Wednesday 17 July 2019

KAJIAN ANALISIS POLITIK: PENURUNAN UMUR KELAYAKAN MENGUNDI 18 TAHUN MENGUNTUNGKAN PAS

Pakatan Harapan (PH) mungkin boleh dapat pujian dalam langkah yang penuh cita-cita menurunkan kelayakan umur mengundi daripada 21 to 18 tetapi akhirnya mungkin akan menambahkan manfaat parti pembangkang Islam PAS itu”, menurut kata seorang pemerhati politik.
Mereka memberitahu The Straits Times bahawa sementara semua pihak menunggu untuk mendapat faedah daripada jumlah pengundi yang besar, kumpulan entnik negara bolehlah mencondongkan ini ke arah lebih banyak daripada pihak lain.
Setelah peningkatan gelombang pengislaman global dan memandangkan PAS telah mempertingkatkan usaha ke arah itu termasuk ke arah anak muda, ia hanya dijangkakan bahawa PAS akan mendapat manfaat daripada penurunan 18 tahun  umur layak mengundi ,” kata Oh Ei Sun seorang fellow kanan Singapore Institute of International Affairs.
Laporan itu berkata pemimpin utama DAP Lim Kit Siang telah diberi pehatian bahawa langkah itu samalah seperti bunuh diri politik memandangkan ia akan menambah jumlah pengundi dalam pilihan raya akan datang yang merupakan mereka dari kalangan anak-anak muda yang anti-establishment (penentang kerajaan).
Bagaimana pun, beliau berkata ia akan memacu PH untuk diperbaiki dan menggunakan kesedihan sebagai motivasi.
Laporan itu juga memberi tahu bahawa kurang daripada satu per empat pengundi Melayu memilih PH pada PRU yang lepas, menunjukkan bahawa penurunan jumlah pengundi daripada komuniti ini akan melemahkan sokongan terhadap gabungan kerajaan yang memerintah. Ia menyatakan kadar kelahiran untuk Bumiputera yang termasuk pribumi Sabah dan Sarawak, yang terbesar mengundi menentang PH, anggaran dua kali ganda daripada komuniti yang lain.
Sebuah penganalisis pendapat bebas pilihan raya Merdeka Center menganggarkan bahawa nisbah pengundi Bumiputera akan meningkat daripada 62 ke 64.1 peratus dengan perubahan kelayakkan mengundi ke 18 tahun.
Jurucakap dalaman menyatakan bahawa UMNO sebuah parti Melayu , yang merupakan parti terbesar dari segi keahlian, yakin boleh memanfaatkan perubahan umur kelayakan ini, memandangkan telah bersetuju untuk bergabung dengan PAS dalam satu perjanjian ‘penyatuan Melayu’ untuk menumbangkan PH,” kata satu laporan, dengan menambah kata bahawa ini adalah meskipun gabungan Umno-pimpinan Barisan Nasional (BN) hilang pengundi muda pada PRU yang lepas.
Laporan berkenaan merujuk kepada kenyataan Briget Welsh, seorang associate professor sains politik dari John Cabot Universiti berpengkalan di Rome sebagai berkata bahawa BN memenangi 45.5 peratus undi daripada pengundi umur 21 ke 30 pada tahun 2013, tetapi jatuh lebih dari satu pertiga pada tahun 2018.
“PH memperolehi 46.1 peratus sokongan daripada gabungannya dan PAS memperolehi 25.6 peratust. Nyata sekali, ini merupakan perolehan terbesar merintasi semua kumpulan umur.
Tetapi pasang surut telah berubah sejak itu, dengan pilihan raya kecil tahun ini menunjukkan 40.7 peratus mereka di bawah 30 mengundi gabungan Umno-PAS. Daripada ini, melebihi setengah adalah Melayu,” kata Welsh dalam laporannya.
Beliau menambah bahawa penurunan telah melebihi 20 pertaus mata dikalangan kumpulan ethnik yang penting, di mana merupakan majoriti dalam lebih daripada setengah daripada 222 jumlah parlimen dalam negara ini.
Untuk PAS and UMNO, diberi trend pengundi muda memihak kepada pembangkang berdasrkan sejarah, menyokong pindaan ini lebih kepada kepentingan politik mereka. Ini terutama sekali kes untuk PAS, yang mana telah memenangi lebih banyak sokongan dikalangan anak muda dalam PRU yang lalu,” kata Welsh.
Parliamen mengundi sebulat suara untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan menurunkan umur mengundi sebulat suara untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan merendahkan umur mengundi daripada 21 ke 18 kelmarin

No comments:

Post a Comment