Friday, 10 April 2020

PH MEMPERMAINKAN NYAWA DAN TEKANAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA KETIKA PANDEMIK COVID-19 SEDANG MEMUNCAK

Terdapat beberapa kommen dan pandangan portal mesra PH/DAP seperti The Malaysian Insight, Malaysiakini dan Malay Mail on line kelmarin setelah setiap orang akhirnya menyedari bahawa krisis pandemik COVID-19 banyak (atau lebih) merupakan isu ekonomi sebagaimana isu kesihatan. Sekiranya kita cuba menukarkan pandemik COVID-19 kepada isu hidup-dan-mati dan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seluruh negara, mungkin  10,000 atau 20,000 nyawa dapat diselamatkan. Bagaimanapun, 10 juta atau 20 juta rakyat yang hidup akan menderita kekurangan wang.

Muhyiddin dan kerajaannya berusaha sehingga tidak cukup tangan menangani krisis pandemik COVID-19

Oleh itu, apakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional harus lakukan? Haruskah mereka fokus menyelamatkan nyawa atau haruskah mereka fokus menentukan bahawa rakyat Malaysia masih boleh meninggalkan rumah untuk mencari makan tetapi mempunyai risiko kematian dalam proses mencari makan?
Sebelum ini, anggaran 7,000 ke 10,000 rakyat Malaysia yang meninggalkan rumah mati setiap tahun kerana kemalangan jalan raya (tidak pasti berapa lagi mati dalam kemalangan yang ada kaitan dengan pekerjaan atau kemalangan industri). Dari tahun  1990 ke  2020, anggaran 200,000-250,000 orang telah mati di atas jalan raya Malaysia.
Ya, rakyat Malaysia adalah kalangan orang yang sangat dungu, tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbang rasa di dunia. Letakkan mereka di belakang  steering kereta atau palang handle sebuah motosikal dan lihat haiwan yang timbul seperti kes kronik sindrom Dr Jekyll dan Mr Hyde. Maka, bagaimnapun sekiranya mereka tidak mati kerana COVID-19 mereka akan mati di kemalangan jalan raya. Oleh itu mengapa kisah untuk memaksa mereka tinggal di rumah?
Yang lebih serious, walaupun, Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional beliau menghadapi tugas yang hampir sukar di hadapan mereka. Mereka perlu mengimbangi antara menyelamatkan nyawa dan menentukan bahawa rakyat Malaysia masih lagi boleh menyara hidup. Terlebih ganti rugi kepada satu dan mereka akan menghadapi risiko kompromi kepada yang lain.
Ini akan menjadi satu kerja yang tidak akan dapat ucapan terima kasih dan anda akan disumpah tentang apa yang anda telah lakukan, tetapi tidak mengapa. Itu namanya pengorbanan. Malah Sir Winston Churchill tidak menerima ucapan terima kasih dan penghargaan daripada rakyar British. Selepas Perang Dunia ke 2, mereka tendang dia keluar. Dan, anda perlu ingat, sekira tidak kerana Churchill, saya akan menulis artikel ini dalam bahasa Jerman disebalik Bahasa Malaysia.
Oleh itu, lupakanlah sekira anda fikir rakyat Malaysia akan beri penghargaan kepada  Muhyiddin walaupun dia membuat pencapaian kematian COVID-19 di bawah  10,000 orang. Apapun akhirnya, tentang wang juga dijadikan sebagai pertimbangan. Apapun Tun Dr Mahathir mungkin kata, rakyat Malaysia hanya kisahkan tentang wang sahaja dan tidak ada lain. Maka Mahathir salah. Dan pada rakyat Mahathir ialah masalah, bukannya penyelesaian.

