Ciri kekalahan Liberal Demokratic Parti (LDP)di Jepun di tangan Demokratic Parti Of Japan (DJP) hampir menyerupai kekalah UMNO/BN.
Kebangkitan semula LDP setelah kalah kepada DJP boleh dijadikan inspirasi serta motivasi kepada UMNO/BN untuk bangkit semula sebagai parti yang lebih berkuasa serta perkasa di negara ini.
Terdapat ada persamaan berhubung perkara tersebut di mana kalau LDP kalah pada 2009 selepas 50 tahun berkuasa, UMNO/BN pula kalah pada 09 Mei 2018 setelah lebih 60 tahun memerintah negara ini. Walaupun beza kekalahan UMNO/BN setelah 9 tahun kekalahan LDP, namun dari aspek kemampuan mempertahankan kuasa, (lazimnya dikaitkan dengan prestasi pemerintahan) maka prestasi UMNO/BN terserlah serta mampu bertahan 10 tahun melebihi LDP.
LDP yang berkuasa sejak 1955 kalah kepada DJP yang menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat di Jepun sewaktu berkempan.
DJP menabur pelbagai janji antaranya mahu tingkatkan kedaulatan ekonomi Jepun, mengemukakan reformasi baru skim pencen dan perubatan , kurangkan kos menjaga anak dan pendidikan percuma, dan banyak lagi.
Begitu juga UMNO/BN (dahulu dikenali sebagai parti PERIKATAN) yang mula berkuasa selepas kemerdekaan 1957 kalah kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat Malaysia sewaktu berkempen.
PH menabur janji dalam manifesto pilihan raya, antaranya menghapuskan PTPTN, menghapuskan Tol, menghapuskan GST,menurunkan kos sara hidup, menurunkan harga minyak ke RM 1.50 pada keesokan hari setelah memenangi pilihan raya, mewujudka satu juta peluang pekerjaan, menghapuskan hutang peneroka FELDA dan ini termasuk lebih kurang 10 janji-janji utama PH. Malangnya 10 janji-janji utama itu yang dijanjikan untuk ditunaikan dalam tempoh 100 hari memerintah tidak menjadi kenyataan dengan beberapa alasan yang tidak masuk akal. Malah setelah melebihi satu tahun memerintah PH masih gagal untuk menunaikan janji-janji mereka hingga kini.
Bagi DJB di Jepun setelah 3 tahun memerintah, pimpinan mereka diselubungi pelbagai isu termasuk Perdana Menteri pertamanya, Yukio Hatoyama yang terpaksa meletak jawatan akibat skandal rasuah.
DJP hanya berjaya melaksanakan 30% janjinya kepada rakyat. Malah, mereka juga banyak membuat pelbagai u-turn dan melaksanakan banyak perkara yang dulunya mereka dikritik sewaktu Kerajaan LDP, umpamanya Pembinaan Empangan Yanba.
Projek ini dijadikan isu besar kononnya projek mega yang merugikan, tapi dilaksanakan semula bila mereka berkuasa. DJP juga gagal mengendalikan bencana gempa bumi dan isu kebocoran Logi Nuklear Fukushima dengan baik. Ini menambahkan kelemahan DJP.
Bagi PH di Malaysia hanya berjaya melaksanakan 0.5% janjinnya kepada rakyat iaitu memansuhkan cukai GST dan digantikan dengan SST yang mana ia bukan meringankan bebanan kepada rakyat, malah terus menambahkan bebanan kepada rakyat. Mereka juga banyak membuat pelbagai Pusingan-U dan melaksanakan banyak perkara yang dulunya mereka kritik atau tentang sewaktu kerajaan UMNO/BN, umpamanya seperti projek ECRL (East Coast Railway Link), projek HSR (High Speed Railway), projej Forrest City di Johor, projek TRX (Tun Razak Exchange) dan projek Bandar Malaysia di bawah syarikat 1MDB yang menjana keuntungan besar dan bukannya kerugian seperti yang dilaung-laungkan.
Projek-projek tersebut di atas dijadikan isu besar kononnya projek mega yang merugikan serta menjual kedaulatan negara ini. PH juga gagal mengendali bencana pencemaran gas toksid di Pasir Gudang Johor sehingga ia berulang sebanyak dua kali.
Bagi LDP di Jepun kegagalan DJP itu merupakan satu peluang untuk memperkukuhkan partinya.
Mereka LDP bertekad kembali menjadi kerajaan.Akhirnya mereka bergabung dengan sebuah parti Agama Budha iaitu New Komeito Parti berhaluan Konservetif di Jepun.
Maka gabungan ini juga menjadi faktor membolehkan mereka menang semula pada Pilihanraya 2012. LDP bangkit selepas itu dengan lebih kuat berbanding LDP sebelumnya.
Begitu juga UMNO/BN di Malaysia bertekad kembali menjadi kerajan dengan menguasai semula Putrajaya. Akhirnya mereka menjalin kerajasama politik dengan sebuah parti yang berasaskan Melayu/Islam kedua terbesar di Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia(PAS). Wadah perjuangan PAS ialah memertabatkan agama Islam di Malaysia dengan keahlian mereka berasaskan Melayu/Islam.
Justeru itu situasi yang dilihat hampir sama ini perlu dijadikan satu inspirasi serta motivasi kepada pimpinan dan ahli UMNO/BN.
Kerajaan PH yang memerintah sehingga ini gagal menunaikan banyak janji dan banyak masalah dalaman sedang mereka hadapi.
Kerana itu gabungan kerjasama politik UMNO/BN dan PAS mesti gagah menghadapinya.
Paling utama kita harus sedar bahawa perpaduan dan kata sepakat pemimpin di semua peringkat gabungan kerjasama politik UMNO/BN dan PAS harus menjadi perkara utama yang mesti dilakukan. Ini syarat untuk UMNO kembali berkuasa semula.
Gabungan kerjasama tersebut seluruh ahli dan pimpinan mereka diingatkan bahawa cabaran di hadapan amatlah besar.
Ini kerana lanskap politik di negara ini bakal berubah apabila umur 18 tahun sudah boleh mengundi.
Semua ini memerlukan jentera gabungan tersebut memperbaharui pendekatan, bagi mendekati kumpulan ini yang dunia mereka hanya dihujung jari. Ini cabaran sangat besar yang mesti dilalui.
Kami percaya, dengan gabungan tersebut, UMNO/BN boleh kembali berkuasa dengan syarat kita bersatu padu dan setia pada perjuangan. Ketika ini Allah sedang menguji kita orang Melayu dan Islam.
Justeru, demi pejuang untuk agama, bangsa dan tanah air seluruh ahli gabungan harus tabah menghadapinya.
Jangan kecewa dengan ujian ini kerana pasti ada hikmah besar Allah berikan kita ujian ini.
Jika kita berusaha, yakinlah dengan usaha pengabungan ini, UMNO akan mampu kembali semula malah boleh hebat daripada sebelum ini.
.
No comments:
Post a Comment