Saturday, 27 July 2019

[VIDEO]PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) MAHU PENDIKHTIRAFAN DARI KERAJAAN PH YANG DIKUASAI DAP


Bekas pengganas komunis PKM Au Heng Kong (Zhou Tong) mencadangkan supaya kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP agar menilai semula sejarah perjuangan komunis yang selama ini dilabel sebagai pengganas, oleh kerajaan terdahulu.
Dengan kata lain, bekas pengganas yang telah diampunkan oleh kerajaan selepas mengaku taat setia kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, malah mungkin juga telah diberikan imbuhan berupa wang dan tanah, kekal dengan fahaman komunisnya iaitu menjajah negara ini.
PKM pernah meminta kerajaan mengiktiraf mereka tetapi Chin Peng tidak pernah mendaftar untuk menjadi rakyat negara ini. Untuk mengekang pengaruh komunis dan menyusahkan British menjarah ekonomi Tanah Melayu, raja-raja Melayu diminta menyerahkan tanah-tanah untuk dipajak dan dijadikan kampung-kampung baru. PKM mendabik dada kononnya mereka berjuang menentang penjajah walaupun mereka sendiri adalah gerombolan yang mahu menjajah negara ini.
Sekarang ini, mereka menerusi DAP cukup kuat mendesak dan mengusahakan agar tanah-tanah pajakan kampung baru itu ditukarkan menjadi pegangan kekal atau pajakan 999 tahun untuk puak mereka.
T. Mohan a.k.a Tommy Thomas Peguam Negara sekarang merupakan peguam Chin Peng yang pernah mendesak agar Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Begitu Mat Sabu Menteri Pertahanan sekarang pernah menjadi kontrovesi kerana menyatakan bahawa anggota polis yang terkorban dalam serangan PKM di Peristiwa Bukit Kepong bukanlah pejuang kemerdekaan malah menyatakan bahawa mereka pejuang mempertahankan penjajah British. Malangnya beliau telah dilantik oleh kerajaan yang dikuasai DAP untuk memegang jawatan penting dalam pertahanan dan keselamatan negara.

Kesimpulannya disini kita boleh lihat apakah kaitan PKM dan kerajaan PH yang dikuasai DAP. DAP sebuah parti yang mengamalkan ideologi Sosial Demokrat yang bermakna fahaman Sosialisme dengan Demokrasi. Di mana Komunisme merupakan satu cabang kepada fahaman Sosialisme.

Oleh itu tidak hairanlah mengapa DAP mempunyai hubungan yang intim dengan PKM sejak daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 hinggalah sekarang. Lihatlah sejarah punca berlakunya peristiwa tersebut yang ada kaiatan dengan PKM ketika itu.

Menurut bekas KPM Tan Sri Rahim Noor Selepas Perjanjian Hat Yai 2 Disember 1989, perjanjian perletakan senjata PKM bukanlah bermakna mereka telah menamatkan perjuangan mereka, hakikatnya perjuangan mereka hanya di peringkat dorman ibarat seperti gunung berapi yang akan meletus pada satu keadaan yang sesuai.

Bagi PKM sekarang adalah masa yang sesuai untuk bangkit semula di bawah kerajaan rakan seperjuangan mereka DAP yang sedang berkuasa.


No comments:

Post a Comment