Wednesday, 8 April 2020

MALAYSIAKINI DIKECAM NETIZEN KERANA FITNAH LAGI : KONONNYA ROSMAH TERIMA BANTUAN PERHATIN NASIONAL (BPN)

Portal pro DAP Malaysiakini dikecam netizen selepas memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor menerima Bantuan Prihatin Nasional.
Menurut Malaysiakini, Rosmah dikatakan menerima bantuan sebanyak RM800 untuk kategori bujang.
Perkara ini sungguh melucukan kerana apa yang diketahui, Rosmah sememangnya isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak dulu lagi.
Bagaimana beliau dikatakan ‘lulus’ untuk kategori bujang?
Namun, semakan yang dilakukan semula oleh netizen tidak lama selepas itu menunjukkan keputusan ‘tiada rekod’.
Ini jelas menujukkan Malaysiakini cuba memfitnah dan memburukkan nama Rosmah dan Najib.
Ada kemungkinan gambar yang disebarkan Malaysiakini telah diedit daripada gambar orang lain sebelum diletakkan nama dan kad pengenalan Rosmah.
Sementara itu, Najib menerusi Facebooknya memberitahu isterinya tidak pernah memohon atau menerima SMS bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu.
“Dalam laman web untuk semak Bantuan Prihatin pun tiada rekod.
“Jika ianya benar dan wang RM800 itu dibayar secara automatik ke dalam akaun bank isteri saya, ianya akan disumbangkan kepada Tabung Covid kerajaan,” kata Najib.
Pada masa yang sama, di ruangan komen Facebook Malaysiakini, rata-rata netizen mengecam perbuatan portal tersebut.
Mereka menyifatkan pembangkang sudah tiada isu sehingga tergamak memfitnah isteri bekas pemimpin negara itu.


No comments:

Post a Comment