Pakatan Harapan lebih fokus menjatuhkan Muhyiddin daripada menyelamatkan rakyat Malaysia

Bolehkah anda lihat betapa sunyi sepi Pakatan Harapan akhir-akhir ini? Malah Lim Kit Siang timbul dengan kenyataan yang lebih selamat air adalah basah”. “Malaysia harus memajukan strategi keluarnya sendiri, di mana harus dicapai untuk tujuan menentukan bahawa virus Covid-19 diatasi secukupnya untuk membolehkan jentera ekonomi bermula semula dan kehidupan dikembalikan kepada keadaan sebolehnya lebih normal ,” kata Kit Siang.
Baiklah, oleh itu air itu basah. Kita tahu semua itu. Tetapi APAKAH strategi keluar? Bagitahulah!!!  Kit Siang kata apa yang kita semua tahu tetapi berhenti separuh jalan tanpa memberitahu kita apa yang hendak dibuat dan bagaimana untuk melakukannya. Oleh itu, apakah yang harus kerajaaan lakukan? Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKD)? Meneruskan dengan PKD? Menambah Pakej Rangsangan  RM250 bilion kepada RM750 bilion atau RM1 trilion? Cakaplah!!!, apa yang dia mahu.
Biasanya orang yang bercakap separuh jalan ini hanyalah mereka yang berpura-pura untuk mempamirkan keperhatinan kepada sesuatu isu. Hakikatnya mereka tidak telus dan ikhlas serta tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk melaksanakannya, selain daripada bercakap sahaja. Ia merupakan satu darjah hipokrasi yang paling tertinggi dengan kata ringkas,’Cakap tak serupa bikin’ atau ‘Cakap tak boleh bikin’.
Mereka mahu parliamen bersidang supaya Pakej Rangsangan bernilai RM250 bilion untuk menangani COVID-19 boleh diluluskan oleh parliamen. Mereka mahu ia dilaksanakan secara rasmidan “mengikut undang-undang”. Apabila seseorang hampir mati kerana kelaparan, adakah mereka fikirkan tentang secara rasmiatau “mengikut undang-undang”?
Nak bahas apa lagi? Bila tak bagi duit, komplain kerajaan tak peduli rakyat. Bila bagi duit, komplain tak “secara rasmidan tak “mengikut undang-undang”. Sekiranya mereka terlalu perhatin maka tolaklah wang itu. Jangan bagi duit tu. Duduk kat rumah dan ikat perut. Pakai seluar panjang kecil sais satu untuk ikat perut.
Kita semua tahu mereka mahu parliamen untuk bersidang supaya mereka boleh tolak  RM250 bilion Pakej Rangsangan Ekonoi COVID-19 dan menjadikan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin supaya kerajaan Perikatan Nasional tumbang. Mereka tidak kisah akan rakyat, kerana rakyat boleh pergi mampus. Mereka mahu sabotaj  RM250 bilion Pakej Rangsangan Economi COVID-19 walaupun rakyat menderita.
Okay, mereka mahu PKD ditamatkan. Mengapa? Mengapa mereka terlalu menetang PKD? Sebabnya mereka mahu PKD ditamatkan supaya angka kematian mangsa  COVID-19 akan meningkat  — katakan 10,000 atau 20,000 orang dan maka mereka boleh gunakan ini sebagai alasan untuk menjatuhkan kerajaan PN.
Mereka mahu menjadikan kematian mangsa COVID-19 sebagai “1MDB” Muhyiddin.  RM250 bilion Pakej Rangsangan COVID-19 telah membuatkan Muhyiddin popular. Hanya yang tidak gumbira ialah peruntukan SME, di mana kebanyakkan perniagaan ini dimiliki oleh kaum Cina (tetapi itu, juga, telah dapat diselesaikan). Sekiranya parlimen bersidang SELEPAS COVID-19 tamat, tidak ada jalan untuk mereka jatuhkan Muhyiddin melalui undi tidak percaya.
Pakatan Harapan bermain dengan nyawa dan kehidupan tertekan rakyat Malaysia menghadapi COVID-19 untuk menjatuhkan Muhyiddin dan merampas kuasa. Dan mereka mahu ia dilihat seolah-olah mereka amat perhatin tentang “mengikut undang-undang” terhadap Pakej Rangsangan COVID-19. Apabila hampir dalam kelemasan anda sesungguhnya tidak kisah tentang “mengikut undang-undang” tentang bagaimana seseorang yang cuba menyelamatkan nyawa anda. Nyawa anda adalah lebih bernilai daripada perkataan di atas sehelai kertas.


No comments:

Post a Comment