Sunday 28 July 2019

MAHATHIR CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH


Menurut laporan risikan, cara bagaimana Ketua Polis Negara (KPN) Hamid Bador dan Peguam Negara Thomas @ Mohan A/L K.Thomas mengendalikan kes video seks lucah hubungan sejenis atau semburit Azmin Ali amat menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan. Kesilapan besar ini yang paling teruk sejak Mei 2018 — dan sejak itu  Pakatan Harapan telah melakukan banyak kesilapan besar (blunder). Sebab itulah mengapa Mahathir terpaksa mengeluarkan kenyataan beliau hari ini seperti berikut:

1. Saya telah dituduh bercanggah dengan pendirian saya dalam memberi respon terhadap dakwaan seks tidak senonoh yang melibatkan ahli Kabinet saya pada tahun 1998 dan video seks yang sedang berlaku sekarang yang mengaitkan seorang lagi ahli Kabinet saya.
2. Tidak ada percanggahan.
3. Tindakan yang diambil pada tahun 1998 bukan berdasarkan klip video. Itu datangnya kemudian. Mahkamah telah membuat keputusan. Video selanjutnya tidak mempengaruhi mahkamah atau sesiapa. Malah ia tidak mempengaruhi saya.
4. Dalam kes yang baru, video datang terdahulu. Sudah tentu ia merupakan cubaan untuk memburukkan nama orang berkenaan supaya menggelapkan masa depan beliau.
5. Sekiranya saya dijangkakan perlu mengambil tindakan, saya akan menjadi alat kepada perancangan jahat itu. Saya tidak ada niat untuk dijadikan alat kepada perancangan yang jahat itu. Saya tidak akan dijadikan sebahgian daripada politik yang kotor itu.
Tetapi kenyataan Mahathir penuh dengan kesilapan dan tetapi masih menyatakan tiada percanggahan. Pada tahun 1998, tindakan telah diambil terhadap Anwar Ibrahim malah sebelum dia ditahan, didakwa atau dijatuh hukum. Oleh itu, tidak benar bahwa mahkamah telah membuat keputusannyaDan tidak ada video ketika itu, sebagaimana Mahathir dakwa, “itu datangnya kemudian”.
Sepatutnya Mahathir harus berdiam diri tanpa menyatakan apa-apa. Kenyataan Mahathir hari ini telah sesungguhnya telah memusnahkan segala kredibiliti kecil yang masih tinggal dan lebih meyakinkan rakyat bahawa dia dengan segala upaya cuba untuk melindungi Azmin Ali. Sekiranya sebelum ini tidak timbulnya  tanggapan  melindungi sesiapa, hari ini dengan kenyataan yang dibuat itu mengesahkan bahawa wujudnya  unsur melindungi orang  yang tertentu.
Siapakah yang menasihat Mahathir dan adakah mereka menyediakan kenyataan ini ? Orang itu harus dipecat.
Bagaimanapum, berbalik kepada tahun 2004, Mahathir menyatakan dalam satu temuramah di Jepun bahawa beliau memecat Anwar sebab timbalan beliau itu cuba  hendak menjatuhkan beliau. Mahathir tidak pernah menyebut tentang kes liwat tersebut. Disebaliknya, Mahathir mengaitkan bagaimana Anwar telah cuba menjatuhkannya dan menyebabkan beliau dipecat.
Oleh itu, sebab Mahathir mengambil tindakan terhadap Anwar BUKAN kerana liwat jikalau  berdasarkan apa yang Mahathir kata dalam satu temu bual di Jepun pada tahun 2004. Dan walaupun ia benar, tindakan diambil tiga minggu SEBELUM Anwar ditahan. Dan Anwar telah ditahan bukan kerana jenayah liwat tetapi sebab beliau merupakan ancaman kepada keselamatan negara.” Dakwaan liwat datang kemudian apabila mereka memerlukan alasan untuk mengekalkan Anwar dipenjarakan.
Mahathir tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tersebut di atas. Ini telah mewujudkan kerosakan yang amat teruk daripada apa yang dilakukan oleh KPN dan Peguam Negara. Ini dilihat sebagai paku yang terakhir daripada banyak paku kepada keranda Mahathir. Sayangnya! Mahathir telah memperbaiki peluang Anwar untuk menjatuhkannya. Sekiranya Anwar seorang yang bijaksana beliau boleh menggunakan kenyataan beliau hari ini untuk memusnahkan Mahathir. Bagaimanapun, kenyataan Mahathir hari ini telah mengesahkan bahawa pada tahun 1998 Anwar TELAH betul-betul melakukan jenayah liwat.


No comments:

Post a Comment