Friday, 5 July 2019

BOLEHKAH KITA PERCAYA DENGAN DR MAHATHIR SETELAH MENERIMA ANCAMAN UNDI TAK PERCAYA DALAM PH BARU MAHU AJAK PARTI MELAYU BERGABUNG BAWAH SATU PARTI


Demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.
Tetapi Tun Dr Mahathir seorang ‘Melayu yang mudah lupa’, lupa tentang siapakah  punca atau penyebab ke atas parti politik Melayu berpecah. Bagi mengimbaui sejarah perpecahan politik Melayu, ingin dipersoalkan, siapakah pemimpin yang menjadi punca penyebab UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988? Siapakah pemimpin yang amat memusuhi PAS sebuah parti Melayu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 termasuk sekarang? Siapakah pemimpin penyebab wujudnya Parti Keadilan Nasional(PKN) dan kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan kemudian dipenjarakan pada 8 Ogos 2000? Siapakah pemimpin yang telah keluar daripada UMNO buat kali kedua pada 29 Februari 2016 dan seterusnya menubuhkan parti baharu PPBM (Bersatu) pada 8 September 2016? Dari sejarah perpecahan tersebut di atas, persoalannya, ikhlaskah Tun Mahathir tiba-tiba mengajak parti-parti Melayu bersatu? Ini merupakan satu tanda tanya.
Dr Mahathir berkata setakat ini sudah ada enam parti Melayu termasuk UMNO sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus berpecah belah.
“Kalau kita (orang Melayu) berpecah kita akan jadi lemah kerana kalau bercerai roboh, bersatu teguh.
“Sekarang ada pihak yang nak tubuh parti baru lagi, dah jadi enam parti Melayu, tidak lama lagi boleh sampai 10 atau 100 parti Melayu.
“Satu parti ada 30 orang ahli macam mana nak menang?” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Bersatu Johor di Johor Jaya, pada Jumaat.
Kenyataan-kenyataan beliau di atas merupakan fakta yang semua orang Melayu tahu dan tidak payah beliau beritahu. Persoalannya, mengapa baru sekarang Tun Mahathir termimpi menyatukan parti politik Melayu? Mengapa tidak sebelum PRU ke 14, di mana PRU inilah yang telah menyebabkan tumbangnya UMNO/BN sebuah parti yang mendominasi kuasa Melayu dan Islam?
Adakah ini untuk sekali lagi orang Melayu diperalatkan oleh Tun Mahathir demi untuk mempertahankan kuasa peribadi beliau dalam konflik merebut kuasa dalaman Pakatan Harapan yang berlaku sekarang
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri mengajak semua ahli dan pemimpin parti Melayu menyertai Bersatu, parti yang ditubuhkannya selepas keluar UMNO.
“Ya masuk Bersatu, sekarang saya ajak semua masuk Bersatu, dulu saya suruh masuk UMNO tapi sekarang masuk Bersatu.
“Semua masuk Bersatu, kita ramai kita jadi kuat tapi jangan sekat orang lain nak masuk,” katanya lagi.
Jelas kenyataan Tun Mahathir di atas adalah janggal serta pelik bunyinya yang tidak masuk akal. Masakan Bersatu sebuah parti kecil ibarat seekor ular lidi mahu menelan  UMNO yang lebih besar ibarat seekor ular sawa.
Apapun UMNO harus berwaspada, mengetahui trek rekod Tun Mahathir, sudah tentu ada agenda yang tersembunyia yang kelak akan merugikan UMNO serta orang Melayu.
Sebelum itu dalam ucapannya, Dr Mahathir meminta semua ahli Bersatu supaya berpegang dan setia pada perjuangan parti dan bukan menyertainya kerana pengaruh seorang pemimpin.

No comments:

Post a Comment