untuk luluskan bajet tambahan sebanyak RM19.6 bilion bagi tahun 2018 setelah mereka pecahkan bajet 2018 yang dibentang BN dan diluluskan parlimen pada tahun 2017?
Ya, kerajaan PH telah lari bajet 2018 dengan amat besar di mana defisit negara tahun 2018 telah dinaik PH dari 2.8% yang diluluskan oleh BN ke 3.7%.
Sebab itu pada April 2019, Guan Eng usulkan bajet tambahan bagi tahun 2018 sebanyak RM19.6 bilion SETELAH wang itu sudah dibelanjakan dan bajet sudah pecah dalam tahun sebelumnya.
“2 Apr 2019: Guan Eng mohon belanjawan tambahan RM19.6 bilion”
https://www.malaysiakini.com/news/470559
https://www.malaysiakini.com/news/470559
Tak ada pulak PH tuduh Guan Eng langgar prinsip demokrasi berpalimen serta prinsip “Good Governance” kerana dia tak minta bajet tambahan diluluskan oleh parlimen SEBELUM wang itu dibelanjakan masa itu pun.
Ya, maksud PH ialah perbelajaan tambahan RM19.6 bilion PH pada masa BUKAN krisis boleh diluluskan oleh parlimen 4 bulan kemudian selepas ianya dibelanjakan, tetapi mengapa perbelanjaan tambahan RM22 bilion Perikatan Nasional pada masa KECEMASAN KRISIS COVID-19 perlu diluluskan oleh parlimen sebelum ianya dibelanjakan.
Jadi, kenapakah PH asyik desak kerajaan PN untuk membawa permintaan bajet tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19 untuk diluluskan dalam parlimen sebelum ianya dilaksanakan walaupun ianya memang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mendapat kelulusan parlimen pada masa hadapan setelah wang telah dibelanjakan?
Mereka harap untuk menjadikan bahas di parlimen atas pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion bagi menangani COVID-19 sebagai undi tak percaya ke atas Muhyiddin
Sekiranya demikian supaya mereka boleh menyerang pakej rangsangan itu dan cuba menyekatnya. Dan sekiranya mereka sekat pakej rangsangan itu dan memperolehi penolakan (atau tidak diluluskan oleh parlimen), itu serupalah kepada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Dan, sekiranya itu berlaku, Muhyiddin akan jatuh dan bersama dengan beliau ialah kerajaan Perikatan Nasional government.
Tetapi, persoalannya adakah semudah itu? Mampukah Pakatan Harapan memperolehi majoriti Ahli Parlimen iaitu melebihi 112 Ahli Parlimen untuk menyokong mereka dalam ‘undi tak percaya’? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Dan, sekiranya itu berlaku, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru atau PM9 (itulah harapan mereka).
Tetapi, adakah ini juga semudah itu?
Di yakini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan ‘precedence’ yang sama sebagaimana baginda melantik Perdana Menteri ke 8 Muhiyiddin Yassin dengan mendapatkan sokongan daripada majoriti (melebihi 112 orang) Ahli Parlimen.
Persoalan pertama, untuk kebaikan negara yakinkah kita bahawa Agong akan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM9?
Persoalan kedua, seandainya Agong berfikiran terbuka dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM9. Mampukah beliau mendapat sokongan daripada majoriti (melebihi 112 orang) Ahli Prlimen untuk melayakkan beliau jadi PM9?
Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya, sekiranya ia berlaku.
Mengapakah Pakatan Harapan tidak beritahu kita sekarang apakah salahnya tentang pakej rangsangan ekonomi kerajaan bernilai RM250 bagi menangani COVID-19? Mengapa ini perlu dibahaskan di parlimen? Sekiranya mereka sokong maka katakanlah mereka sokong. Sekiranya mereka tidak sokong beritahu kita mengapa? Berhentilah bermain permainan ‘kucing-dan-tikus’.
Soalan pertama Pakatan Harapan ialah dari mana datangnya RM250 bilion. Kononnya Malaysia akan jadi bangkrap, kata Pakatan Harapan. Malaysia tidak ada RM250 bilion untuk dibelanjakan.
Kemudian mereka kata RM250 bilion tidak mencukupi. Mereka perlu tambahan RM500 bilion. Maka ia harus jadi RM750 bilion disebalik RM250 bilion.
Mengapa RM250 bilion tidak mencukupi? Mengapa disebaliknya RM750 bilion?
Lebih daripada 90% perniagaan adalah IKS-UKS dan kebanyakkan milik kaum Cina
Itu kerana IKS-UKS tidak dapat cukup bantuan dalam pakej rangsangan COVID-19 bernilai RM250 bilion. Kebanyakkan bantuan pergi kepada individu dan yang makan gaji. Dan mereka ini kebanyakkan terdiri daripada kaum Melayu, sedangkan 90% daripada perniagaan di Malaysia adalah Industri Kecil Serdahana (IKS) dan dimiliki kaum Cina.
(Baca di sini) COVID-19 Stimulus Package: The Chinese Demands
Maka semuanya tentang kaum. Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 bilion menangani COVID-19 dikatakan untuk majoriti golongan kelas-pekerja Melayu dan bukan untuk perniagaan kaum Cina. Sebab itulah mengapa Pakatan Harapan kata RM250 bilion tidak mencukupi, sebaliknya mencadangkan RM750 bilion. Tetapi dalam satu nafas mereka mempersoalkan dari mana datangnya RM250 bilion untuk membiayai pakej rangsangan tersebut?
Dan sebab itulah kerajaan perlu untuk tidak melayan tuntutan pembangkang yang remeh. Beri keutamaan kepada keperluan rakyat untuk menghadapi dugaan COVID-19. Tidak ada yang mereka pembangkang kata dan buat yang telus serta ikhlas. Dan mereka bangkang semua yang kerajaan buat. Mereka pakar dalam membangkang sahaja, tetapi tidak ada kepakaran dalam menyumbang idea untuk selesaikan masalah yang mereka bangkang. Keluar duit salah, tak keluar duit pun salah. RM250 bilion banyak sangat, RM250 bilion tak cukup. Kedua-dua tak betul. Itu yang dipanggil pembangkang ‘gagaltrokrasi’ iaitu pembangkang yang gagal.
No comments:
Post a Comment