Tuesday 30 July 2019

DAHULU NAJIB KE LUAR NEGARA BAWA BALIK BERBILION RINGGIT PELABURAN ASING, TETAPI SEKARANG MAHATHIR KE TURKI BAWA BALIK FITNAH UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DIRI SENDIRI

Sekembalinya Tun Mahathir dari lawatan ke negara Turki beliau telah memfitnah bahawa kononnya kerajaan terdahulu menyimpan duit di luar negara bagi menggangu PH memulihkan ekonomi sebagai “skrip terbaru” bagi menutup kelemahan urus tadbir ekonomi Kerajaan PH sendiri.
Sejak dulu gaya pentadbiran Dr Mahathir tidak berubah di mana beliau (Dr Mahathir) akan menutup kelemahan diri dengan menyalahkan orang lain.
Inilah stail yang digunakan ke atas ramai musuh beliau termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim dahulu.
Umum mengetahui, Dr Mahathir sememangnya mempunyai “kepakaran” mencipta skrip memburukkan lawan. Kemudian beliau akan mengulangi skrip itu sehingga mempengaruhi persepsi rakyat untuk mempercayainya. Sedangkan semuanya adalah persepsi yang menjurus kepada fitnah politik.
Apa yang dikesalkan bahawa tuduhan memburukkan kerajaan terdahulu oleh Dr Mahathir dilakukan dalam satu wawancara dengan agensi berita Turki Anadoku semasa lawatan rasmi ke Turki.
Sikap beliau sangat berbeza berbanding dahulu. Dahulu, beliau sentiasa menyelar media asing yang memburukkan negara. Namun, kini beliau pula menggunakan media asing dan menjadi “jurucakapnya” kepada beliau.
Bagaimapun, kami yakin rakyat sudah bijak dan boleh menilai. Rakyat boleh meneliti fakta sebenar kedudukan ekonomi Malaysia berasaskan angka tunjuk yang ada.
Adalah jelas ramai tahu bahawa Kerajaan BN mewariskan ekonomi yang terbaik kepada Kerajaan PH. Namun sekarang ia telah dihancurkan ibarat ‘beruk mendapat bunga’ atau lebih tepat lagi ‘tikus membaiki labu’.
Tambahahan lagi fakta telah membuktikan sebelum 9 Mei 2018 hutang negara ialah RM686.8 bilion, namun ia meningkat sebanyak RM114 bilion menjadikan hutang terkini ialah RM804 Bilion di bawah kerajaan PH.
Ringgit daripada RM3.84 berbanding 1USD kita meningkat kepada RM4.11 berbanding 1 US Dollar. Indeks di Bursa Malaysia dulunya ialah 1896 mata kini merosot kepada 1647.96 mata susut lebih 240 mata. Ini gambaran kelemahan Kerajaan PH yang cuba di tutup oleh Mahathir.
Justeru itu, kelemahan mengurus ekonomi negara banyak berpunca dari ketidakcekapan menteri-menteri PH. Percanggahan kenyataan sesama mereka sering berlaku. Penipuan fakta ekonomi dan kenyataan bodoh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menimbulkan ketidakyakinan pelbagai pihak termasuk pelabur asing pada Malaysia di bawah kerajaan PH. Yakinlah, selagi PH memerintah negara ini, pelabur asing akan menjauhi negara ini.
Oleh itu kami seterusnya meminta Dr Mahathir menghentikan sikap suka menyalahkan orang lain, sebaliknya lihatlah kelemahan pentadbirannya sendiri yang sudah hilang fokus akibat terlalu banyak krisis dan skandal dalam Kerajaan PH kerana rebutan kuasa.
Tumpulah mentadbir negara ini. Kemudian, Perdana Menteri juga harus membuat siasatan, adakah kemungkinan aktiviti ekonomi negara ini dikhianati oleh pasukan beliau sendiri? Di samping itu, amalan kronisme, korupsi dan nepotisme juga semakin berkembang dalam kerajaan PH melalui penyalahan guna kuasa oleh pihak berkuasa.
Apa yang nyata, di bawah Kerajaan PH, banyak aset negara yang sudah dijual ke pihak lain? Di antaranya IHH Berhad, BDO Unibank, dan banyak lagi kepentingan dalam Khazanah Nasional dijual. Kemudian banyak projek yang dulunya PH kritik dilaksanakan semula seperti ECRL, Bandar Malaysia, TRX dan beberapa lagi. Semua ini gambaran ketidakupayaan Kerajaan PH mengendalikan ekonomi negara.
Paling utama rakyat masih lagi menunggu prestasi sebenar hasil kerja kerajaan PH seperti yang mereka dijanjikan dalam manifesto.
Sehingga ini, tiada apa pembaharuan dilakukan. Jadi hentilah memberi alasan demi alasan dan mencari kesalahan orang lain. Akuilah kegagalan diri sendiri. 
Nota:

Setakat ini kos perbelanjaan Mahathir keluar negara berjumlah RM 14 juta namun tiada sebarang manfaat dibawa balik melainkan menambah hutang negara melalui pinjaman asing. Jika ini terus diamalkan tidak hairanlah negara ini akan menuju ke arah negara bankrap.

No comments:

Post a Comment